Wednesday, January 2, 2013

Langkah pertama untuk Rumaisa



Pagi ni sungguh bermakna buat Rumaisa.  Hari pertama menjejak kaki ke alam persekolahan tahap tadika.  Rumaisa didaftarkan di Tabika Perpaduan yang terletak bersebelahan dengan apartmen tempat tinggal kami.  Dekat saja, 3 minit berjalan kaki sudah sampai.  Sedikit penerangan mengenai Tabika Perpaduan.  Tabika ini di bawah pengurusan Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional iaitu salah satu jabatan di bawah JPM (Jabatan Perdana Menteri).  Tujuan tabika ini ditubuhkan ialah untuk memberi pendidikan awal kepada anak-anak  dengan objektifnya bertujuan membentuk potensi kanak-kanak dalam semua aspek pertumbuhan diri yang seimbang, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif dengan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-prinsip Rukunegara.

Pagi-pagi lagi sudah menunjukkan semangat untuk ke sekolah.  Tiada masalah untuk Rumaisa bangun pagi kerana dia sudah terbiasa bangun di subuh-subuh hari.  Bila dipakaikan baju dan disikatkan rambut, lagilah bertambah ceria.  Hari ini Rumaisa bawak beg dengan bekalan sekotak pensil warna  sahaja.   Hari pertama persekolahan,  hari bersuai kenal dengan rakan-rakan dan cikgu.  7.45 pagi tiba di tadikanya dengan ditemani aku, bibik dan Rasyid. 

Sempatlah Rasyid menyibuk seketika di sana.  Duduk merasa suasana di situ sebelum akhirnya dengan rela hati ajak bibik keluar.  Rumaisa pula terus amik tempat dan cakap dengan aku jangan lupa ambil dia balik bila tamat sesi pembelajaran nanti.  Alhamdulillah, takde plak dia menangis atau meragam nak ikut balik ke apa.. cuma duduk dan menikmati suasana baru bagi dirinya.

Lepas bersalam-salam, berpeluk cium dengan aku, bibik dan Rasyid maka Rumaisa pun melambai-lambai kami.

Perasaan aku ? Teruja, sebak, terharu.. dan syahdu melihat anak melangkah ke alam persekolahan walaupun ke tadika cuma.  Ini langkah permulaan untuk anak emak.. langkah pertama sebagai pemangkin langkah-langkah seterusnya yang lebih besar di masa hadapan.

Semoga Allah selamatkan kamu wahai anakku.

Bergambar dulu dengan Rasyid.  Rasyid pun sibuk tolak beg jugak.

Ceria nak ke sekolah

Mak, rambut kakak okey tak ? Hehe

Bersemangat jalan laju-laju..
 
Khusyuk mendengar Cikgu  bagi arahan/ penerangan..

Belajar rajin-rajin ye Rumaisa... ;)


2 comments:

NaharTinie said...

comey gila dia wei.
tahniah cik mai.
anak-anak aku penah pi tadika perpaduan sat, pastu dah pindah neseri jadi jauh depa masuk tadika kemas lak pasai dok sebelah neseri saja. mana-mana laaa janji mengaji!

Naja said...

Heheh.. tq Tinie. Tadika perpaduan tu dkt dengan rumah.. senang bibik nak amik tengahari. Lagipun aku tengok semua kemudahan dan kelengkapannya lengkap.. dan persekitarannya nyaman dan selesa. Setuju dengan hang... 'mana mana laaaa janji mengaji' ! yess yesss.. heheh