Thursday, November 21, 2013

Periuk !



Masa mengandung aku rasa semua orang (yang boleh mengandung) takkan terlepas daripada dikekang dengan pantang larang yang kalau dikira banyaknya, kalau dibukukan mungkin buleh dapat setebal Kamus Dewan edisi terkini.  Pantang larang ni pulak selalunya mengundang jelik dan pelik di hati.  Tak terlepas, aku.  Tapi percayalah, banyak sungguh pantang larang yang aku redah masa mengandung, sebab kadang-kadang banyak sangat unsur syiriknya kalau dipikir-pikirkan balik. 




Bawak perut kat Rumaisa aku ada satu jenis habit  yang kalau tak buat rasa macam tak puas atau tak lengkap seharian aku.  Makan nasik dalam periuk.  Alah, periuk karan hat saiz paling kecik tu, luas lagi mangkuk bunga putih di opis yang aku dok guna makan megi pada hari-hari kebuluran.  Kalau nak up sikit aku makan dalam periuk kaca bertajuk Vision yang dibeli di Langkawi masa sesi ulangan berbulan habis madu sepah dibuang bersama dengan EnWTT, dan juga kawan kami iaitu Laxmi dan Jaya.  Kalau makan dalam periuk kaca Vision ni kurang sikit rasa bersalah akibat  melanggar norma kehidupan masyarakat normal.  Lagi satu, ofkos le aku makan kat rumah sendiri je kalau nak buat perangai begitu.  Kalau makan di tempat awam harus aku akan dipinggirkan dalam aktiviti kemasyarakatan seterusnya.




Lepas tu balik kampung rumah mak aku,  hari pertama  dan kedua aku menahan-nahan keinginan makan dalam periuk.  Masuk hari ke tiga aku dah tak keruan, rasa ketagihan memuncak.  Duduk tak kena, berdiri tak kena.  Mengiring ke kiri maupun ke kanan rasa gelisah tetap menerpa.  Gitew.  Akhirnya aku bangun ke dapur.  Emak sedang berehat di ruang depan dengan adik aku.  So akupun mula menjalankan misi.  Capai periuk nasik emak, amik nasik sesenduk lepas tu cepat-cepat masukkan lauk telur masak lemak putih dengan fucuk.  Carik port dekat mesin basuh juga yang dok dekat area dapur tu jugak. Maka laju menyuap rezeki ke mulut sehingga terlupa akan satu tingkap besar di belakangku yang mengadap jalan mini tar naik ke rumah jiran-jiran di belakang.  Tetiba..



“Haiii.. dok buat apa tu ?” sapa Makcik Latisya Camelia (bukan nama sebenar).  Motif sangat ko nak letak nama dia begitu?. Whatever.  Dia jiran  sekampung. Mungkin baru balik dari kebun. 




Aku ter’errr..errr’ mencari jawapan yang sesuai, namun hasratku musnah bila Makcik Latisya Camelia ni tetiba menjawab soalannya sendiri.



“Tak baik hang dok mengandung makan nasik dalam periuk.  Esok-esok anak keluaq mulut luas lebaq macam mulut periuk tu !”ujarnya bersungguh-sungguh.



Aku diam.  Aku jenis hormat orang tua.  Takat alasan tak munasabah yang dia bagi tu aku buleh hadam kat perut, maka boleh diam. 



“Masa dok mengandung ni semua perkataan, semua perbuatan kena jaga.  Hang tak buleh dok buat tak ketahuan.  Pesan orang tua-tua kena ingat selalu’, sambungnya lagi.  Aku hanya sengih-sengih.   Pastu macam biasa aku cuba mengalih tajuk perbualan, mujur berjaya.





Dua hari lepas tu, aku terima jemputan kenduri tahlil aruah juga di kampung aku.  Pergi dengan emak.  Setiba di rumah kenduri, Makcik Latisya Camelia pun ada sekali.  Berlonggok dengan rakan-rakan sebaya.  Lepas bersalam-salam dengan mereka tetiba kawan Makcik Latisya Camelia iaitu Makcik Serena Zehra (bukan nama sebenar juga)  bersuara memecah keheningan..



