Monday, November 30, 2009

Gaduh Laki Bini.




Alamak.. tajuk tak hengat. Nak kata takde kene mengena dgn aku.. tipulah! Tapi entry ni sempena menjawap pertanyaan seorang teman yang sedang menghadapi saat2 perang dingin dalam rumahtangga... pepagi lagi SMS masuk dengan soklan cepuplatinum " Ko pernah gaduh dgn laki tak?"


Okfos la bebeh! Rumahtangga ni banyak dugaan.. saat manis zaman bercinta pun kita leh gaduh dan bertengkar lintang pukang segala.. apatah lagi dalam berumahtangga. Tetapi rasanye bila sudah berumahtangga, rasanye tahap gaduh itu sudah mencapai satu fasa gaduh dengan matang even ada tindakan2 dalam pergaduhan itu yang tidak berapa matang. Itulah realitinya.. sebab setiap yang bernyawa dan hidup sama2 pasti ada benda yg mendatangkan persoalan.. pertikaian.. perdebatan. Senang cerita, kehidupan berumahtangga realitinya bukan macam dalam filem2 cinta meletup ala2 Hindustan yang laki bini bley menari pusing2 padang bergolek turun bukit bukau 24 jam tanpa sebarang masalah! Semuapun nampak hepi ajeee.



Tinggal lagi samada impak pergaduhan itu membawa kesan positif or negatif, masa yang menentukan. Ada masa pergaduhan mahupun pertengkaran terjadi kerana satu pihak gagal menerima mesej yang disampaikan secara aman damai, pendek kata kalo cakap elok2.. tak lut! Jadi pergaduhan adalah sebagai jalan keluar untuk menyatakan sesuatu dengan tegas dan jitu, padat dengan efek2 boleh ditafsirkan dengan mudah oleh pasangan berbanding kalo disampaikan secara lemah lembut diiringi dengan elemen sabar sabar sabar...





Itulah saja jawapan aku. Agak2 Fadzilah Kamsah nangis tak kalo baca tulisan aku ni?

Monday, November 23, 2009

Aku dan Sesuatu..

Hari ini aku ada melakukan sesuatu.. sesuatu yg pada dasarnya salah.. tp aku tidak ingin meminta maaf, juga tidak ingin merasa bersalah. Namun aku tidak berbangga melakukannya, aku cuma menurut kehendak hati dan naluri, kerana ia adalah sesuatu yg aku inginkan pada waktu ini.. Aku tidak menyalahkan siapa-siapa atau cuba untuk membandingkan kecil besar kesalahan orang lain demi untuk menidak2kan tindakan aku itu yang bersalah itu.

Yang pasti.. aku puas ati! Hik hik hik hik!!


Thursday, November 19, 2009

Ikan Bakar Lemon

Sudut A - alamak! gelap plak...



Sudut B - pencahayaan sempurna... hikhik. Poyo!

Jelita tak rupaparas ikan bakar ni ? Hasil pembikinan Zikri... aku tukang makan ajeeee!

Wednesday, November 11, 2009

Kecik Atiku okey.....

Tadi masa turun beramai2 ke kafe untuk beli makan.. dalam lif aku berpapasan dgn seseorang.

"Ehh.. akak tengok ko ni makin buncit la skang sejak2 pas ada anak ni.. Hati senang kot" tegurnya. Aku cam terkelu seketika sebab ramainya orang dalam lif.. dan orang2 pun semua mcm memandang2 akan perut aku yg memng tak ramping pada waktu itu dan jua pada waktu2 terdekat. "Itu belum lagi ko beranak sendiri!" ujarnye tanpa memikirkan efek dari kata2 itu. Huh!!

Tetiba kawan di sebelah aku bersuara. "Hehhhh.. apa plak tak beranak sendirinya. Tu anak dia skang tu... dia la beranak. Ni ha nak dpt lagi sorang tahun depan! Apa ko ingat dia takleh beranak?? " ujarnye memberi jawapan bagi pihak aku yang sudah malas memberi apa2 respon. Tetiba 'akak' itu seperti serba salah.. "Laaa ye ke, ingat ka ko amik anak angkat! " katanye lagi sambil2 mencuri2 pandang muka aku dengan air muka seperti memohon maaf mungkin.. dan tetiba bersembang ramah menukar topik lain tanya aku jadi PA sapa skang ni, jaga sapa skang dan ada tak xboss aku yg lama dulu tu call tanya2 kabar... eh tak relevan langsunglah kan.. tp aku cam betui2 terkecik ati plak, hanya tersenyum tanpa sebarang jawapan!

