Wednesday, July 29, 2009

Membina Minda Positif


Hari ni pagi2 lg mood aku memang off sungguh... rasa penat lesu semua ada, stress semacam jer. Sesambil dok tempek bedak kat muka, terlintas di fikiran sesautu yg pernah aku baca.. "Cubalah senyum dengan semua orang setiap kali berjumpa.. pasti anda akan merasa sungguh ceria dan hilang segala stress". Apa salahnye mencuba..

Tadi keluar dari lif menuju ke kereta tetiba sebuah kereta laju menerpa, tak sempat melintas ke sebelah sana.. aku terundur balik ke tepi jln semula. Hati jadi nak marah tetapi tak semena-mena aku tersenyum pulak pada driver itew.. dan dia membalas senyuman, mengangkat tangan.. isyarat memohon maaf, barangkali. Wah... perasaan positif menyelinap di situ.

Meneruskan perjalanan, sampai di laluan shortcut dpn JPM yang menghala ke bulatan masjid Putra, kelihatan dua mat Bangla sedang belek2 pokok teh sambil membuang daun2 mati.. mereka terpandang aku. Aku angkat tangan, melambai ala-ala Miss Universe sekaligus melemparkan senyum.. mereka segera membalas. Dari cermin kereta aku lihat dua mat bangla itu terpandang2 terus kereta aku.. tersenyum2 sesama sendiri. Mungkin memikirkan mimpi apakah perempuan itu.. tak pernah2 tetiba nak lambai diorang pulak. Haha.. tak kisah!

Sampai di pejabat aku naik satu lif dengan seorang makcik cleaner berbangsa India. Aku senyum.. dia pun senyum sambil tangan mengelap2 dinding lif. "Buat apa tu auntie?" tegurku ramah.. bersulam soklan bodoh. "Kerja la nak... pagi2 sudaaa kerja, cuci lif kasi kilat2.." ujarnyer. Aku tersenyum lagi, dalam ati sibaik auntie ni tak loyar buruk.. buat kata dia jawap tengah uli capati ker.. apa ker.. aku gak yg malu.

Akhirnye.. sampai ke bilik aku. Terus bukak pintu.. bukak lampu, on kan komputer dan duduk mcam biasa seperti rutin harianku.. tetapi hari ini dipenuhi perasaan ceria. Stress yang melanda sudahpun hilang.. alhamdulillah!

Selamat Datang Nurin

Tahniah untuk Azean Ariffin a.k.a Yan kerana pada hari Jumaat 24.7.2009 beliau telah selamat melahirkan sorang baby girl bertajuk Nurin Batrisyia binti... alahhh lupa plak nama laki ko Yan.. sori sori.. yg aku ingat Shamsul..

Walau apapun, semoga kelahiran Nurin Batrisyia ke dunia ini melengkapkan lagi kebahagiaan hidup berkeluarga sementelah kehadirannya sangat2 dinantikan.. dengan penuh dugaan dan debaran. Lengkaplah sepasang anak Yan... tahniahhh tahniahhh! Geng2 DSK96, sesapa yg ada gambar Nurin Batrisyia tolong emel kat aku.. tq

Tuesday, July 28, 2009

Takziah untuk Laxmi Devi sekeluarga

Di kesempatan ini aku nak mengucapkan takziah kepada salah sorang teman rapat aku iaitu Laxmi Devi sekeluarga di atas pemergian abang sulungnyer dalam satu kemalangan jalanraya pada hari Khamis malam baru2 ini. Setelah koma beberapa ketika, abgnye telah meninggal dunia pada hari Sabtu 25 July 2009 di Hospital Ipoh.
Masih terngiang2 suara Laxmi call aku pada Jumaat tu dengan suara menahan sebak menceritakan perihal abangnye. Kehilangan ahli keluarga dalam situasi yg mengejut mmg sangat memberi kesan emosi dan meninggalkan trauma yang mendalam.. sesiapa yang pernah mengalaminya akan memahami perasaan itu. Walau bagaimanapun, kehidupan mesti diteruskan.. Ermmm.. semoga Laxmi sekeluarga tabah menerima dugaan ini. Sebagai kawan aku turut bersedih dan bersimpati dengan tragedi yg menimpa keluarga Lax..
Lax dear, i hope u will be strong.. atleast for ur mom! *Kiss kiss* hug hug*

Friday, July 17, 2009

Anak anak anak....




