Monday, January 13, 2014

Projek #1

Entry pertama 2014.  Dah masuk hari ketiga belas, baru reti nak update blog.  Sibuk dengan beberapa projek kecil-kecilan di rumah sendiri.  Bila ada masa aku kongsikan.  Aku bosan dengan warna kitchen kabinet di dapur kami yang sekangkang kera.  Bertahun ku bersabar, akhirnya 2014 aku beranikan diri.  Ini kuarters kerajaan, kitchen kabinet itu adalah perabot tersedia yang dibina.  Jadi nak ubah memang tak boleh, maka mari berikan ia sedikit nyawa.  Nak keluar nanti cuci baliklah.  Kospun tak banyak dalam RM30 saja. 

Beli cat spray di Living Depot, Bangi.  Satu tin cat berharga RM6, aku beli tiga tin, dua tin warna biru dan satu tin warna oren. Beli masking tape dua gulung.  Tahun ni tetiba rasa macam warna ‘Mozilla Firefox’ menarik untuk diketengahkan.  Tahun depan kalau bosan lagi tukar lagi.  Abaikan yang lain-lain. 

Projek dinihari.  Kalau siang ramai sangat project manager nak campur tangan.  Jadi tunggu semua anak-anak tidur dan emak pun siap bereksperimentasi.  Hasilnya… belum final tapi gigih nak share jugak.  Tehee..!



Sebelum.

Sesudah.  Abaikan aksesori yang bertaburan ;)

3 comments:

Yellieyenn said...

Naja! Dahsyatnya kaler

june said...

NAJAAAAAA.. nak upah ko wat kat umah aku pulak...hahahah

Naja Naja said...

Yellieyenn.. sebenarnya kalernya tak la seterang tu tapi kamera ni bengong sket tu pasal mcm gila vibrant kahkahkah. Takper.. rasanya mmg tak sesuai pun kot, nanti tukar lagi. Dun wori, spray2 jer harharhar

June - tayah, hangpun leh wat sendiri. 3 jam ja setel :)