Monday, November 30, 2009

Gaduh Laki Bini.




Alamak.. tajuk tak hengat. Nak kata takde kene mengena dgn aku.. tipulah! Tapi entry ni sempena menjawap pertanyaan seorang teman yang sedang menghadapi saat2 perang dingin dalam rumahtangga... pepagi lagi SMS masuk dengan soklan cepuplatinum " Ko pernah gaduh dgn laki tak?"


Okfos la bebeh! Rumahtangga ni banyak dugaan.. saat manis zaman bercinta pun kita leh gaduh dan bertengkar lintang pukang segala.. apatah lagi dalam berumahtangga. Tetapi rasanye bila sudah berumahtangga, rasanye tahap gaduh itu sudah mencapai satu fasa gaduh dengan matang even ada tindakan2 dalam pergaduhan itu yang tidak berapa matang. Itulah realitinya.. sebab setiap yang bernyawa dan hidup sama2 pasti ada benda yg mendatangkan persoalan.. pertikaian.. perdebatan. Senang cerita, kehidupan berumahtangga realitinya bukan macam dalam filem2 cinta meletup ala2 Hindustan yang laki bini bley menari pusing2 padang bergolek turun bukit bukau 24 jam tanpa sebarang masalah! Semuapun nampak hepi ajeee.



Tinggal lagi samada impak pergaduhan itu membawa kesan positif or negatif, masa yang menentukan. Ada masa pergaduhan mahupun pertengkaran terjadi kerana satu pihak gagal menerima mesej yang disampaikan secara aman damai, pendek kata kalo cakap elok2.. tak lut! Jadi pergaduhan adalah sebagai jalan keluar untuk menyatakan sesuatu dengan tegas dan jitu, padat dengan efek2 boleh ditafsirkan dengan mudah oleh pasangan berbanding kalo disampaikan secara lemah lembut diiringi dengan elemen sabar sabar sabar...





Itulah saja jawapan aku. Agak2 Fadzilah Kamsah nangis tak kalo baca tulisan aku ni?

9 comments:

AMIRZA-KRAF said...

aku setuju... tapi kadang2 gaduh ada hikmahnya... kita adalah sepasang suami isteri lelaki dan wanita yang berbeza yang saling melengkapi...

naja said...

yeahh bebeh! begitulah kira2nye... hehehehe!

marini said...

gaduh2 tu benda normal la. 2 individu yang berbeza duduk bersama la katakan. Kalau tak, takkan ada pepatah 'sedangkan lidah lagikan tergigit...inikan pula suami isteri'.

Fuuhhhh la la ..... said...

rasanya kalo tak ada adegan gaduh-gaduh seperti tak sempurna mana-mana pasangan somi istri.... bila bergaduh dan kendian kembali berbaik dapat lebih merapatkan kembali hubungan pasangan menjadi mesra.... bila bergaduh jangan lama-lama kerana lebih baik memaafkan pasangan daripada terus bermasam muka dan menambahkan dosa... kalo perlu berbincang dan cari penyelesaian untuk kebaikan bersama... gaduh-gaduh sayang gitu....

alladiin said...

wa rasa itu bukan gaduh lah.. cuma bermesra melebihi sempadan sikit2.. Gaduh pada wa, terlalu besar, melibatkan penggunaan senapang, bom tangan dan propaganda(kengkawan menghasutlah tu..)

naja said...

marini - buang yg keruh amik yg jernih, baru tenang peribadi .. (terkenang sarimah dgn p ramlee dlm kandang kuda)

fuhhh lala - betul2.. gaduh ni ibarat satu step utk memperkasakan rumahtangga. he he

alladiin - lu bro.. pikir bom dan senapang aje! itu perang namanye, bukan gaduh lagi dah.

umieliza said...

Hmmmmmmm
no komen..

TiNiE said...

aku amik pendekatan mcm umie gak...
no komen..hihihihi

naja said...

umie dan tinie - jauh di sudut ati akupun no komen, hanya mulut jer kuat mengomen.. hehhehe!