Thursday, September 11, 2008

Hoh!

Pagi tadi dalam kul 2 lebih sikit aku terjaga.. sebab rasa terdengar2 mcm bunyi kuat dari atas rumah, entah di tingkat berapa. Biasalah rumah apartment... siling rumah kita lantai rumah orang, lantai rumah kita plak dah jadi siling rumah orang. Setelah diamati.. mcm bunyi orang tendang pintu. Masa tu hati dah berdebuk-debuk, teringat pulak kes Raja Noraina yang mati ditikam perompak. Lepas tu beberapa minit diam, oklah akupun tarik selimut nak tido.. sekali tengah dok ekjas2 bantal, tetiba dengaq lagi.. kali ni lebih ganas dan brutal... smp bergegar2 rasanyer kepala aku.

Cepat-cepat la aku jengah kuar ke tingkap yg sedia ternganga... dan dengaq lagi bunyi pintu macam ditendang2.. Huiii. Dalam ati ni dah terpikir mcm2.. lepas tu dengaq lagi dan kali ni aku dpt imajin mcm bunyi pintu dah terkopak.. sekali dengaq pulak suara perempuan dok meraung2.... seperti ketakutan, berulang-ulang kali. Ha sudah, sapa pulak dah bikin drama swasta tengah2 pagi buta nih. Aku pun cemas jugaklah, terus panggil Zikri yg tengah sedap tido kat luar... situ la port dia tido dpn TV.. atas sofa berhantu. (Mau tak berhantu, sapa jer dok situ mesti ada rasa nak lelap mata dan2 ). Bila zikri smp kat bilik, suara perempuan menjerit tu dah diam. Aku tanya zikri dia dengaq apa2 ke tidak, dia kata tak. Agaknyer tido nyenyak sangat.. hmmm xperlah. Akupun citer la apa yg aku dengaq tu, Zikri kata "depa gaduh laki bini kot!" tu dia... kalo gitu bunyi gaduhnyer aku rs soheh dah perempuan tu patah riuk tak pun separuh nazak dikerjakan laki dia. Haiii macam2. Sudahnyer... berjam gak aku nak bley sambung tido balik. Dan apa yg aku dengaq tu masih la terngiang2 di telinga aku.. cam tak puas ati jugak tak tau apa cerita di sebalik. Bukan bz bodi.. aku cuma jiran tetangga yg prihatin.

Dot!

4 comments:

fiena said...

issshhh apa agaknya yg terjadi kt org tingkat atas kaknaja tu hah???saya pun nak tau jugak,manalah tau kena dera dgn suami ke,ke isteri dera suami ke???kaknaja kenai ke ngan jiran atas..minta-mintaklah tak de apa2 yg berlaku kan...

naja said...

tula smp hari ni ku kekonpiusan.

marini said...

hang ni naja.. selalu sangatlah berada di alam misteri. Macam2 citer misteri hang ada. Takmolah pi umah hang... dahlah tiles umah pun tetiba ada mata air.. pastu jiran pun misteri..

pureideas76 said...

len kali suh je Kri tu pi siasat, dia kan AJK Blok. Wat ke kes dera ke? Ke anak ke kena bantai,cemana tu...biar jd busy body dari pg esok tengok dead body (ceh! byk sgt tgk cite CSI ni..) hehehe