Ada orang kata aku suka menulis.. sorang member telah memberi komen bahawa blog aku penuh dengan tulisan jer... jarang ada gegambo. Sebenarnya aku suka sangat menulis... menulis bagi aku adalah semacam satu bentuk terapi yang memberi kepuasan kepada jiwa.

Tapi sesekali buleh jugak ye mencuba terapi2 lain seperti tempek gambar anak sendiri di blog.. heheh. Ini adalah gambar Rumaisa versi terbaru. Hari tu ada orang cakap gambar dia yg aku tempek sebelum ni nampak mcm baby boy.. harap2 gambar kali ni dia nampak mcm baby girl..
So untuk entry kali ini, marilah melayan gambar gambar dia saja..
*baju adalah disponsor oleh Laxmi Devi.. skang bukan artis jer orang sponsor baju tau ;)

Wednesday, July 15, 2009

Sesi Motibasi : M.J, Beat It dan Along

Dari hari kematian sehinggalah sekarang.. aku rs kesian dengan Michael Jackson... kesian memikirkan betapa lama jenazahnyer terdampar melalui pelbagai halangan untuk dikebumikan. Sekiranya dia benar2 Muslim, semoga rohnya selamat bersemadi di sisiNya. Apa saja yang dia lakukan di masa hidupnye bukan tugas kita untuk mengadilinya..
Cuma baru2 ni.. semasa Hishamuddin Tun Hussein (the current Malaysian Minister of Home Affairs) melancarkan perang terhadap along, aku rasa dia patut benar menggunakan lagu Michael Jackson ni sebagai kempen untuk memerangi along.. (along jer tau.. bukan angah.. acik... jauh sekali acu.. )
Lagu ini bolehlah dinyanyikan berulang2 kali oleh mereka yang terjebak meminjam along dengan tujuan untuk menaikkan semangat.. Pada akulah sesuai benar liriknyer.. cuba hayati liriknyer sesambil pasang lagu tu.. time tu aku rs along2 tu pun kecut perut nak mai sembur cat ke apa ker.. jauh sekali nak ugut2 nak sumbat2 dlm penjara yg dorang cipta sendiri..
Untuk merasai sendiri keberkesanannya, try pi pinjam along dulu pastu baru nyanyi lagu ni..
Sekian untuk motivasi pada hari ini.. hehe
BEAT IT - Michael Jackson