“Awat hang makan dalam periuk?  Tak baik tau dok mengandung jangan dok buat perangai pelik-pelik esok keluaq anak kenan tak serupa orang jangan menyesai.. bla bla bla” dengan lontaran suara seperti letusan mesin-gun tanpa henti yang mana diakhirnya hanya imej mulut Makcik Serena Zehra yang termuncung-muncung jer lekat di ingatanku.   Makcik Serena Zehra memang terkenal bermulut ‘ganas’. Dan ibu-ibu di situpun mengambil kesempatan ‘membantai’ aku dalam versi masing-masing. 



“Mustahil la nak rupa macam periuk, saya bukan beromen dengan periuk.  Kalau beromen dengan periukpun buleh ka bayangkan cemana?”kataku sebagai menutup hujah Makcik Serena Zehra yang kian bersemangat. 



“Beromen dengan periuk ?  Hang ni gila ka apa? ” jegil Makcik Latisya Camelia disebelahnya. 



“Ya makcik… saya kunci lirik itu !”kataku dalam hati.  Tersenyum-senyum sendiri. Akupun tak sanggup nak bayangkan, macam horror sangat le pulak kot. 




Aku bukan malu ‘ditangkap’ makan nasik dalam periuk masa mengandung, cuma aku rasa lawak dan pelik.  Macam mana makcik-makcik ni buleh dapat idea makan nasik dalam periuk masa mengandung, keluaq anak nanti mulut luas macam mulut periuk jugak.  Aku tak pernah dengar lagi mana-mana saintis mengatakan bahawa DNA periuk dengan DNA manusia buleh bersatu-padu.   Makcik-makcik ni lebih canggih daripada saintis rupanya. 

Wednesday, November 20, 2013

35 = 3



Asalnya aku nak tempek satu gambar jer, konon-konon nak buat entry ala-ala ‘Wordless Wednesday’ tapi bangsa suka membebel macam aku tak payah nak wordless sangat la.  Hewhewhew. 


Aku kawin umur 26.  Disember 2008 masa umur aku 30 tahun, Allah kurniakan seorang anak.  Rezeki aku, masuk umur 35 tahun sudah beranak tiga.  Alhamdulillah syukur dengan pemberian Allah SWT.  Masa dapat Rumaisa terdetik di hati aku, kalau takdir Allah menentukan Dia bagi seorang saja anak kat aku, syukur sangat dah.  Aku tak mintak lebih.  Nasib aku dan EnWTT, juga takdir kami barangkali.  Tapi pakar motivasi kata nasib kita manusia ni kita boleh ubah, takdir je tak boleh diubah sebab tu ketentuan Allah.  Hanya Allah yang berkuasa mengubah takdir seseorang, atas kehendak Dia dan juga harus seiring dengan orang yang ingin mengubah takdir hidupnya itu perlu pula berusaha sehabis daya, berikhtiar dan berdoa serta berserah kepadaNya.  Bukanla sebab dok pikir tu takdir Tuhan, maka terus berputus asa dok tunggu menadah tangan berdoa meminta-meminta semata dengan mulut ternganga tak payah buat apa-apa.  Err, terceramah pulak. Hihi.


Rumaisa Nur Milhan, Rasyid Nur Muhaimin dan Rahman Nur Muzammil.  Merekalah harta dunia akhirat kami.  Allahuakbar ! 




Friday, November 15, 2013

Cerita seram sejuk tapi tak sejuk sangat..



Sambung cerita seram semalam.. hari ni roh seram tu sudah meresap ke tulang hitam.  Buleh la bercerita tanpa perlu meraban merata.  Kalau tidak asyik hilang fokus aja..

Pada hari kenduri akikah dan bercukur sedang berlangsung tu, sekitar jam 3.30 petang macam tu aku dan Rumaisa dok dalam biliklah sambil sesekali mengambil kesempatan membuta.  Tak membuta sangatpun sebab tetamu dok keluar masuk menziarah aku dan Rumaisa.  Lepas tu ada segerombolan kawan-kawan emak masuk menjenguk Rumaisa dalam buai dan bersembang dengan aku sat lepas tu depa pun keluar.  Tak semena-mena lepas tu suasana jadi senyap sunyi. Macam hening.  Aku rasa mengantuk tetiba pastu dok pikir nak berbaring la sekejap sementara takdak orang masuk bilik kami tu.

