Saja
nak mengimbas kembali cerita ni. Masa tu
hanya aku berdua dengan EnWTT, anak-anak takdak lagi. Ada sekali sekala EnWTT mengikut kawan-kawannya
pi memancing. Yang sesi memancing ni aku
tak ingat pulak memancing di sungai atau di kolam. Tapi yang pastinya, EnWTT bawak balik sekor
ikan yang buleh tahan jugak besarnya.
Ikan pacu. Tapi ikan ni bukan
EnWTT yang dapat, ni hasil pemberian salah sorang dari kawannya yang sama-sama
pi memancing pada hari kejadian. Akupun
tak ingat pasai apa kawan EnWTT tu tak nak bawak balik ikan tu, mungkin takdak
sapa yang nak bersiang kot.
Aku
plak, kalo ikan-ikan air tawar ni aku tak familiar sangat selain daripada keli
ngan haruan. Walopun jarang-jarang
makan, tapi aku kenal dua spesis ni
sebab dulu-dulu kalo main di bendang mesti nampak ikan ni selain dari
ikan sepat, ikan laga dan anak beras.
Berbalik pada ikan pacu tu, EnWTT kata awak nak makan awak bersianglah..
sebab beliau tidak makan ikan air tawar.
Bukan tak makan langsung tapi rasanya kalo semua stok makanan di dunia
ni pupus, barulah ikan air tawar ni menjadi pilihan kot. Aku pulak jenis bolehlah kalau nak
terai-terai. Takdela tolak terus. Maka tanggungjawap nak menyiang ikan tu
akhirnya terletak di bahuku. Kemain
terletak di bahu, macam hazab benar tanggugjawabnya.
Masa
tu aku ingat ikan pacu ni kecik je saiznya, bila bukak plastik tu amboi
besarnya bukan main. Saiznya sebesar
pinggan makan Corelle. Motif nak habaq
pinggan Corelle ? Sebab saiz pinggan makan Corelle tu lebih besaq dari pinggan
makan yang selalu kita makan kat kedai tu. Hehehe. Okeh sambung lagi, lepas tengok saiznya yang
besar tu maka timbul pulak rasa ngeri nak menyiang. Aku memang alah dengan ikan saiz besar-besar
ni. Kalau ikan kecik-kecik besar tapak
tangan tu takdak masalah. Mai yang
besar-besar rasa macam nak mencincang manusia plak. Bila aku cakap dengan EnWTT aku macam tak
sanggup nak siang ikan tu, dia kata takpa kalau tak sanggup buat.. lempaq aja
la. Alahhh, rasa macam membazir plak. Selepas puas bertimbang-tara aku pun
mengambil keputusan meneruskan perjuangan.
Lepas
dah cuci-cuci badannya, aku amik papan pemotong yang paling besar sekali, letak
ikan tu di sana dan benda pertama yang aku buat buka mulut ikan tu nak cuci
segala kotoran dalam mulut. Demi terbuka
jer mulut ikan pacu tu, adoihhh mak rasa macam nak sawan dan terkena rasukan
ablasa. Ikan pacu ni punya set gigi yang
mirip macam gigi orang. Dengan berkerak
dan berkeladaknya gigi ikan pacu ni menambah lagi rasa ngeri dan loya. Aku terbayang jantan yang tak pernah berus
gigi dari usia baligh sampai la umur dia 20 tahun. Akupun taktau kenapa aku mesti bayangkan gigi
jantan padahal, perempuan pun ramai yang malas berus gigi. Hahaha Kronik hoccay perasaan mak tatkala
itu.
Selepas
terkedu seketika, aku amik satu berus gigi yang dalam stock kami tu, letak
Colgate banyak-banyak lepas tu aku start berus gigi ikan tu. Tiga kali ulang cuci dan berus sampai aku
puas ati, walaupun tak dapat membuang plak-plak pada gigi ikan tapi kekotoran
yang sebelumnya sudah hampir 80% hilang, barulah aku berpuas ati. Ada jiran depan dapur, suami isteri yang
terjenguk-jenguk Mula-mula isteri dia basuh pinggan, pastu suami mai join basuh
pinggan. Aku syak isteri dia tu cakap
dengan suami dia jiran depan dapur tengah berus gigi ikan. Kehkehkeh. Memang betui tekaan aku sebab lepas tu
suaminya tanya aku buat apa. Aku cakaplah
benda betul, tengah berus gigi ikan sebab kotor sangat. Pastu depa suami isteri pandang-pandang
sesama sendiri dan tersenyum-senyum.
Lantaklah nak fikir apa pasal aku, yang penting ikan aku bersih giginya
dan tiada lagi igauan ngeri yang melanda hidupku di situ.
Lepas
dah siap berus gigi, dah berseri-seri barulah aku start buang sisiknya dan
menjalankan prosedur-prosedur biasa dalam memproses seekor ikan untuk dijadikan
lauk. Tapi taklah ikan tu dimasak time
tu jugak. Ikan tu aku potong dan simpan dalam peti ais untuk dijadikan
lauk di kemudian hari sekiranya terjumpa resepi yang sesuai. Hari demi hari, minggu demi minggu.. bulan
berganti bulan, terdampar di situ, akhirnya selepas ia hampir-hampir menjadi
fosil kerana tidak terusik, ke tong sampah jua akhirnya ikan pacu
tersebut. Sadis sungguh.
Kat bawah ni ialah imej ikan pacu dan gigi ikan pacu yang aku googled. Tq pakcik google atas khidmat baktimu yang tidak terperi ini.
6 comments:
dear.. ikan pacu ni masak stim sedap.. tak pun masak berlada..
apakan daya, kesedapannya telah dikaburi oleh gigi-giginya. heheeh
aahla wei, gigi diaaa...
takuuittt
alahai gigi die boley tahan sama cam gigi budak budak
Tinie - kan kan.... kerana gigi.
MPC - Kalu betui mcm gigi budak takper comel2..
hahhahahhahahha... dah terbayang2 dah aku ko berus gg ikan ngan colgate.. wakkakakkaka
Post a Comment