[1st Verse]They Told Him Don't You Ever Come Around Here

Don't Wanna See Your Face,

You Better Disappear

The Fire's In Their Eyes And Their Words Are Really Clear

So Beat It, Just Beat It

[2nd Verse]You Better Run, You Better Do What You Can

Don't Wanna See No Blood, Don't Be A Macho Man

You Wanna Be Tough, Better Do What You Can

So Beat It, But You Wanna Be Bad

[Chorus]Just Beat It, Beat It, Beat It, Beat It

No One Wants To Be Defeated

Showin' How Funky Strong Is Your Fight

It Doesn't Matter Who's Wrong Or Right

Just Beat It, Beat It Just Beat It, Beat It

Just Beat It, Beat ItJust Beat It, Beat It

[3rd Verse] They're Out To Get You, Better Leave While You

CanDon't Wanna Be A Boy, You Wanna Be A Man

You Wanna Stay Alive, Better Do What You Can

So Beat It, Just Beat It

[4th Verse]You Have To Show Them That You're Really Not Scared

You're Playin' With Your Life, This Ain't No Truth Or Dare

They'll Kick You, Then They Beat You,

Then They'll Tell You It's Fair

So Beat It, But You Wanna Be Bad

[Chorus]Just Beat It, Beat It, Beat It, Beat It

No One Wants To Be Defeated

Showin' How Funky Strong Is Your Fight

It Doesn't Matter Who's Wrong Or Right

[Chorus]Just Beat It, Beat It, Beat It, Beat It

No One Wants To Be Defeated

Showin' How Funky Strong Is Your Fight

It Doesn't Matter Who's Wrong Or Right

Just Beat It, Beat It, Beat It, Beat It, Beat It

**Tak dapat nak attach video clip kerana laman 'tiub kamu' sudah disekat oleh pentadbir IT disini** wadohh..

Durian


Durian.. skang tengah meriah musim durian kot belah utara. Kat kampung aku saja berlonggok2 durian.. masa belum betul2 luruh, semua orang tengok durian mcm tengok ketul emas jatuh dari langit. Jangan tak tau, ada segelintir orang kampung aku yg berkerat rotan berpatah arang dengan adik beradik kerana hal bersangkutpaut durian nih..

Pada aku durian memang best, mungkin sebab setahun sekali baru dapat merasa kot, jadi sentimennyer lain macam sikit.. bukan macam buah betik, asal ada pokok jer mesti ada jer buah dia sepanjang tahun.. dan setiap orangpun ada persepsi masing2 mengenai buah durian. Ada yang suka, ada yang tak.. ada yg trauma mengenangkan baunya.. ada yang dan dan tu jugak diserang migrain bila sebut durian. Dasat kan penangan durian nih..

Selain dari rasanya yang enak dan baunya yang mencengkam perasaan, durian meninggalkan kenangan tersendiri dalam hidup aku. Aku pernah dimaki hamun kerna durian, tapi secara tak langsunglah... Masa tu aku nak turun ke KL, emak pun kirimlah durian untuk kakak aku. Aku mmg tak pernah ada pengalaman bawa durian naik bas. Jadi untuk mengelakkan bau yang mungkin keluar akupun balutlah buah2 durian tu dengan berhelai2 suratkabar lama. Setelah berpuas hati takde bau yg keluar lagi.. buah durian tu aku masukkan sekali dlm beg bercampur dengan pakaian2 aku.

Sampai di stesyen bas, orang bukan main ramai.. dekat bawah tempat simpan beg sudah sendat jadi aku bawaklah beg aku masuk ke dalam bas. Letak beg betul2 bawah tempat duduk. Kerusi aku pulak betul2 di belakang driver.. 10 minit sebelum bas bergerak, aircond pun dipasang.. seraya terbaulah durian.. mula2 sepoi bahasa lepas tu dah jadi macam dusun durian pulak, pendek kata kat mana2pun bau durian. Alamak! Cemana kuat plak baunya padahal dah tebal berbalut. Sedang terfikir2 nak bawak turun beg ke tempat simpanan di bawah dan baru saja tangan nak capai beg, tetiba...

”Sapa yang bodoh sangat ni bawak naik durian kat atas..” rungut driver bas, usia masih muda dalam 20an barangkali. Mulut memang takde insurans, usia muda akalpun singkat. Aku yang nak bawak turun beg tetiba rasa tersentap. Automatik pergerakan mati kat situ. Tetiba dia memekik ”Hoiiii.. sapa yang bawak durian naik atas bas ni tolong bawak turun, tak besa naik bas ka? Busuk satu bas nih.. pening kepala!” dia melaung dari depan.. sungguh takde rasa hormat kat separuh daripada penumpang yang rata2 golongan veteran. Takde budi bahasa betul. Akupun jenguk-jenguk ke belakang kalau2 ada penumpang yang bangun berdiri nak bawak turun beg, bolehlah aku tumpang sekaki tetapi semua mendiamkan diri. Harus gerun kat driver nih, fikir aku. Jadi akupun mematikan diri. Driver muda terus bangun bercekak pinggang, muka serious menantikan kalau2 ada sesiapa yang bangun. ”Bangang! Tak reti bahasa!” dia mengomel sendirian sambung menyambung dengan carutan2 lucah. Chissss.. kalau aku bangun sahih kena carut dengan dia dalam skala borong.

