Ada jugak yang berpendapat menikah lama tak dapat anak memang dan la sangat laki bini dok pulun cari nama anak panjang-panjang. Amboiiii statement, sarkastik. Nak jugak tuh mendajaikan takdir yang telah tersurat untuk kami. Memang betui 5 tahun tanpa cahaya mata kami punya banyak masa terluang untuk cari apa saja nama yang kami rasa sedap dan sesuai untuk anak tapi sebenarnya masa umoq Rumaisa 7 bulan dalam perut baru la aku dan gigih memikirkan namanya. Ya, gigih cari sorang-sorang pastu submit kertas kerja pada EnWtt mintak persetujuan. Bila sudah capai kata sepakat maka barulah didaftarkan. Untuk nama anak-anak aku dah pilih siap-siap empat nama, maknanya kalau dapat anak perempuan pakai nama ni, kalau anak lelaki letak nama tu.
Masa mengandung Rumaisa jer nampak jantinanya ketika 5 bulan dalam kandungan. Masa Rasyid dengan Rahman memang seprais la sangat. Dari tiga bulan sampailah doktor scan sebelum nurse nak tolak masuk operation theatre pun tak nampak jantina kedua-duanya. Selepas kena zasssss, doktor angkat dan tunjuk "Puan Nurhafizah, puan dapat anak apa. Sila sebut jantina anak puan, doktor nak dengar..". Dalam mamai- mamai ubat bius dan perut yang masih ternganga akupun jawap "Anak lelaki.." Pastu sambung balik mamai sambil telinga dok dengar tangis keriau anak sendiri.
Maka termaktublah sudah nama anak-anak aku Rumaisa Nur Milhan, Rasyid Nur Muhaimin dan Rahman Nur Muzammil. Kalau ada rezeki sorang lagi dan kalau perempuan aku akan letak namanya Raina Nur Mirza tapi itu cerita lain tahunlah. Zuriat ini kuasanya di tangan Allah. Dia nak bagi maka Alhamdulillah, kalau Rahman penamatnya maka Dialah sebaik-baik penentu.
Tentang nama anak-anak, orang katalah.. (Akupun tak tau orang mana, ni kata-kata 'orang' dari zaman berzaman yang kitapun tak tau sapa nama sebenar beliau) kalau nama anak tu tak serasi dengan tuan punya badan, maka anak akan membesar tidak bermaya, kalau tanam pokok mungkin keadaannya seperti hidup segan, matipun segan ! Hat menanamnya pun serba salah.. nak simpan sakit mata memandang, nak lempaq rasa sayang. Tu kalau pokokla, kalau anak takkan la nak buat macam tu. Sihat ka sakit ka pulun la jugak bela, sapa tak sayang anak. Bab nama ni, anak aku serasi jer kot nama depa sebab membesar dengan bulat dan sihat. Cergasnya pula bertempiaran merata. Tak serasi lagi macam tu.. Hihi.
Haa.. Dapat gak satu entry. Berkurun dok tunggu kat bank ni sementara nak tunggu turn. Selang satu lagi nak panggil nombor giliran mak. Chiaowww...
6 comments:
Amboi raina tauuuu.... Ok sila beranak anak pompuan ok.
Rumaisa dulu nak letak nama Raina tapi alih2 takdirnya jadi Rumaisa.. hehehe :)
tak kisah la anak nama sepanjang pun asalkan ada makna...anak2 aku pun panjang gak nama hehehe...
aku sker sgt naja nama anak2 hang.. klasik and also sweet... seriously skarang mana org nak pilih nama2 klasik kan.. aku pun sker nama2 klasik gak tapi ikut gak la takde la klasik sgt sampai anak nak sebut nama sendiri pun segan.. hahaha. anyhow... u got very cute kids.. mak kagum u.. tang nama tu memang sesuwai sgt kat depa.. they r as sweet as their names :)
Amykimi - Betul.. asal ada makna dan tidak menyusahkan kelak di hari muka. Gitew.. hihi
Laxmi - Thanks dear. Ya aku pun letak ikut kesesuaian, klasik but sweet kekononnya. Hehe
Barulah kutahu nama kak naja nurhafizah..kekeke..
Post a Comment