Sambung cerita seram
semalam.. hari ni roh seram tu sudah meresap ke tulang hitam. Buleh la bercerita tanpa perlu meraban
merata. Kalau tidak asyik hilang fokus
aja..
Pada hari kenduri
akikah dan bercukur sedang berlangsung tu, sekitar jam 3.30 petang macam tu aku
dan Rumaisa dok dalam biliklah sambil sesekali mengambil kesempatan
membuta. Tak membuta sangatpun sebab
tetamu dok keluar masuk menziarah aku dan Rumaisa. Lepas tu ada segerombolan kawan-kawan emak
masuk menjenguk Rumaisa dalam buai dan bersembang dengan aku sat lepas tu depa
pun keluar. Tak semena-mena lepas tu
suasana jadi senyap sunyi. Macam hening.
Aku rasa mengantuk tetiba pastu dok pikir nak berbaring la sekejap
sementara takdak orang masuk bilik kami tu.
Suasana sekeliling
terus senyap, tetiba kakak iparku yang sulung menjenguk. Belum sempat aku nak tanya dia carik siapa
terus dia berlalu. Dok tak lama lepas tu
masuk seorang tua. Perempuan tua. Suasana terus senyap, suara hingaq-hingaq kat
luar tu macam tak kedengaran langsung dah.
Aku pelik tapi tak buat apa-apa. Perempuan tua tu lepas ni aku panggil
Tok jer la. Tok tu pelan-pelan melangkah
mai kat aku, bersalam-salam. Tangan dia
sejuk berkedut-kedut macam orang berusia sangat dah dengan urat kasar jelas
kelihatan. Pastu tangan dia gosok ke
bahu aku. Aku pandang ke dalam mata
dia. Sumpah, mata yang takdak
cahaya. Mata hitam dia macam mata mati. Mata takdak perasaan. Cemana nak eksplain, hadamla sendiri tak reti
dah aku haih.
“Tahniahh ye nak..
lama dah dok tunggu, ada jugak akhirnya !” ayatnya merujuk kepada Rumaisa di
dalam buai. Aku senyum tapi hidung rasa
tak selesa sebab Tok ni macam berbau.
Bau hapak bercampur bau kencing tikus lama-lama dalam lemari. Lepas tu dia senyum, senyum yang tak
semena-mena membariskan gigi-gigi rongak dia yang hitam dan berkarat. Aku perhati pakaian dia macam tetiba
terperasan, dia berkain batik lusuh baju kurung kain kapas macam kain lama-lama
aruah tok aku, lepas tu tudung di kepalapun berkain batik jua tak macam orang
lain yang macam-macam fesyen tudungnya.
Kain batik diserkup ke kepala, pun lusuh dan hapak jugak.
Puas kepala aku ni
dok fikir sapa la kawan mak mentua aku yang sorang ni, penampilan tak kena
dengan majlis sungguh pastu tak pernah nampak pun selama 5 tahun dok balik kampung
belah EnWTT. Yang lain ramai-ramai mai
kenduri tu sekurang-kurangnya pernah jugak la sekali dua terjumpa, tapi tok ni
macam out of space terus. Dalam kepala
aku time tu dok heran jugak orang lain pi mana habis tetiba macam takdak sapa
nak masuk bilik kami duduk tu.
“Nak tengok budak
dalam buai sat..” kata dia lepas tu menuju ke buai Rumaisa. Dok pegang buai Rumaisa lepas tu diangkatnya
Rumaisa ke dalam pelukan dia. Tua tapi
macam bertenaga, tak kekok langsung dia nak angkat-angkat tu.
“Cantiknya cucu Tok
ni, ikut tok balik nak ?” dialog mula dia dengan Rumaisa. Sambil lepas tu dia dok gelak-gelak
kecik. Dari gelak-gelak biasa last-last
aku rasa seram lain macam pulak dengan gelak dengan suara ala-ala husky tok ni.
Jangan nak Ella sangat la tok oii.
Sambil gelak sambil mata tajam dok perati aku.
“Ikut tok balik
naaaa… tok dok sorang nih, kalau ikut tok balik nanti buleh la main-main dengan
tok, nanti tok bawak pi bejalan, mak hangpun tak larat nak hambat dah kali tu
!”katanya lagi sekali, lepas tu dok tiup-tiup kelopak mata Rumaisa dan
berbisik-bisik ke telinga anak aku tu.