Sebelum keluar lif aku sempat2 mengintai bayang aku dr paparan cermin lif itu.. mencari2 kalo tertempek cap di dahi aku "TAKLEH BERANAK' ke ... takde la pulak kan. Sudah gitu sifat manusia pandai2 membuat spekulasi sendiri.

Adohhh.. nape selalu aku berhadapan dgn situasi seperti ini.. bukan sekali dua. Aku rs aku masih lg muda.. mampu kot nak beranak selori lagipun. Lain la kalo Zikri kawin dgn aku yg ala2 Makcik Wok tu ka.. harus la aku pun tak rasa kecik ati kalo orang dok wat spekulasi aku xleh branak ke apa ke... dah menopause pun! Kalo tara2 Macik Wok tu bley beranak lagik.. pun susah jugak.. mau kontroversi satu Malaya!

Monday, November 9, 2009

Mangifera Foetida Lour - Buah Yang Menimbulkan Keceriaan?



Sapa ada kenal buah ni ? Kalo dalam bahasa saintifiknye Mangifera Foetida Lour.. nama macam artis terkenal.. hikhik! Pada hakikatnye ia adalah sejenis buah yang berbau kuat smpkan kaitan persaudaraan pun dipinjam dari nama buah ini, tak lain tak bukan ialah buah bacang! Bau-bau bacang.. memperihalkan keakraban talian persaudaraan yg tak jauh dan tak dekat.

Aku nak share info ini bukan pasal buah bacang tapi pasal efek dari buah bacang yg aku rasa mungkin secara kebetulan ataupun untuk menentukan kesahihannye kenalah berulang kali melakukan eksperimen ini yang dipanggil eksperimen keceriaan..

Selalunya rutin harian aku akhir2 ini dipenuhi dengan letih lesu.. letih fizikal dan mental. Dtg keja berkeluh kesah sementara nak smp office.. Semuapun mungkin faktor2 aku yang sedang bermuatan berat. Jadi satu pagi tu smp office terus terjah pantry, tengok kat atas meja terdampar 2 biji buah bacang. Apa lg amik pisau terus la kupas kulitnye... dan ngap ngap ngap sebijik.. pendek kata sarapan pada hari itu adalah dengan sebijik buah bacang yang sedang2 masaknye.

Setengah jam selepas itu aku rs cam hepi lain macam.. cam ada rasa ceria di hati.. ceria tak pasal2.. cam tiba2 penuh dengan rasa gembira jeee.. Ku kabarkan pada kak Rose dan Kak Aiziah teman seperjuangan yang selalu berkecimpung dlm pantry pepagi. Memasingpun rasa teruja. Namun kerna hanya sekali ku telan, tak pastilah kesahihahnyee.. Mungkin kena cuba banyak kali. Yang pasti, office hour pada hari tu berlalu dengan penuh ceria sekali. Mungkin dlm buah bacang itu ada bahan yang meransang hormon Endorphine dalam diri kita yang umum mengetahui bahawa hormon ini akan menimbulkan rasa ceria, gembira dan hebat. Secara tak langsung bila hormon Endorphine sudah meningkat.. ia akan memerangi hormon2 Cortisol yang memberi rasa duka dan tertekan!

Wadohhh. citer pasal hormon plak dah...


Thursday, November 5, 2009

Kucing dan Pisang


Baru sat2... aku sedang surf2 tenet tengok gambar kucing.. comel2... bestnyeeee. Sesambil mulut mengunyah pisang yang diberi oleh sorang kawan. Thanks nooo...

Tengah ralit2 dok mengunyah sambil2 mata tak lekang dok tgk aksi2 kucing, tetiba boss aku terjah. Tergamam aku, walopun takde buat kerja salahkan.. hehe. Lain la kalo tengah dok surf web 'biru mata hitamku' ka.. apo daaa aku ni. Gelabah tak tentu pasal. "Naja, u makesure everything ok ye petang ni. I taknak dato' komplen!" pesan boss aku... peringatan yg kali ntah keberapa boss aku bg utk satu kerja yang bakal berlangsung kejap lagi. "Ok boss!" jawap aku dgn mulut penuh makanan.

"U makan apa tu?" soal boss aku dan aku bgtau boss aku apa yg aku tengah makan sesambil offer dia jugak apa yg aku tengah makan tu. Boss aku terpinga2.. " Makan apa? U beli kat mana?" Soal boss aku mcm terkejut badak sangat.. aikk, takkan pisang goreng pun tak pernah dengar boss aku ni yg dia cam pelik sangat tu. "Eh boss, kan merata2 bersepah2 orang jual pisang goreng ni..." aku lak cam tak puas ati. "Ohhhh.. pisang goreng..., tadi I dengaq u kata u makan kucing goreng!" tegas boss aku. Akupun jd terbengong2 sekejap... ye ke aku ada cakap kucing goreng.. aku rasa aku dah cakap betui td pisang goreng.. gimana bley jadik kucing goreng pulak! Aku tak tau la tinger sapa yg tak dengar @ lidah siapa yang tersalah berkata2...

