Tuesday, March 31, 2009

Makcik Organik

Tadi gi Domino's dengan Fina dan Risma.. saja makan2 kerna hari ni adalah hari last Risma kat sini. Hala balik nampak sorang makcik yang sungguh putih.. kulit putih... kening putih... pendek kata segala putih. Maka terjadik la dialog ni dalam keta..

Aku : Eh tu makcik tu organik la... ( dengan konfidennyer sebut)
Risma : Apa plak organik.. albino le Kak Naja.
Aku : Ha! yer yer.... albino. Organik plak.
Fina : ** Ketawa aje.

Aku rasa darjah intelektual ku sudah menurun.. hahahahah!

Monday, March 30, 2009

Earth Hour - Di Manakah Aku ?

Pada hari itu, aku telah berkampung di Jusco Puchong bersama2 dengan Zikri dan Rumaisa. Bila tiba jam 8.20, pengumuman dari Pengurusan Jusco mengatakan bahawa mereka akan menghentikan operasi eskalator, memalapkan lampu dan juga mengurangkan suhu aircond ke tahap minimum sempena sambutan earth hour... dan orang pun berebut2 menuju ke lif untuk ke tempat yang mereka ingini. Aku masih di dalam Jusco membelek2 botol susu..

Tepat 8.30 malam, lampu pun malap2 gitu tapi masih nampak sekeliling. Haru kalo dia tutup semua, mesti ramai yg amik kesempatan menyonglap... dan kami masih meneruskan aktiviti bershoppingan tanpa gangguan.. oh, Rumaisa sungguh sporting malam ini, dia langsung tidak hiraukan keadaan sekeliling.. leka dengan dunianyer sendiri dalam stroller. Melayan perasaan bluesnya barangkali, sambil memeluk abg lion (puppet dari playgim yg aku letak dalam stroller) dan pastu lena dengan nyamannyer.

Kesimpulannyer, sikit sebanyak aku rs aku dah sambut seruan 'earth hour' itewww!



** Keadaan Rumaisa semasa 'earth hour', lena memeluk abang lion

Friday, March 27, 2009

Kena Gelak!

Malam tadi semasa sedang boring2.. aku nak amik gambar Rumaisa. Semasa sedang membetulkan duduk Rumaisa kat atas sofa tetiba dia hendak terkeleweh.. aku terkejut lalu melatah ' Oh makcik kau beruk!' Copot jantung aku, mujur tak terlucut dari pegangan.. dan hasilnye dia buleh gelak sakan kat aku! Kecik2 lagi dah pandai gelakkan emak.. huhuhuhu!

Mari tengok aksi Rumaisa



**Psstt.. kat blakang adalah timbunan kain yg buleh dibuat cabutan bertuah! ;)




Antara Boring dan Baca Quran.

Itu adalah perasaan aku pada ketika ini..

Kalo di rumah aku suarakan rasa boring aku.. Zikri akan kata "Bacalah Quran".. aku tak tahu ikhlas @ tidak tapi selalunya suruhan seperti itu akan disertai dengan senyum leret panjang.. nak nak plak time tu tengah kusyuk tawaduk mengadap tebesyen.. konpomlah menyindir. Tapi tu la hakikatnyer suami isteri... sapa lagik nak perli @ kenen2 kita kalo tidak pasangan sendiri.

Dan, bila dia capai rokok nak gi 'charging' kat beranda.. aku akan menghantar dengan pandangan yang dia sendiri bley tafsirkan - i hate smoker! - dan selalunya dia akan cakap "boring" walopun tidak ditanya.. pada ketika ini aku akan memulangkan balik apa yg dia selalu cakap "Bacalah Quran kalo boring. Bukannyer merokok" dan tentu senyumnya meleret lebih panjang berbanding ketika dia senyum semasa menyuruh aku baca Quran.