”Amboi budak muda tu nooo bahasa dia elok sungguh, tak pikiaq perasaan orang lain.. tau nak maki saja. Cuba ceq habaq elok2 kan, orang pun tak segan nak mangkit pi letak beg kat bawah.. ni awai2 lagi dah bagi sedaih.. segan la orang nak mangkit.. bau deghianpun dia nak dok hingaq sekampung.. tu dia tak mai bau bangkai lagi. Petang tadi makcik tengok bukan main dia dok pulun makan deghian dengan budak2 dreba bas MARA tepi stesyen nu haaa.. bla bla bla“ rungut makcik di sebelah aku pelan-pelan. Oooo gitu kisahnya. ”Makcik tau dak, saya la hat bawak naik buah deghian tu, ingat nak bawak turun tadi tapi dah kena maki macam ni saya nak angkat beg bawak turun pun segan. Cakap la elok2 kan.. makcik?” sambungku, sambil try buat muka comel, mohon simpati dan pengertian. ”Haaa sungguh haih.. biaq..biaq.. hang tak payah bawak turun beg tu..” kata makcik tu memberi sokongan moral yang sungguh jitu ku rasakan.

Bas pun bergerak dengan mulut driver muncung sedepa.. Co-driver kat tepi pun tak cakap apa. Masing2 melayan perasaan. ”Hang ada minyak cap kapak dak?” soal driver kepada co-driver. Co-driver hulur minyak cap kapak. Sambil dok gosok minyak cap kapak kat kepala mulut driver masih bising2..

”Dik...” tetiba co-driver panggil aku. Copot jantung. Alamak dia dah tau ker beg aku yg ada durian tu. Berdebar2 dada. ”Adik nak tak minyak cap kapak? Kot2 la pening kepala jugak bau durian.. abang memang tak boleh tahan bau2 mcm ni” ujarnya. Ramah pulak.. mungkin nak melupakan bau durian yang menghantui.. dan akupun tak sampai hati nak menolak ”Haaa boleh jugak, saya pun pening kepala dari tadi lagi” kataku dan tanganpun automatik memicit2 kepala yang tak pening. Co-driver tepi aku terus hulur minyak cap kapak. ’Kesian kat adik ni, tak pasai2 dia pun pening.. hai nasib kitalah malam ni pakat2 cium bau durian” ujar co-driver pasrah. Makcik sebelah aku sengih panjang mempamerkan gigi emasnya. Akupun sambil sapu minyak cap kapak kat dahi sambil la buat2 kerut muka seribu menahan pening.. konon! Ambik kau.. dan bas terus bergerak, sampai ke destinasi 5 jam kemudian.

Sekian!

Tuesday, July 14, 2009

Pekerjaan..

Aku sedih bila baca blog seorang kenalan.. tentang kawannyer yg hilang pekerjaan ekoran dari kesan ekonomi dunia yg merosot. Memang terasa berat menanggung.. calang2 orang akan kecundang. Sebab pernah terasa keperitannye tetapi dlm situasi yg berbeza namun senario yg lebih kurang sama.

10 tahun lepas semasa tamat belajar, ekonomi dunia sedang dilanda kemelesetan.. kesannyer terasa hingga ke rantau sebelah sini. Pendek kata peluang pekerjaan yg sesuai kelulusan sangat terhad.. masa itu tak boleh pilih kerja, dah ada kerja pun kira cukup baik.. malu nak duduk umah saja sebab mak bapak dah abiskan byk duit utk dptkan segulung diploma..

Jadi sblum berada di tempat sekarang.. pendek kata bermacam pekerjaanlah aku lakukan... bersama dgn seorang lagi rakan iaitu Marini kami sama2 mencari peluang pekerjaan yg pada waktu itu susahnyer seperti mencari sebutir emas di celah2 jutaan pasir.. * tetiba..* masa tu nak kerja kilangpun susah. Orang tak nak terima.. Akhirnyer dapat juga bekerja di supermarket. Dengan gaji 400 sebulan kasar blum tolak EPF lg.. mcm2 benda nak dibuat. Seblum dapat gaji pulak, adalah belen sepuluh dua kat tangan.. belilah mee segera untuk stok menangani kebuluran pada hari2 seterusnye sebelum smp hari gaji. Nak beli apapun tak dapat.. Bezanya masa tu masih bujang, kalo terjadi skang keadaan seperti itu harus ku menangis.. atau dah lama kecundang. Atau mungkinkah pengalaman lalu membentuk jiwa kita menjadi kental..? Masa menentukan!

