Tuesday, September 24, 2013

Inspira



Umum mengetahui kot kereta-kereta konsesi untuk pegawai-pegawai kanan Kerajaan ialah Inspira bagi menggantikan Proton Perdana satu ketika dahulu.  Euww.. formal sangat la pulak.  Okey, Boss akupun dapat satu.  Aku cuma pernah tengok Inspira ni dari jauh.  Pastu tengok iklan kat TV masa ia mula-mula keluar dulu.  Perempuan kebanyakan seperti aku  tengok kereta, memang betul-betul tengok kereta.  Kereta adalah sebuah kereta.  Ada stereng, ada tayar, ada pintu untuk keluar masuk.  Ada kosyen.  Tau kat mana henbrek, tang mana nak masuk gear, kat mana nak tekan brek kaki, tekan minyak, tekan clutch.  Sudah.  Tak komplikatedpun.  Kalau bawak kereta auto, ok lagilah tak payah nak pikir panjang.

Boss aku sama spesis dengan aku.  Diapun tak pikir banyak pasal kereta kot.  Start enjin, jalan.  Pastu akhir-akhir ni macam banyak sangat pulak mesyuarat tergempar yang dia kena hadir.  Banyak kali juga jadi mesyuarat  nak start jam 2.30 petang, emel panggilan mesyuarat diterima pada jam 2.05 petang.   Bila jadi macam tu nak guna driver jabatan memang tak dapat la.  Dan selalunya aku dengan berdedikasi sekali akan mempelawa Boss aku ni untuk jadi driver dia.  Menawarkan penyelesaian cepat daripada aku sendiri yang gelabah dok telefon ke sana ke mari cari driver yang belum tentu ada.  P.A merangkap driver.   Adalah beberapa kali aku hantar dia ke mesyuarat di dalam kawasan Putrajaya ni.  Kalau luar dari Putrajaya ni tak dapatla aku nak tolong sebab aku ni jenis yang kalau memandu ke Kuala Lumpur, papan tanda di kiri kanan jalan tu macam tak wujud. Silap-silap haribulan boleh sampai Kedah.  Gila menonong,  sesat barat !  Dan aku selesa drive keta aku saja, sebab roh kereta tu dah bersatu padu dengan roh ku, dengan kata lain sudah serasi gaya pemanduannya. Gitew.. hewhewhew.

 Sehinggalah baru-baru ni, Boss aku nak hadir seminar di PICC. Pagi-pagi sampai di pejabat teruslah terjadi dialog begini : 

“Naja, you hantar I ke PICC boleh tak ?  Pakai kereta I lah, kereta you susah nak keluar parking kan… “. 

“Boleh boss tapi.. susah tak bawak kereta tu?”

“Mana-mana kereta auto sama je.. you pernah bawa mana-mana kereta Proton kan” jawab bossku.  Maka aku yakin lah sangat nak drive balik keta dia tu nanti takdak la membawa masalah.

“OK boss, tapi macam ni hala pergi Boss bawak, hala balik takper saya drive !”  Tetiba aku pulak yang terbagi arahan.  Drive balik tu maknanya drive sorang-sorang.

Aku memang gayat sikit nak bawak keta yang tak biasa aku bawa, nak pulak owner dia ada sekali.  Mujur Boss aku setuju.  Tugas aku pagi tu ialah ikut  dia ke PICC, tinggalkan dia di sana, nanti driver rasmi akan datang ambil bila sudah selesai.  Kerja aku cuma bawa kereta tu balik ke pejabat.  Maka dengan senang hatinya masa boss aku drive kereta tu pi PICC akupun tak tengok langsung cara dia memandu ke, letak gear kat mana ke.. apa ke.. memang berpegang sungguh aku dengan kata-kata bossku itew, semua macam alaa keta auto sama jer kan. Apa susah.

Maka bila sampai jer ke PICC, aku mengambil tempat duduk driver.  Selepas melambai-lambai kat boss dan dia pun hilang dari pandangan aku, akupun memandu balik.  Tiga meter bergerak rasa macam oiiii beratnya.  Tak smooth langsung.  Tengok kedudukan gear dah ok, apa lagi yang tak kena.  Maka akupun tekan minyak lagi, mengaum lagi.  Ok dah gelabah sikit.  Hala turun bukit PICC tu, ada deretan bas-bas sedang parkir di situ maka ku selitkan kereta ke sana.  Berhenti sat tarik nafas dan pikir lagi.  Sambil membelek-belek gear, papan pemuka dan sebagainya.  Gila lawak.  Sambil terngiang-ngiang di telinga kata-kata hikmat boss ku.  “Kereta semua sama “.  Tangan dah capai handphone tapi hati masih terfikir-fikir perlukah aku telefon boss dan tanya “Boss, cemana keta boss ni saya drive rasa berat gila.  Mengaum nak bergerak !”.  Wajib terganggu konsenstrasinya yang entah-entah sedang memberi ucaptama dalam seminar di sana.  Nak sms pun sama la jugak kaedahnya, bila masa boss aku nak buka baca sms kat henpon dia.