Monday, March 23, 2009

Zahida Parveen

Nak share dengan kengkawan semua, semalam tengok National Geographic, kisah kejam yang terjadi di Rawalpindi.. daerah pedalaman Pakistan. Citer pasal Zahida Parveen (bukan Zahida Rafik ok) wanita Pakistan yang diseksa dgn kejam oleh jantan yg bernama suami. Dituduh berlaku curang, suami yang tebal dgn fahaman fundamental Islam yang songsang telah memotong telinga, mengerat hidung dan mencungkil keluar 2 bijik matanyer tanpa rasa belas kasihan.. masa tu Zahida sedang mengandung 3 bulan. Alasannyer sebagai suami dia berhak menghukum isterinya isterinya dengan apa saja cara.. Itu adalah haknya. Dan isteri bagi depa adalah lembu.. keldai.. kambing dan harta yang boleh dibuat sesukahati. Isteri adalah hamba.. ! Isteri hanya tinggal di rumah tak boleh keluar, dinafikan hak belajar.. bersuara dan membela diri. Haiyooooooooo...



Zahida terselamat, kisahnyer tersebar ke seluruh dunia. Dan dia satu2nye wanita yg berjaya menyeret suaminye ke muka pengadilan sedangkan beribu2 lagi wanita senasib dengannya tinggal tidak terbela.. dinafikan hak mereka oleh sistem yang tidak memandang wanita sebagai individu tetapi sebagai harta yang boleh diperbuat apa saja. Tetiba aku terpikir apalah nasib2 wanita2 Malaysia yg bley jatuh hati dgn Mat2 Pakistan yang dok usung karpet jual merata kg. Di sini berlagak baik, balik Pakistan esok... lebih teruk dari hamba jadiknyer. Simpang malaikat 44 jadi kat keturunan + adik beradik aku!



Dan.. oh ye, jantan yg paling kejam itu yang bernama Mehmood Ikbal.. pada aku patut dihukum seberat2nyer bukan setakat penjara 14 tahun kerana selain dr selain dari kejam dia sudah menconteng cat hitam kepada institusi perkahwinan dan jugak kesyumulan Islam itu sendiri. Orang2 macam inilah yang menyebabkan Islam itu nampak ganas.. terkebelakang.. ortodoks. kejam dan menindas! Memang babi sial punyer laki!

Friday, March 20, 2009

Bilamana kena paksa tidoq..

** Wajah bila tidoq secara sukarela...

** Wajah bila dipaksa tidoq..


Haa.. cubalah buat perbandingan! Macam tu lah gayanyer air muka Rumaisa kalo dipaksa tidoq. Dia akan tidoqlah sekejap dalam 10 minit mcm tu.. tp dengan muka 'muncung' yang buleh tahan... Tidoq dalam susana 'bebai'. Yer la sapa suka kena paksa kan.. tp kalo dah jam 2 pagi pun still xnak tidoq, cemana tak kena paksa pun. Buleh tiga empat hari deret tidoq kul 2 pagi, konpom kepala aku akan meonggg..

Thursday, March 19, 2009

Hari Mengantuk Giler

Adoiiii.. seksa! Betullah kot hari ni adalah hari mengantuk sedonia kot. Rasa mcm tebal kepala dok tahan ngantuk.. kejap kepala terkulai sana terkulai sini. Efek susu lactogen yg aku minum sat2 ker ? Isk isk isk..!

Tuesday, March 17, 2009

Hummer H3


Tuan/Puan sekalian, inilah kenderaan yg menjadi idaman kalbu ku pada saat dan ketika ini. Tengok keta ni buleh buat aku sengih sorang2... semuanyer bertitik tolak dari melihat keta yg dinaiki oleh pacik Horatio dalam CSI:Miami... Fuhhhhh.
Dan Jumaat baru2 ni tak semena2 telah melintas sekor Hummer yang sebijik mcm kat dalam gambar di atas ni kat dpn aku. Berteguk2 aleyo ku telan.. dan dengan tak sedo dirinyer aku telah memecutkan sang kancil aku utk mengambik gambornye.. tapi yer la korang mesti tau apa resultnyer kalo sang kancil mengejar abang Hummer.. dapat asap jer ok! Sadis sekali..
Takperla walopaper pun... tengok jer la gambar nih.

Bingkisan dari Langkawi Darul Shopping


Ehehehe... yer la kalo gi Langkawi tak sah tak shopping.. paling xdak pun mesti jugak beli cekelat2.. kalo duit banyak beli set2 Corell ker, Visions ke... selalu sangatlah terjadi peristiwa pergi satu beg.. hala balik buleh jadik 5-6 beg!