Aku jadi cuak lepas tu rasa curiga mula bersarang dalam hati.
Aku bangkit dari
katil try nak ambil Rumaisa dari Tok yang haram tak ku kenai tu. Dia macam keberatan nak bagi kat aku pastu
dok kata sat tok nak main dengan cucu
tok ni sat apa blab la bla. Pastu yang aku ingat dia tanya aku tu “Aku ambik
cucu ni bawak balik buleh kot ?”
“Tak buleh. Tu anak saya !” kali ni memang aku bertegas, taktau
mai daripada mana aku dapat kekuatan terus Rumaisa dalam dukungannya aku ambil
balik dan aku peluk anak aku kuat-kuat.
Masa tu aku tak peduli dah dia sapa, bergurau ke apa lantak pi hang kat
situ. Dia bestpren mak mentua aku ka,
kawan lama ka bff sehidup semati ka semua aku tak peduli dah. Kot nanti dia nak mengadu kat mak mentua aku ni biadap ka kasaq
ka apa mampoih pi. Lepas tu dia tenung
aku dengan pandangan yang sungguh tajam, yang takkan aku lupa sampai
bila-bila. Muka dia pun aku ingat
cemana cuma aku ni tak dikurniakan bakat melukis potret kalu tidak aku lukis
jer muka dia seketoi-seketoi. Huhu.
“Nasib hang baik hari
ni…” kali ni sora dia lembut balik, pelan-pelan jer tok tu cakap macam tu. Lepas tu dia keluarkan duit
seringit-seringgit tiga keping dari simpul kain yang dia bawak.
Duit yang kelabu, lunyai dan gambaq Agongpun dah tak berapa nak jelas
sangat. Aku tak ambil dari tangan dia,
jadi dia masukkan duit tu bawah bantal Rumaisa.
Lepas tu dia pelan-pelan keluar dari bilik kami, masa sampai ke pintu
bilik tu sempat lagi dia berpaling balik ke arah aku sambil gelak hehhh hehhhh
hehhhhhh!
Aku macam terbengong
sekejap.. kepala macam kosong tak fikir apa.
Lepas tu suasana hingar-bingar kenduri di luar kedengaran balik. Gelak ketawa kawan-kawan mak dan suasana
meriah kenduri tu bergema balik macam biasa.
Tetiba Kak Ah, kakak ipar aku yang sulung jenguk ke bilik kami. Terusla aku tanya dia sapa perempuan tua yang
baru keluaq bilik tadi. Kak Ah macam
hairan, dia tak nampak sapapun seperti yang aku gambarkan dengan imej-imej
bertudung kain batik tu dengan sekian-sekian sifat fizikal yang kugambarkan
seperti yang masuk ke dalam bilik kami tu.
“Iskkk.. tak nampak
pulak !” kata Kak Ah.
“Baru je Kak Ah, baru
sat-sat dia keluaq.. “ dan Kak Ah terus
menafikan, dia tak nampak sesiapa seperti gambaran yang aku berikan tu keluar
dari bilik kami. Lepas tu bila Kak Ah
tanyakan pada emak dan jugak ipar duai yang lain, semua orangpun hairan dan
tertanya-tanya sebab tak seorangpun dari mereka nampak individu seperti yang ku
gambarkan itu.
Kebetulan pula nak
dijadikan cerita, selepas Asar pada hari kenduri tu, Rumaisa start menangis
sampai jam 3.00 pagi. Menangis sehabis
hati, sehingga tak tidur kami semua dibuatnya.
Pada jam 3.15 pagi emak mencadangkan aku dan EnWTT bawak balik Rumaisa
ke kampung ku pulak di Sik sana. Keadaan
itu berpanjangan sepanjang aku menghabiskan tempoh berpantang di kampung. Puas merata pergi berubat secara moden dan juga
tradisi maupun alternatif, akhirnya Alhamdulillah Rumaisa kembali normal macam
biasa bila masuk usianya 45 hari. Tak
menangis meraung sampai lewat-lewat malam dah.
Syukur. Tu jer la pun, ntah ler nak seram ke tak…
Hehehe. Terpulang. Apapun lepas tu siapa yang datang menziarah
anak-anak aku semasa dalam pantang memang aku berhati-hati, takut pisang
berbuah dua kali.
2 comments:
blogwalking.. nice blog :)
visiting me back
hudakassim.blogspot.com
mana duit yang orang tua tu bagi
Post a Comment