Ke sebab aku syiok sangat dok tengok gambar2 kucing tu terus pisang goreng jadi kucing goreng..?? Hadoiiii!

Perrlukah aku mengajak Zikri gi berlibur di mana2... mengembalikan kewarasan yang lupus ini!



Ini adalah rupa sebenar kucing yang belum digoreng.


Ini pulak pisang goreng...


Monday, November 2, 2009

Trajidi Oktober!

Heh... tajuknye sungguh mendebarkan ye!

Ceritanya begini, pada pagi Jumaat yg lepas seawal jam 7.40 aku kat lot parking dok gigih menyetat enjin keta. Tangan ni duk cucuk2 la kunci keta kat lubang kunci tp x jugak buleh2.... otak plak dok pikir adohh buat hal plak kunci ni sesambil terbayang la nanti punch kad aku merah lg untuk kali yg ntah ke berapa dlm bulan oktober ni.. Kat tepi keta aku ada sorang brader tengah dok lap2 keta dia sambil sekali sekala tersenyum memandang aku. Brader ni buleh kata setiap kali kalo jumpa kat mana2 ramah jugak berbual mesra..

Setelah masing2 bersedekah senyum lebih kurang, kami meneruskan aktiviti kami. Aku masih lg gigih nak menyetat enjin keta.... tetiba brader ni bersuara " Ehhh.. buleh hidup ke start kereta dengan broadband tu ? " soalnye sambil mata memandang penuh kehairanan kat aku. Akupun cepat2 la tengok apa kat tangan aku... ha ya rabbi.... cemana aku leh tak sedar. Patutla dah berminit2 aku dok try sumbat dlm lubang kunci tu tp tak masuk2.. hampehhhhhhhhhhhh! Terkujat2 aku sebentar dok pk apa nak jawap... nampak sangat biol kan.. Iku ati nak je aku jawap selalu hari2 dok start keta pakai menatang ni idop jeee.. ntah nape hari ni xleh plak.. tetapi mengenangkan impak yg mungkin timbul di kendian hari, aku membatalkan la niat suci murni aku itu.

"Allahu akbar, hari ni mmg hari bodoh saya le.... cemana leh tak perasan. Patutla takleh masuk2 dari tadi... " hujah ku membela diri dengan sungguh berhemahnye. "Tu le abang dok tengok dari tadi, ingat ke ada keta yg bley start dengan broadband... maju gak la teknologi tuh kalo ada! " ayat membunuh brader itu yg aku rs cam nak lempang sedas dua. Tapi yer la terima jer la hakikatkan.. walopun kita sangka diri kita ni cerdik tp bukan hari2 kita cerdik.. ada gak time hari2 bodoh kita .... trajidi oktober sungguh!

Entry Khas untuk Kak Na

Kepada satu2nye kakak kandung ku seibu sebapa, aku ingin mengucapkan tahniah dan selamat jalan kepada beliau satu keluarga yg mungkin pada saat ini telah tiba di Humberside, England, UK untuk melanjutkan pelajarannya di sana. Dia pergi bersama2 dengan suami iaitu Abg Hayan dan juga anak2 Zaid Harisah dan juga Abu Dzar.. (lepas ni Rumaisa takleh nak gelak mengekek2 dengan dua orang sepupunye itu)

Semalam kami beramai2 menghantarnya di KLIA. Suasana ceria pada awalnya bertukar sayu pada saat2 ingin berpisah.. Fuhh mmg la sedihkan. Walaupun aku dan kakak aku kdg2 berbeza pendapat, ideologi mahupun sudut pandang dalam banyak perkara namun sebagai adik beradik yang lahir dari perut ibu yang sama sudah tentunya keakraban itu jelas terasa dan menimbulkan rasa perit pedih ketika berpisah.. Benarlah perpisahan itu sesuatu yang menyakitkan.

Doa aku semoga beliau sekeluarga selamat di sana dan dapat mengharungi rintangan dan cabaran di negara orang. Keazaman dan tekad beliau dalam usaha menimba ilmu ke peringkat tertinggi sesungguhnya menjadi satu inspirasi senyap2 buat diriku.

Tahniah kak Na.