Yang aku nak citer bukan aku yg gi Langkawi, tapi boss aku... semalam dia pegi atas urusan kerja. Dan hari ni, nah tersergam gagah sekotak Ferrero Rocher di atas meja aku. Wah, i terharu ok! Ingat jugak dia kat cik puan seketerinyer ini. Ok, serious.. aku ciwi sedikit! Thanks my boss! (mcm la dia baca blog aku)


Tetiba aku teringat satu slot berita luar negara 2 bulan lepas, ada dkt 10 tan Ferrero Rocher tiruan telah dimusnahkan di Perancis. Fuhhhh... Ferrero Rocher pun ada yg fake punyer. Isssskkkk!


Thursday, March 12, 2009

Result SPM kuar hari ni

Selain daripada adik aku si Fini yg amik SPM, sudah tentu la kami2 pun turut sama merasa ketaq2 nak tau result dia. Memula Fini sms ceni tengah mlm buta tadi "Boley tak i p amik result tu hari ahad ni?" agaknye mungkin dia cemas ke apa wallahualam. Terpulang la kan pada dia.. hari ni ke ahad ke, janji p amik.

Dan tadi... aku call mak, mak ckp dia pun rasa gementar xleh duduk. Alah kesian emak.. Lepas abis cakap dgn mak, nak call Fini tetiba ada sms masuk dari dia.. Oh result spm nyer sudah ada kat tangan... keputusan yang buleh dijangka kan tp aku rs lebih bagus dari jangkaan aku dan mak. Haha. Thanks god! Walopun cuma sekor je A dia dapat, alhamdulillah. Lulus semua walo tak berapa nak flying colors! Hehehe. Yelah kehidupan mesti diteruskan.. nanti apply lah apa2 yg sesuai. Hidup kita bukan takat mati dgn SPM ajee.. masih panjang lg jalan di hadapan yg perlu ditempuh. Aku dulu pun xde la pandai sangat dlm SPM, result tak gempaq pun.. tp alhamdulillah boleh gak punyer kehidupan sendiri yg sungguh membahagiakan. SPM bukan jalan penyudah.. juga bukan penamat kepada sebuah perjuangan dalam kehidupan. Go Fini Go!!

Tapi aku amat terharu dengan emak... anak2 cemerlang ke tak cemerlang ker, tersalah membuat keputusan dalam idop ke.. emak mmg tak pernah memperlecehkan anak2 dia jauh sekali nak menyalahkan.. nak pulak benda yg dah terjadi. Masih terngiang2 tadi ayat emak "sukur sukur... mak ingat ka teruk sangat. ok la tu. puas ati la mak. nanti mak nak cakap kat dia.. yg mana dia dpt a tu berkat doa mak dok baca yasin hari2 bg terang ati dia. Yang mana dia tak dpt A tu .. tuhan bg habuan sesuai dgn usaha dia la".. begitulah emak aku.. sentiasa positif. Ntah satu hari nanti bila anak aku amik SPM, akupun tak pasti samada aku akan berfikir positif mcm emak.

Tuesday, March 10, 2009

It's My Faith!

Last week punye cerita. Ada cerita baik dan ada cerita malang.. kejadian2 yang menimpa diri aku. Aku rasa mcm banyak benda2 tak elok jadik kat aku minggu lepas.. malang bertimpa2.. sesungguhnyer aku kena duduk bermuhasabah diri. Kejadian pertama aku telah kehilangan wang dalam amaun yg agak banyak.. (dalam erti kata duit untuk meneruskan kelangsungan hidup sehingga dapat gaji pulak bulan ni) . Bagaimana duit itu buleh hilang dan di mana disyaki ilang sudah tidak menjadik persoklan lagi ketika ini. Akupun x nak terkenang2 dah benda yg takdak.. Wat 2 do. It's my faith.. i have to face it!