Lalu akupun mengambil keputusan untuk terus bergerak dengan enjin kereta yang terus mengaum.  Bergerak dengan kelajuan 40km/j semua driver kereta-kereta yang melepasi aku terpandang-pandang.  Mungkin dalam kepala otak depa terpikir “Apa pompuan ni sedang cuba buat?”.  Bila ada sedikit ruang aku ke tepi jalan berhenti dan ambil bau kalau-kalau ada apa yang hangit ke terbakar ke.. hahaha.  Alhamdulillah, takdak bau-bau pelik maka selamatlah kereta boss aku dari nak terbakar ke enjin nak meletup ke.  Lepas tu akupun call EnWTT dengan harapan beliau dapat menolong.  Dan jelas sekali jawapannya sungguh tidak membantu dalam saat-saat kecemasan.

“Alamakkkk.. saya pun tak pernah tengok interior Inspira.  Cemana nak tolong !”.

“Keta boss awak ? “.

“Saya tak tau boss saya pakai kereta apa, kawan-kawanpun takdak yang pakai Inspira” jawapan EnWTT memusnahkan harapan aku mencari talian hayat.

Dengan jawapan EnWTT tu membuatkan aku kepanasan dalam kereta, ekon yang tadi boss aku tetapkan pada suhu sejuk sampai nak datang balik asthma aku bertukar menjadi hangat serasa dalam oven yang membakar.  Jadi akupun keluar dari kereta, berdiri di tepi jalan dan rasa macam ingin menahan sesiapa yang memandu Inspira untuk meminta pertolongan.  Malangnya daripada hampir 30 buah kereta yang lalu lalang, tak terangkat pulak tangan aku untuk menahan.  Maka aku bulatkan tekad, masuk balik dalam kereta belek apa boleh dan akan ku try sampai berjaya.  Apa nak jadi pun jadi lah… dalam kepala aku takkan sampai nak meletup kot kereta boss aku ni, paling-paling kurang pun ada part yang hangit dan berasap jer.. Positip kan minda mu okey ! Haha

Lalu akupun bergeraklah balik perlahan-lahan ke pejabat.  Dalam 10 meter bergerak tu tangan aku ni menekan segala maknenek button dalam kereta tu, cuit lah apa yang ada kat depan mata.  Apa yang susah sangat dengan Inspira ni pun taktau, padahal aku pernah je drive  Nissan Navara seorang kenalan, auto jugak takdelah susah macam ni sekali nak kenalpasti mana satu fungsi butang yang ada dan macam-macam lagilah yang bermain dalam kepala. Dan akhirnya apa benda ntah yang aku tekan-tekan ni tetiba pergerakan kereta rasa smooth saja.  Ok benda ni ada kat bawah belakang stereng Inspira.  Di kiri dan kanan dan berwarna kelabu.  Jangan tanya aku apa namanya, haram la tak tahu.  Yang penting lepas tu dekat skrin di depan mata aku tu kedudukan gear yang dari tadi nombor 1 sudah jadi nombor 4 dan lepas tu 5.  Kena tekan-tekan pulak, auto pejadah ? Sumpah aku tak mau amik tau dah yang penting boleh sampai pejabat.  Maka pemanduanpun menjadi smooth sehingga akhirnya aku sampai dengan selamat di pejabat.  Tarik nafas lega.

Selepas lunch bila boss dah balik pejabat, aku ceritakan pada boss kejadian pagi tadi.  Ternganga dia. Hahaha.  Lepas tu dia ajak aku pergi test-drive kereta di kawasan bawah bangunan pejabat kami.  Pusing dua tiga kali, semua okey.   Dalam kereta tergelak-gelak kami berdua.  Akhirnya aku tau jugak masalah tu berpunca dari tetapan gear yang tidak betul, dari elok-elok pemanduan auto entah apa benda tertukar jadi manual.  Tak reti aku nak explain.

“Okey pun, lepas ni takdak masalah kot you nak drive kereta ni..” kata boss aku.
Huhhh, aku ingat dia dah bertaubat tak bagi aku pegang stereng kereta dia lagi.  Jenis tak serik la boss aku nih. Hehehe.

“Lepas ni boleh la kita pergi jauh sikit boss…” balasku takmau mengalah..  Konon macam champion sangat. Tih tih tih !





Beza antara papan pemuka kereta boss aku dan kereta aku.  Mana sama.  Memang logikla aku gelabah carik apapun tak jumpa.  Gambar diambil dari carian google. 

No comments: