Sambung cerita Lombok
hari tu. Aku ni haram tak reti nak
bercerita ikut kronologi, hari pertama pi mana.. hari ke dua pi mana, apa
aktiviti, buat apa kat sana. Tapi yang
pasti percutian ke Lombok ni antara yang best yang pernah aku pi. Hehe.
Aktiviti hari kedua
kami di Lombok adalah pergi ke tiga gili (pulau) yang cantik. Perjalanan dari Senggigi mengambil masa sejam
untuk sampai ke pelabuhan kecil tempat di mana kami akan menaiki bot ke Gili
Sudak, Gili Nanggu dan Gili Kedis. Tiga
gili ini adalah antara puluhan pulau
kecil yang bertaburan di sekitar Lombok.
Cantiknya Subhanallah, sesiapapun pasti tidak akan menyesal bila sampai
di sana kerana dapat merasai keindahannya dengan pasir halus putih gebu seperti
debuan, dengan air laut yang sejernih kristal.
Dengan segala pemandangan indah di depan mata, sungguh terasa betapa
agungnya kuasa Yang Maha Pencipta.
Ada satu lagi Gili
Trawangan yang sungguh popular namun katanya jaraknya agak jauh dari pulau
dengan ombak besar yang melambung-lambung maka tidak sesuai untuk kami yang
membawa anak-anak kecil bersama. Lagipun
semasa berurusan dengan Pak Azis iaitu pemilik agensi pelancongan Lombokfriendly.com,
telah dinyatakan awal-awal aku mahu percutian berkonsep santai yang sesuai
dengan usia anak-anakku bertiga. Almaklum anak-anak ni, kalau dah letih
berjalan jauh-jauh kesian pula nanti
kepenatan dan kesemonan.
|
Rumaisa yang
hepi dapat naik bot. "Dah lama kakak tak naik
bot",katanya. Padahal memang tak pernah naik bot kut !
|
|
Rasyid kusyuk memerhati percikan ombak. Rahman pula serasi sungguh dengan Adi, pemandu kami sepanjang di Lombok. Di belakang ialah Pak Anas, boatman. Semuapun cool belaka. |
Perjalanan pertama
kami pada pagi itu ialah ke Gili Nanggu, pulau cantik dengan pasir putih tempat
yang sesuai untuk snorkelling. Ramai
pelancong ‘matsaleh’ sedang berjemur, bersnorkeling dan sebagainya masa kami
tiba di sana. Mari tengok betapa
cantiknya Gili Nanggu ini dan Rasyid serta Rumaisa tidak melepaskan peluang
untuk turut berjemur dan mandi manda di tengah panas terik kerana tidak mampu
menahan godaan air jernih dan deburan ombak kecil yang memanggil-manggil. Berjemur sampai berkilat-kilat badan kedua
anakanda itew.. tapipun peduli apa yang penting boleh mandi laut.
|
Jangan buang sampah merata-rata. |
|
Rahman buat muka kesian mintak nak mandi kot, tapi panas sangat. Duduk bawah pokok dengan emak sudahla.. |
|
Rasyid dan Rumaisa mandi sambil diawasi Adi. |
|
Lihatlah airnya yang jernih tu.. |
|
Dan, bahagianya Rasyid dapat berendam sampai berkilat-kilat badan. |
|
Mereka lagi |
|
Jernih airnya. |
|
Papan tanda yang tedapat di Gili Nanggu. Gili Nanggu adalah pulau persendirian, kata Adi. |
|
Rahman sedang menikmati sepoi-sepoi angin laut yang nyaman. |
|
Dua pasang kaki alien yang terbakar kehkeh ! |
Sejam lebih di Gili
Nanggu, kami dibawa pula menaiki bot ke Gili Sudak untuk makan tengahari. Hidangan eksotik pulau Lombok iaitu nasi
putih, ikan bakar dan juga pelecing kangkung eh ke apa nama dia tak ingat
pulak, tapi macam kangkung rebus dan juga sambal belacannya yang sedap tak
hengat !! Ditambah pulak dengan air
kelapa muda, minum di tengahari rembang.. apa lagi yang hang mau ? Kenyang
tersadai kami semua kat pulau tu buat seketika.