Suasana sekeliling terus senyap, tetiba kakak iparku yang sulung menjenguk.  Belum sempat aku nak tanya dia carik siapa terus dia berlalu.  Dok tak lama lepas tu masuk seorang tua.  Perempuan tua.  Suasana terus senyap, suara hingaq-hingaq kat luar tu macam tak kedengaran langsung dah.  Aku pelik tapi tak buat apa-apa. Perempuan tua tu lepas ni aku panggil Tok jer la.  Tok tu pelan-pelan melangkah mai kat aku, bersalam-salam.  Tangan dia sejuk berkedut-kedut macam orang berusia sangat dah dengan urat kasar jelas kelihatan.  Pastu tangan dia gosok ke bahu aku.  Aku pandang ke dalam mata dia.  Sumpah, mata yang takdak cahaya.  Mata hitam dia macam mata mati.  Mata takdak perasaan.  Cemana nak eksplain, hadamla sendiri tak reti dah aku haih.
 
“Tahniahh ye nak.. lama dah dok tunggu, ada jugak akhirnya !” ayatnya merujuk kepada Rumaisa di dalam buai.  Aku senyum tapi hidung rasa tak selesa sebab Tok ni macam berbau.  Bau hapak bercampur bau kencing tikus lama-lama dalam lemari.  Lepas tu dia senyum, senyum yang tak semena-mena membariskan gigi-gigi rongak dia yang hitam dan berkarat.  Aku perhati pakaian dia macam tetiba terperasan, dia berkain batik lusuh baju kurung kain kapas macam kain lama-lama aruah tok aku, lepas tu tudung di kepalapun berkain batik jua tak macam orang lain yang macam-macam fesyen tudungnya.  Kain batik diserkup ke kepala, pun lusuh dan hapak jugak. 

Puas kepala aku ni dok fikir sapa la kawan mak mentua aku yang sorang ni, penampilan tak kena dengan majlis sungguh pastu tak pernah nampak pun selama 5 tahun dok balik kampung belah EnWTT.  Yang lain ramai-ramai mai kenduri tu sekurang-kurangnya pernah jugak la sekali dua terjumpa, tapi tok ni macam out of space terus.  Dalam kepala aku time tu dok heran jugak orang lain pi mana habis tetiba macam takdak sapa nak masuk bilik kami duduk tu.

“Nak tengok budak dalam buai sat..” kata dia lepas tu menuju ke buai Rumaisa.  Dok pegang buai Rumaisa lepas tu diangkatnya Rumaisa ke dalam pelukan dia.  Tua tapi macam bertenaga, tak kekok langsung dia nak angkat-angkat tu. 

“Cantiknya cucu Tok ni, ikut tok balik nak ?” dialog mula dia dengan Rumaisa.  Sambil lepas tu dia dok gelak-gelak kecik.  Dari gelak-gelak biasa last-last aku rasa seram lain macam pulak dengan gelak dengan suara ala-ala husky tok ni. Jangan nak Ella sangat la tok oii.    Sambil gelak sambil mata tajam dok perati aku.

“Ikut tok balik naaaa… tok dok sorang nih, kalau ikut tok balik nanti buleh la main-main dengan tok, nanti tok bawak pi bejalan, mak hangpun tak larat nak hambat dah kali tu !”katanya lagi sekali, lepas tu dok tiup-tiup kelopak mata Rumaisa dan berbisik-bisik ke telinga anak aku tu.  Aku jadi cuak lepas tu rasa curiga mula bersarang dalam hati.

Aku bangkit dari katil try nak ambil Rumaisa dari Tok yang haram tak ku kenai tu.  Dia macam keberatan nak bagi kat aku pastu dok kata  sat tok nak main dengan cucu tok ni sat apa blab la bla. Pastu yang aku ingat dia tanya aku tu “Aku ambik cucu ni bawak balik buleh kot ?”