Kejadian ke 2, hmmm hari Jumaat baru2 ni kereta aku telah mengalami eksiden. Bolehlah dikatakan bukan salah aku, itu adalah angkara mamat kurang ajar yang tak reti2 nak sabar... bawak keta tak pakai akal petimbangan.. ikut suka P*%#@Q dia je nak p tonyoh tang mana. Yang jd mangsa kebodohan dan kesombogannyer bukan aku sorang tp ada 3 bijik keta dan juga sebijik lori gedabak besaq. Dan jantan pengecut itu suka2 ati memecut lari meninggalkan kami. Tapi xper.. .no plet keta nyer telah selamat dimasukkan dalam repot polis! Hasilnye, keta aku sekali lagi terdampar workshop untuk kerja2 pembikinan bagi mengembalikannyer kepada bentuk asal! Wat 2 do, It's my faith.. i have to face it!

Dan kejadian ke 3, dari semua2 benda yg menyemakkan kepala ku seperti di atas.. alhamdulillah aku telah lulus peperiksaan 'Penilaian Tahap Kecekapan' (PTK Level 2) untuk ke dua2 paper itu aku mendapat aras III dan IV (aku sedang tersenyum hepi tatkala entry ini ditaip), and it's my faith!

Pelajaran yg aku dapat.. kehidupan kita penuh terisi dengan kabar2 duka dan gembira. Belajarlah untuk meredhoi qada dan qadar.

*lax, thanks untuk "it's my faith, i've to face it" (heheheheehhe)

Wednesday, March 4, 2009

Bikin Emo Jerrrrr Taw!!


salah ker???
naper ek. org suker perli² pasal anak aku ramai??? why...why...huhuhu cam nak jer lari laju²...jauh²salah ker ada anak ramai yg pasti anak² aku tak salah tau
cerita di publish oleh TiNiE at
12:00 PM Labels: ,


erkkk.. aku agak keemo-emoan bila baca blog tini sat2.. tentang dirinyer yg selalu diperli2 kerna beranak ramai. susah tul orang2 yg tak faham & tak reti bahser ni. ke jahil ? dah tentu jasad2 yg tercipta dan ditiup rohnye utk hidup tu adalah kerja Allah.

Itulah, orang2 ini.. yg kalut xde kerja lain melainkan dok jd penyibuk hal2 orang. Beranak ramai pun salah -dikata plak xde keja lain asik mengangkang jer pagi petang siang mlm! Kalo anak xdak.. lambat beranak ke.. kang dicop tak reti buat anakla, bodo projek la bla bla bla. Kuasa Tuhan tu depa tak pikiaq!

Kepada orang2 yg suka sibuk tuh, yg aku heran nyer.. dorang ke yg kena bela anak orang yg ramai2 tu.. tak cukup susu ke belanje ke ada ke pompuan2 yg beranak ramai ni ditadahnyer kat dorang mintak disapot ? Oleh kerna menjadik isu panas.. aku tempek la sekali ulasan dari kawan2 aku yg sekorpun mulut takde lesen... hahaha. Kepada Tini, teruskan usaha anda! dan Yong. Anak ramai ni senang2 jer masuk syurga taw. Amin!