Hidangan kat sini untuk satu orang berharga 65000 Rupiah. Masa tu sebab ada 5 dewasa termasuk aku,
EnWTT, Adi (pemandu), dan juga tekong serta awak-awak bot jadi kami order makan
tengahari untuk 6 pax. Sekali bila makanannya sampai ke meja, dapat
seorang sekor ikan yang besar gedabak.
Seekor tu buleh share bertiga kot.
Hah.. jenuh makan ikan, makan sampai terdampar kami kat Gili Sudak tu,
melampau sungguh. Siap bungkus bawak
balik lagi dua ekor untuk makan kat bilik :)
Gambar tak ikut kronologi ye, tak reti nak nyusunnya.
|
Anak-anak Gili Sudak. |
|
Sempat lagi main pasir sementara menunggu makanan siap dimasak. |
|
Warung makan di Gili Sudak |
|
Nyumm..nyummm..nyummmm |
|
Kami sekeluarga. Semua gelap-gelap. Rahman jer la sorang yang nampak bersinar dalam gambar ni. Haha |
|
EnWTT yang kekaguman dengan hidangan tengahari yang eksotik. |
Lepas makan kami
menuju ke Gili Kedis. Antara gili yang
terkecil dalam taburan pulau-pulau di sekitar Lombok. Kecil sungguh, aku rasa dewan serbaguna kat pejabat aku lagi
luas daripada Gili Kedis ni. Macam
biasa, pemandangan cantik memukau mata menyambut kami setibanya di sana. Budak-budak berdua tu pun tak melepaskan
peluang untuk mandi. Syiok sangat mandi
kerana airnya jernih, tenang dan bersih.
Takdak orang pulak tu. Kat sini
mereka mandi sambil diawasi oleh Adi dan Pak Anas, boatman yang rajin melayan
anak-anak.
Gambar dalam kamera aku ni
tak berapa cantik sangat sebab aku tersilap setting kamera aku jadi apantah,
yang cerah jadi gelap yang gelap jadi cerah plak. Kehkehkeh. Nanti lah, bila rajin (bila pun taktau lagi)
aku tempek yang dalam kamera EnWTT tapi dalam entry asinglah.
|
Gili Kedis dari kejauhan. |
|
Rahman dan pak angkatnya.. serasi benar gayanya. |
|
Rasyid tak sabar lagi nak mandi. |
|
Rumaisa sedang mandi sambil diawasi Pak Anas. Rasyid bermain di gigi air. Wtt tak lekang dengan kameranya. |
|
Pak Anas, boatman pada hari kejadian. |
|
"Ini kaki bintang laut,"kata Pak Anas kepada Rumaisa dan Rasyid. Sesi mengenal tapak sulaiman kaedahnya. |
|
Tapak sulaiman yang dikumpul Pak Anas. |
|
Jernih air laut. |
|
Gili Kedis, satu hari nanti kami pasti datang lagi. |
|
Ni masa nak balik dah, Pak Anas, Rahman yang terlentok lena, Adi dan juga Pak yang tidak ku tahu namanya. Mereka baik-baik belaka. Semoga berjumpa lagi di lain masa. |
Untuk yang mahu ke Lombok, aku rekemen sangatlah perkhidmatan Adi ni sebagai supir merangkap pemandu pelancong. Sangat-sangat membantu, tak banyak cengkadak. Jujur dan mesra anak-anak. Kalau mahu ke Lombok jangan segan-segan melayari www.lombokfriendly.com, carilah Pak Azis. Adi bekerja dengan Pak Azis. Insya allah percutian anda ke sana pasti akan menjadi kenangan manis di kemudian hari.
Sekian adanya.
3 comments:
SALAM NK tanya berapa erk harga pakej ke sane? bile mase yang sesuai nk ke sana ?
cantik juga tempatnya...tak pernah try nak tgk...
salam pelancongan semuanya, berminat melancong ke LOMBOK Indonesia yukk bersama kami team melancong murah baloi.
we serve you better :D
0175367426 -NURUL INSYIRAH
Facebook: melancong murah baloi
Instagram : melancong_murah_baloi
Post a Comment