Thursday, July 9, 2009

Emel..

Dipetik dari emel ntah dari siapa..

Why Malaysian Government insists on using English for math and science?

This is because the whole world uses the language as an information and/ortechnology language. How dangerous it will be if we try to use Bahasa,especially in school. See example below:-

Hardware = barangkeras
Software = baranglembut
Joystick = batang gembira
Plug and Play = cucuk dan main
Port = lubang
Server = pelayan
Client = pelanggan

Try to translate this:

ENGLISH:That server gives a plug and play service to the client using eitherhardware or software joystick. The joystick goes into the port of theclient.

Now in BAHASA:
Pelayan itu memberi pelanggannya layanan cucuk dan main dengan menggunakanbatang gembira jenis keras atau lembut. Batang gembira itu dimasukkan kedalam lubang pelanggan.


Now you know...WHY

Wednesday, July 8, 2009

Izi Yahya.. Sadisnyer Aku!


Tadi dok belek2 sotkabaq lama tetiba ternampak gambar pelakon aruah Izi Yahya - dan tiba2 rasa bersalah menyerang segala sendi dan urat sarafku. Kenapa ? Jangan salah faham.. aku mmg takde apa2 dengan Izi Yahya.. jauh sekali berskendelisis. Walopun mamat ni selalu berlakon dengan watak2 antagonis.. smp akupun benci nak tatap muka dia kat TV.. namun hakikatnyer dia pun bekerja carik makan. Aku pernah terfikirla, nape produser2 drama tak nak bagi watak baik kat dia. .asik watak jahat jerrr.. tak baik tau produser2 ni... diskriminasi rupa paras betui! Cuba bagi Akhil Hayy ke pegang watak antagonis. Eh tak baik, kang Waheeda marahhhh..


Berbalik pada Izi Yahya, insiden tragis ni pernah la aku citerkan pada beberapa orang merasakan ia teramat kelakar. Mungkinlah.. tp nanti lepas baca korang pikirkan la sendiri samada kelakar atau aku mmg seorang yang sadis.


Tahun 2003 - di pejabat, aku tengah tunduk kusyuk kat meja, dok belek segala fail dan butiran2 nombor2 kewangan yg memerlukan aku memberi sepenuh perhatian. Tetiba pintu bilik diketuk.. Aku mendongak.. toingggggggggg! Berdiri tegak seorang insan yg selama ni aku tengok dlm TV jer.. yg tiap kali dia berlakon jahat mmg mulut aku tak berhenti2 maki hamun perihal kejahatannyer dlm lakonan tu smp kdg2 naik bencipun nak tengok sesatu drama kalo dia yang berlakon. Sapa lagi kalau bukan Izi Yahya.


"Assalamualaikum, En Azli ada ? Saya nak jumpa En Azli nak ambil cek bayaran.. bla bla bla bla" ya aku tak dengaq pun perkataan selebihnyer kerna terkejut tahap gaban.


"Waalaikummusalam. Sebentar ye encik... saya cek dulu En Azli ada ke tidak kat bilik.. " akupun mendail la no pegawai yg dimaksudkan, mata ni tak berkelip tengok mamat nih.. nak kata terkesima, terkedu.. terkagum.. akupun tak tau yg mana satu!


"En. Azli, ada orang datang nak ambil cek bayaran.." aku bgtau pegawai yg bernama En. Azli. " Sapa dia Naja?" soalnyer dan tetiba kepala aku semacam dibius, terlupa sungguh nama Izi Yahya " Alahhhh sapa tu alaaaa.." sambil aku pandang muka dia kat pintu. Dia senyummm.. dan aku ni puas perah otak carik nama mamat ni, Ya Allah cemana bley terlupa. Dah berapa kali berbalas senyum.. tapi nama lupa jugak. Adoiiii! " Sapa Naja??" tinggi sikit sora En Azli, hilang sabar agaknyer dok tungu jawapan tak jugak dapat2. "Ya Allah, tu sapa tu aduiiii..... "puas perah otak namun tak jumpa jawapan, tetapi tetiba aku teringat watak Izi Yahya sebagai Leftenan Akaishi yang merogol Umie Aida dalam filem Embun dan lajunyer mulut aku yg tak berinsurans ni terus cakap dgn En Azli.


