Thursday, November 21, 2013

Periuk !



Masa mengandung aku rasa semua orang (yang boleh mengandung) takkan terlepas daripada dikekang dengan pantang larang yang kalau dikira banyaknya, kalau dibukukan mungkin buleh dapat setebal Kamus Dewan edisi terkini.  Pantang larang ni pulak selalunya mengundang jelik dan pelik di hati.  Tak terlepas, aku.  Tapi percayalah, banyak sungguh pantang larang yang aku redah masa mengandung, sebab kadang-kadang banyak sangat unsur syiriknya kalau dipikir-pikirkan balik. 




Bawak perut kat Rumaisa aku ada satu jenis habit  yang kalau tak buat rasa macam tak puas atau tak lengkap seharian aku.  Makan nasik dalam periuk.  Alah, periuk karan hat saiz paling kecik tu, luas lagi mangkuk bunga putih di opis yang aku dok guna makan megi pada hari-hari kebuluran.  Kalau nak up sikit aku makan dalam periuk kaca bertajuk Vision yang dibeli di Langkawi masa sesi ulangan berbulan habis madu sepah dibuang bersama dengan EnWTT, dan juga kawan kami iaitu Laxmi dan Jaya.  Kalau makan dalam periuk kaca Vision ni kurang sikit rasa bersalah akibat  melanggar norma kehidupan masyarakat normal.  Lagi satu, ofkos le aku makan kat rumah sendiri je kalau nak buat perangai begitu.  Kalau makan di tempat awam harus aku akan dipinggirkan dalam aktiviti kemasyarakatan seterusnya.




Lepas tu balik kampung rumah mak aku,  hari pertama  dan kedua aku menahan-nahan keinginan makan dalam periuk.  Masuk hari ke tiga aku dah tak keruan, rasa ketagihan memuncak.  Duduk tak kena, berdiri tak kena.  Mengiring ke kiri maupun ke kanan rasa gelisah tetap menerpa.  Gitew.  Akhirnya aku bangun ke dapur.  Emak sedang berehat di ruang depan dengan adik aku.  So akupun mula menjalankan misi.  Capai periuk nasik emak, amik nasik sesenduk lepas tu cepat-cepat masukkan lauk telur masak lemak putih dengan fucuk.  Carik port dekat mesin basuh juga yang dok dekat area dapur tu jugak. Maka laju menyuap rezeki ke mulut sehingga terlupa akan satu tingkap besar di belakangku yang mengadap jalan mini tar naik ke rumah jiran-jiran di belakang.  Tetiba..



“Haiii.. dok buat apa tu ?” sapa Makcik Latisya Camelia (bukan nama sebenar).  Motif sangat ko nak letak nama dia begitu?. Whatever.  Dia jiran  sekampung. Mungkin baru balik dari kebun. 




Aku ter’errr..errr’ mencari jawapan yang sesuai, namun hasratku musnah bila Makcik Latisya Camelia ni tetiba menjawab soalannya sendiri.



“Tak baik hang dok mengandung makan nasik dalam periuk.  Esok-esok anak keluaq mulut luas lebaq macam mulut periuk tu !”ujarnya bersungguh-sungguh.



Aku diam.  Aku jenis hormat orang tua.  Takat alasan tak munasabah yang dia bagi tu aku buleh hadam kat perut, maka boleh diam. 



“Masa dok mengandung ni semua perkataan, semua perbuatan kena jaga.  Hang tak buleh dok buat tak ketahuan.  Pesan orang tua-tua kena ingat selalu’, sambungnya lagi.  Aku hanya sengih-sengih.   Pastu macam biasa aku cuba mengalih tajuk perbualan, mujur berjaya.





Dua hari lepas tu, aku terima jemputan kenduri tahlil aruah juga di kampung aku.  Pergi dengan emak.  Setiba di rumah kenduri, Makcik Latisya Camelia pun ada sekali.  Berlonggok dengan rakan-rakan sebaya.  Lepas bersalam-salam dengan mereka tetiba kawan Makcik Latisya Camelia iaitu Makcik Serena Zehra (bukan nama sebenar juga)  bersuara memecah keheningan..



“Awat hang makan dalam periuk?  Tak baik tau dok mengandung jangan dok buat perangai pelik-pelik esok keluaq anak kenan tak serupa orang jangan menyesai.. bla bla bla” dengan lontaran suara seperti letusan mesin-gun tanpa henti yang mana diakhirnya hanya imej mulut Makcik Serena Zehra yang termuncung-muncung jer lekat di ingatanku.   Makcik Serena Zehra memang terkenal bermulut ‘ganas’. Dan ibu-ibu di situpun mengambil kesempatan ‘membantai’ aku dalam versi masing-masing. 



“Mustahil la nak rupa macam periuk, saya bukan beromen dengan periuk.  Kalau beromen dengan periukpun buleh ka bayangkan cemana?”kataku sebagai menutup hujah Makcik Serena Zehra yang kian bersemangat. 



“Beromen dengan periuk ?  Hang ni gila ka apa? ” jegil Makcik Latisya Camelia disebelahnya. 



“Ya makcik… saya kunci lirik itu !”kataku dalam hati.  Tersenyum-senyum sendiri. Akupun tak sanggup nak bayangkan, macam horror sangat le pulak kot. 




Aku bukan malu ‘ditangkap’ makan nasik dalam periuk masa mengandung, cuma aku rasa lawak dan pelik.  Macam mana makcik-makcik ni buleh dapat idea makan nasik dalam periuk masa mengandung, keluaq anak nanti mulut luas macam mulut periuk jugak.  Aku tak pernah dengar lagi mana-mana saintis mengatakan bahawa DNA periuk dengan DNA manusia buleh bersatu-padu.   Makcik-makcik ni lebih canggih daripada saintis rupanya. 

6 comments:

emak. bukan penari tiang said...

Nama samaran makcik2 retis sgt. Hahaha

tp sggh masa mengandung saja pun pelik2. Tp.pantg larang mkn dlm periuk ni mcm2 versi. Family aku tak dak nk pantg2 gu ni tp jiran2 plk kemain mcm dulu masa sekolah aku penah kena time kenduri kawen kak aku. Jiran2 ada penuh kat dapoq time breakfast aku pi ceduk rasa semulut nasik goreng dalam belanga. Teruih kena sound setepek kata duk makan dlm belanga nanti muka jd besaq belanga. Cuihhhhhh logikla sikit. Takpenah plak aku tgk ada manusia muka membesaq saiz belanga dlm donia ni.

Pentipu.

Naja said...

Betui Rai, bila mengandung ja teruih kena tukaq jadi 'wanita melayu terakhir'.

Pastu bila masa pulak periuk belanga dan segala benda2 tak dak roh ni tetiba berkuasa menjadi penentu rupa paras anak dalam kandungan.. isk isk isk !

Shima said...

yg aku dengar, kalau anak dara makan dalam periuk, kahwin nanti hujan lebat. Klu aku dh sentap dh dgn mak cik Latisya Camelia dgn Serena Zehra sesedap mulut je mengutuk org....

TiNiE said...

aku vote for auntie latisya n auntie serena. kellessss

Naja said...

Shima - byk versi sangat pasal periuk ni, entah apa dosa periukpun aku taktau.

Tinie - Hehehe..

emak. bukan penari tiang said...

Naya ja org yg kawen dimusim tengkujuh. Haha mesti kena tuduh pwngantin pompuan suka mkn dlm periuk.