“Tak buleh.  Tu anak saya !” kali ni memang aku bertegas, taktau mai daripada mana aku dapat kekuatan terus Rumaisa dalam dukungannya aku ambil balik dan aku peluk anak aku kuat-kuat.  Masa tu aku tak peduli dah dia sapa, bergurau ke apa lantak pi hang kat situ.  Dia bestpren mak mentua aku ka, kawan lama ka bff sehidup semati ka semua aku tak peduli dah.  Kot nanti dia nak  mengadu kat mak mentua aku ni biadap ka kasaq ka apa mampoih pi.  Lepas tu dia tenung aku dengan pandangan yang sungguh tajam, yang takkan aku lupa sampai bila-bila.   Muka dia pun aku ingat cemana cuma aku ni tak dikurniakan bakat melukis potret kalu tidak aku lukis jer muka dia seketoi-seketoi.  Huhu.

“Nasib hang baik hari ni…” kali ni sora dia lembut balik, pelan-pelan jer tok tu cakap macam tu.  Lepas tu dia keluarkan duit seringit-seringgit tiga keping dari simpul kain yang dia  bawak.  Duit yang kelabu, lunyai dan gambaq Agongpun dah tak berapa nak jelas sangat.  Aku tak ambil dari tangan dia, jadi dia masukkan duit tu bawah bantal Rumaisa.  Lepas tu dia pelan-pelan keluar dari bilik kami, masa sampai ke pintu bilik tu sempat lagi dia berpaling balik ke arah aku sambil gelak hehhh hehhhh hehhhhhh!

Aku macam terbengong sekejap.. kepala macam kosong tak fikir apa.  Lepas tu suasana hingar-bingar kenduri di luar kedengaran balik.  Gelak ketawa kawan-kawan mak dan suasana meriah kenduri tu bergema balik macam biasa.  Tetiba Kak Ah, kakak ipar aku yang sulung jenguk ke bilik kami.  Terusla aku tanya dia sapa perempuan tua yang baru keluaq bilik tadi.  Kak Ah macam hairan, dia tak nampak sapapun seperti yang aku gambarkan dengan imej-imej bertudung kain batik tu dengan sekian-sekian sifat fizikal yang kugambarkan seperti yang masuk ke dalam bilik kami tu.

“Iskkk.. tak nampak pulak !” kata Kak Ah.

“Baru je Kak Ah, baru sat-sat dia keluaq.. “  dan Kak Ah terus menafikan, dia tak nampak sesiapa seperti gambaran yang aku berikan tu keluar dari bilik kami.  Lepas tu bila Kak Ah tanyakan pada emak dan jugak ipar duai yang lain, semua orangpun hairan dan tertanya-tanya sebab tak seorangpun dari mereka nampak individu seperti yang ku gambarkan itu. 

Kebetulan pula nak dijadikan cerita, selepas Asar pada hari kenduri tu, Rumaisa start menangis sampai jam 3.00 pagi.  Menangis sehabis hati, sehingga tak tidur kami semua dibuatnya.  Pada jam 3.15 pagi emak mencadangkan aku dan EnWTT bawak balik Rumaisa ke kampung ku pulak di Sik sana.  Keadaan itu berpanjangan sepanjang aku menghabiskan tempoh berpantang di kampung.  Puas merata pergi berubat secara moden dan juga tradisi maupun alternatif, akhirnya Alhamdulillah Rumaisa kembali normal macam biasa bila masuk usianya 45 hari.  Tak menangis meraung sampai lewat-lewat malam dah.

Syukur.  Tu jer la pun, ntah ler nak seram ke tak… Hehehe.  Terpulang.  Apapun lepas tu siapa yang datang menziarah anak-anak aku semasa dalam pantang memang aku berhati-hati, takut pisang berbuah dua kali.

Thursday, November 14, 2013

Cerita seram + rawak



Cerita seram.  Sebab hari ni Khamis, malam Jumaat.  Esok sudah Jumaat.  Kalau kat TV, wajib ada cerita seram di setiap siaran.