"Alaaa sapa tu, yg berlakon dlm filem Embun.. yg rogol Umie Aida tu!" haaaa lepas terkuar je ayat tu tetiba plinggggg! dalam pala aku tertera nama Izi Yahya. "Haa IZI YAHYA" terus aku letak tepon. Suasana cam sunyi sepi seketika. Aku pandang muka Izi Yahya.. dia masih tersenyummmm.. adoiiiiii, aku dah terlepas cakap. Panas jer muka aku ni. Mampoihla aku kali ni.. perasaan bersalah menyerang bertubi2...


"Saya minta maaf.. maafkan saya En Izi.. saya mmg lupa sungguh nama En. Izi tadi.. ya Allah apa nak jd dgn saya nih" ayat basabasi aku.. mmg aku kesal kerna terpaksa memperkenalkan dia dengan satu kenyataan yg sungguh negatif - perogol Umie Aida!


"Takper.. takper.. abang faham... "lembut jer dia jawap. Lalu akupun tak berlengah terus tunjuk arah ke mana dia kena pi berjumpa dgn En Azli itu. Memang.. smp sekarang aku menyesali kejadian itu walopun tak sengaja tapi aku rasa cam aku ni biadap sungguh!


Al Fatihah untuk Aruah Izi Yahya.

Tuesday, July 7, 2009

Cuppies

Ingat lagi tak kapkek yg aku tempah dulu. Aku dah dapatpun kapkek yg sebenar.. berdasarkan kepada apa yg aku nak dulu.. dah lama.. Dan sungguh terlupa nak updet pasal kapkek tu.... So bolehlah tengok2... pada aku ok dan sangat memuaskan hati... yg penting Zikri berterima kasih kerana menyelitkan sebijik kapkek gambar bas Scania.. pada sudut pandangan aku, dia seperti amat berbesar hati.. Kalo lah bas tu diwarnakan, lagilah cantik. Takpe lain kali buat lagi. Edisi bas untuk Zikri sesuai dengan minatnyer terhadap kenderaan itewwww..
.. dan Rumaisa hanya boleh tengok2 saja kerna esofagusnya belum cukup matang untuk menghadamkan kapkek ini.. takper dah besar esok mak akan buatkan khas untuk Rumaisa.
**Thanks, kak nora!
* menarik kan hasilnye.. hehehh sungguh ceria seceria kami sefamili. wadooohhh!


*idea asal...

Rumaisa dah besaqpun...


Lama tak citer pasai anak... sekali sekala aku nak jugak menyelit gambar si Rumaisa.. ok kan? Skang dia dah 6 bulan++. Dah boleh meniarap pusing2 mcm radar dan hampir boleh merangkak pada step pertama.. boleh dah merintau dalam skala yg belum lg luas.. 2 meter persegi.. sudah ada beberapa makhluk favourite (selain dari aku dan Zikri) dalam senarainye antaranye; pakcik dia si Hilmi. Pantang nampak.. sanggup nangis2 kalo tak didukung.. heheheh!

Oh ye, sudah 7.2kg dengan ketinggian 68cm pada 2 minggu lepas. Aku rasa cepat jugak progressnya berbanding semasa lahir dengan berat 3.19kg dan tingginya 49cm. Apa2pun.. emak doakan semoga Rumaisa dapat menjadi anak yg baik.. mendengar kata, mengasihi ibu bapa. Berbudi bahasa kepada yang muda, menghormati yang tua. Serta taat kepada perintah Allah. Amin.

**Doa dititipkan juga untuk semua anak2 sedara mara + sahabat handai/rakan taulan**

Mana Perginye Akal?