3:48 PM] Naja: ha ni nak start topik menyakit ati
[3:48 PM] Naja: td baca blog tini dia kata ada orang dok perli2 dia anak ramai tuh
[3:49 PM] Naja: aku dan2 la panassss tinger
[3:49 PM] Yan: alaa .. ok xper .. pe dia
[3:49 PM] Naja: ikut ati mmg aku nak carut je
[3:49 PM] Naja: tp mengenangkan ramai yg dok jengah blog dia
[3:49 PM] Yan: uih .. mmg panas
[3:49 PM] Naja: kang keras plak depa baca
[3:49 PM] Yan: ada entry baru ek
[3:49 PM] yong: HAA
[3:49 PM] Laxmi: haa aku baru baca tadi
[3:49 PM] Laxmi: giloss kan
[3:49 PM] Laxmi: tapi aku tak komen
[3:49 PM] yong: AKU DAN2 P KAT SHOUT BOX TU NAJA
[3:49 PM] Naja: nak je aku cakap.. dia dengki nape? mcm le dia yg kena mengangkang utk hang[3:50 PM] Naja: dah type mujur x rilis lg
[3:50 PM] yong: AKU X LEH NAK KOMEN..SBB XDE BLOG
[3:50 PM] yong: EHH..KER X YAH BLOG ARRR...
[3:50 PM] yong: SAPER EKK CKP GITU KAT DIA..NAK JER AKU LEMPANG 2-3 DASS
[3:50 PM] yong: CEHH..LAX...KO PASAN DAK..AKU KEJE NAK LEMPANG JER..PANGGGG DIRI SENDIRI
[3:50 PM] Naja: ntah. org tak bertamadun
[3:50 PM] yong: YE LA NAJA..TAK BERTAMADUN KAN..
[3:51 PM] Laxmi: ari tu masa dia peknen fatihah dia luahkan gak kan
[3:52 PM] yong: AKU PUN LAX..IKUT ORG KATA..EBRNANAH TINGER
[3:52 PM] Laxmi: yg org tegur dia.. aik peknen lagik skali ke camtu la
[3:52 PM] Naja: dah ada laki peknen laaa
[3:52 PM] yong: MMG SEWEL LA ORG YG SELALU NGATA ORG ANAK RAMAI
[3:52 PM] Laxmi: kalo aku.. dan2 cakap eh ada ke aku mintak ko belikan susu utk anak2 aku??[3:52 PM] yong: KAT OPIS SINI PUN DAH LER..
[3:52 PM] Naja: tu yg takde laki pun leh peknen tak p hingaq plak
[3:52 PM] yong: ADA KER CKP GINI KAT AKU'UDAH2 LER YONG OII..KASIK CAN LA ORG LAIN'
[3:52 PM] Laxmi: ntahnyer
[3:52 PM] Laxmi: sukati aku la nak anak ramai
[3:52 PM] yong: HEK ELEEE...ADA AKU KISAH??
[3:52 PM] Laxmi: bukan suh hang mengangkang ngan laki aku pun
[3:52 PM] Laxmi: isk
[3:52 PM] yong: TAHNYERRR
[3:52 PM] Laxmi: lahai bukan hang pi amik somi org yong oi
[3:52 PM] Laxmi: somi hang
[3:53 PM] yong: BILA G MANA2 JER..ANAK KO BAPER...BILA CKP 5..WEIIIII..RAMAINYAAA..KILANG APA KO NI
[3:53 PM] Laxmi: nak peknen berjuta kali pun tu pewut hang
[3:53 PM] Laxmi: hasil dr sperma laki hang
[3:53 PM] yong: BETUL LA..KENGKADANG FEDAP
[3:53 PM] yong: BENCIHHH..
[3:53 PM] Laxmi: p*&% tul (tettttttttttt..... butang sensor berbunyi)
[3:53 PM] Laxmi: memang tensyen sungguh la
[3:53 PM] Naja: x beranak cam aku dulu pun orang kalut gak
[3:53 PM] Laxmi: sukati org la nak banak byk mana
[3:53 PM] Naja: famili xde apa2 orang luar yg kalut
[3:53 PM] yong: BETUL TU NAJA..BERANAK KENA KATA..X BERANAK KATA MANDUL
[3:53 PM] Naja: ckp xpandai buat laaa
[3:53 PM] yong: TAH LERR...X PAHAM AKU
[3:53 PM] Laxmi: tu la naja.. ada anak pun org tego takdak anak pun org tego
[3:53 PM] Naja: anak sikit kta anak sikit
[3:53 PM] Naja: anak ramai kata anak ramai
[3:54 PM] yong: KAT AKU..'CKP ASIK2 PROJERK JER..XDE KEJE LAIN'
[3:54 PM] Laxmi: haa takde
[3:54 PM] yong: ADOIII...APA..INGAT AKU MAIN 24 JAM
[3:54 PM] Laxmi: somi ko ke aku pi pojek
[3:54 PM] yong: BETUL..MENYAMPAH SGT2
[3:54 PM] Naja: kakakaka
[3:54 PM] yong: KENGKADANG RASA MARAH GAK
[3:54 PM] yong: BILA XDE ANAK..KATA X PANDAI MAIN KAN NAJA
[3:54 PM] yong: DAH RAMAI ANAK..TEROR SGT LA PLAKKK[3:55 PM] yong: HABEH TU..NAK CAMNER LAGIKKKK
[3:55 PM] Naja: ntahnye ! adeh mmg hangin la emo je aku rs. Better depa tu p jaga p&%8 sendiri (tettttttttttttt lg!)

KESIMPULANNYER : Sendiri buat la kesimpulan itew. Aku dah tak kuasa!