Mula-mula beranak kat Rumaisa dulu,  hari ke tujuh EnWTT terus bawak kami balik ke kampung untuk sesi berpantang.    Hari ke sembilan emak telah mengadakan majlis bercukur, akikah dan berendoi  tanda kesyukuran menyambut cucunya dari sekian banyak cucu yang beliau ada.  Sekarang ni cucu emak sudah 17 orang kalau tak silap aku.  Itu sebelah EnWTT lah.  Kalau cucu-cucu emak aku pulak sikit sahaja, baru ada 9 orang termasuk tiga daripadanya adalah anak-anakku.  Pasai kenduri akikah yang emak buat tadi, sungguh meriah sekali.  Habis sekampung dijemput emak untuk meraikan cucunya yang seorang ini.  Almaklumlah sudah 5 tahun ditunggu-tunggu akan kedatangannya, muncul jua cucu yang setiap hari tidak pernah gagal mendoakan kehadirannya nun di depan Kaabah sana. Syukur Alhamdulillah.


Berbalik pada hari kejadian iaitu hari kenduri, ramailah adik-beradik dan sahabat handai emak yang mai meraikan.  Lepas siap makan di luar depa masukla menziarahi aku dan Rumaisa yang sedang bersenang-lenang di bilik emak.  Balik kampung berpantang di sana bolehlah mengada sikit-sikit, semua benda orang buat bagi.  Nak makan orang tolong masak, nak mandi orang tolong jerangkan air, rebus daun-daun kayu segala.  Pakaian pun orang tolong basuh dan sidaikan. Berpantang di sini sorang-sorang jangan harapla nak merasa semua tu yer..  Tapi anak sulung jer la kot leh merasa semua tu.  Beranak sulung takde pengalaman jadi haruslah ada sesi terkial-kial dalam segala urusan, bulehla guna alasan takdak pengalaman.   Bila mai anak dua tiga kena la menyesuaikan diri dengan keadaan takkan semua nak tunggu orang buat apa semua bagi.  Sampai bila nak dok guna alasan tak reti, tak berani, seriau, takut itu, takut ini.


Sebab tu aku lebih suka berpantang di sini.  Berpantang di rumah sendiri, susah sikit takpa.  Renyah sikit-sikit kami laki bini hadap jer sendiri.  Lagipun jarak Putrajaya – Kedah kalau nak berkereta balik mak oiii hazab.  Nak naik flight macam tak sesuai, segala benda ko nak hangkut.  Kalau berkereta, 540 kilometer lebih nak duduk keras dalam kereta dah sampai nanti ko berjalanpun tegak-tegak mengalahkan Robocop.  Nak-nak pulak dengan perut baru lepas jahit lukapun tak betul-betul sembuh.  Sekali keta terjun lopak-lopak kecil atau berdesup melalui jalan yang tak berapa nak rata, memang separuh nyawa dibuatnya.  Rasa seperti roh kau sedang mengalir keluar dari badan dan pada masa yang sama tangan sedang menggapai-gapai untuk menangkapnya kembali.   Jadi kepada suami-suami di luar sana yang tak reti-reti sabar nak balik humbankan bini hangpa untuk dijaga oleh mak mentua or mak sendiri dalam masa berpantang, tolong pikir dengan lebih logik dan rasional sikit ye.  Jangan nak senang jer, atau dok pikir tak reti buat apa tak tau cemana nak buat tak reti itu tak reti ini, silalah belajar.  Kalau tak buleh nak pikir lagi, sila belah perut sendiri pastu jait pastu try drive kereta jauh-jauh tengok rasa cemana.  Akal yang Tuhan bagi melalui otak dalam tempurung kepala tu tolong pakai elok-elok jangan letak kat tempurung lutut pulak. Hmmm… tetiba buleh pulak seperenggan mak beremosi. Kakakakaka !  


Terkeluar sudah dari landasan mak nih, asal nak buat  cerita seram, meraban ke lain.  Takpelah yang tu sambung nanti, putus plak napsu aku nak menaip cerita seram ni. Hewhewhew..