Wednesday, January 15, 2014

Waktu rehat 2014.



Dari tahun 2002 aku masuk kerja, waktu rehat tengahari rasmi ialah pada jam 1 petang hingga 2 petang.  Hari jumaat waktu rehat ialah 12.15 tengahari sehingga 2.45 petang. 10 tahun.  Tahun lepas Rumaisa mula bersekolah tadika, waktu rehat aku 12.45 tengahari sehingga 2 petang.  15 minit awal ialah waktu ‘ehsan’ yang ku mintak dari boss .  Syukur, boss aku walaupun nampak garang dan strict, dalam hati ada taman astakona.

Tahun ini Rumaisa telah berpindah masuk ke sesi pra-sekolah di sekolah berhampiran.  Dekat juga dengan rumah tapi berjalan pagi-pagi dengan Rumaisa ke sekolahnya 20 minit jugak pi balik.  Sebab aku hantar terus ke kelasnya, nak hantar di pintu pagar sekolah takut tersadung di mana-mana.  Banyak pula anak tangga nak dipanjat untuk sampai ke kelas Rumaisa, belum campur dengan budak-budak berlari mengejar masa untuk sampai ke sekolah pada jam 7.30 pagi.  Waktu tamat sesi belajarnya ialah jam 12.00 tengahari.  Masa hari pendaftaran ibu bapa diberi taklimat, anak-anak wajib diambil pada jam 12.15 paling lewat di pintu pagar sekolah kerana pada masa itu pembantu tadika akan bawa anak-anak menunggu waris di situ.  Berkali-kali ditekankan akan kewajipan ibu bapa mengambil anak-anak selewat-lewatnya jam 12.15.

Kalau jam 12.15 waktu wajib ambil anak, jam berapa aku yang rehat pukul 1-2 petang ni nak keluar ?  Keluar jam 12 tengahari masuk jam 2 ? Uiiii.. best memang best kalau rehat  dua jam macam tu hari-hari.  Tapi tak adil untuk perkhidmatan awam yang menjadi tempat ku bernaung dan mencari makan, kataku dengan nada poyo.  Kehkehkeh.  Kerana aku bukan pekerja yang 100% berdedikasi tapi berdedikasi jugak sebenarnya maka pada satu pagi yang hening, aku mengadap boss dan menceritakan tentang waktu belajar Rumaisa disamping memohon kepada beliau untuk menukar waktu rehat sejam lebih awal.  Setelah berbincang dengan lebih jitu, maka Boss sudi memberi kebenaran untuk aku rehat lebih awal dari waktu rehat biasa dan masuk lebih awal dari waktu biasa rehat berakhir. 

Jadi tuan-puan, sekiranya bertemu saya di lif pejabat pada jam 12, ketahuilah saya memang rehat awal atas kebenaran dan persetujuan boss saya.  Bukan nak pi meladi atau menganga di mana-mana.  Semuanya adalah kerana, keluarga dan karier harus seiring jalan supaya tiada mana-mana pihak yang tercicir daripada perhatian.

Sekian.. eh, macam surat rasmi pula.. ;)

3 comments:

RySha sHaiRy said...

ari tu awak la yg kita jumpa kat spital kan..maklum ler kepala tgh weng..

Naja Naja said...

betui Rysha... Kak Naja ler yg tegur awak tu :)

Fuuhhhh la la ..... said...

rutin harian kita sudah sama lor......