Meruap2 perasaan aku masa tengok berita semalam - rayuan seorang ibu yg memohon anaknya yg bernama Dilla yg lari dari rumah supaya balik ke pangkuan keluarga.
"Kalau mak atau ayah ada buat salah kepada Dilla, ampunkan mak, ampunkan ayah. Tetapi mengapa sanggup tinggalkan kami. Dilla masih bersekolah, kami semua sayangkan kamu nak. Pulanglah wahai anakku" lepas membuat rayuan itu, si ibupun pengsan.. Kesian.
Menitis air mata aku, menonton berita tersebut dan memikirkan betapa tergamaknyer sebilangan anak2 pada zaman ini begitu sampai hati memperlakukan ibu bapa mereka, orang yg membesarkan mereka dari kecik sehingga besar, sedemikian rupa. Bukannya sekali dua kes2 begini terjadi. Anak2 yang mabuk bercinta dan apabila ditegur oleh ibu bapa dan tak dapat menerima teguran itu maka ambil jalan mudah, melarikan diri bersama teman lelaki. Anak jenis apakah mereka ini, sehingga sanggup membiarkan emak ayah menangis2 merayu2 dalam TV, memohon ampun daripadanya kalau2 ada salah silap - semata2 mengharapkan si anak kembali ke pangkuan.
Ramai lagi manusia yg tak dapat kasih sayang dari ibubapa.. yg kurang diberi perhatian.. belaian kasih sayang dan pendek kata apa yg diperlukan.. tetapi segelintir insan ini sungguh tidak punya rasa syukur.. hmm ini dari perspektif seorang aku. Maybe orang lain fikir lain.. tak apalah fikirlah apa yg ingin anda fikirkan.. tp kalo aku, terjumpa Dilla ni kat mana2.. aku nak tampo dia sedas dua.. maybe dia masih diulit mimpi indah bertemankan cinta bodoh teman lelaki yg tak kemana... sehingga sanggup membuang kasih sayang emak dan ayah yg tiada tulus banding.

Thursday, July 2, 2009

Dari Sudut Kronik Seorang Aku..

Aku rasa setiap orang daripada kita mempunyai masalah kronik yg tak dapat diselesaikan.. Ntahla, mungkin korang takde.. cum aku sorang. Tapi yang pasti mmg aku ada masalah kronik ini yang tak dpt disetelkan dari dulu smp sekarang.


Masalah kronik aku ialah : AKU TAK PANDAI NAK BAJET PACKING BAJU2AN BILA BERPERGIAN. Waduhhh. Sudah lama ni, masalah membelenggu aku. Banyak benda lain aku bley hadap.. bley lalui tapi yang satu ni mmg aku surrender!! Aku rasa beberapa teman rapat akupun ada terperasan. Kenapa yer.. aku pernah baca satu artikel, dikatakan puncanyer ada sangkut paut dari sudut psikologi. Wohh.. mentalkah aku? Hik hik hik


Pernah tak korang bila nak p kemana2 tempat sehari dua je tapi segala pakaian dan barang2 yang diangkutnyer maybe mcm nak pergi setengah tahun ? Kalo buleh dihangkut lemari tu rasanyer dengan lemari2 tu la dibawak pergi sekali. Aku penah...


Pernah tak korang packing baju dan barang2 awal sebulan dari tarikh korang nak pegi tu ? Aku penah... tiap2 hari buang dan bubuh.. tukar2 ganti itu ini.


Pernah tak korang mengambil masa sehingga berjam2 untuk memenuhkan beg yg cuma boleh dimuat tak lebih dari 10 helai bajupun ? Aku penah...


Huhuhuhu.. jadi sesiapa yg ada tips, petua petui tu tolonglah kongsi2 dgn aku. Aku dah penat sebenarnyer!

Di situ ada momok....

Ini bukan cerita untuk menakutkan sesiapa tetapi benar2 terjadi semasa aku berada di kampung baru2 ini.. dan ia benar2 menakutkan aku, membuatkan aku terpikir smp ke hari ini, pada waktu dan ketika itu aku sedang berhadapan dgn benda apa ? Phewww!

Selama 2 minggu di kampung, ada ketika hari2 tertentu aku hantar Rumaisa pi ke rumah my mother in law (lepas ni MIL) kerana aku ada beberapa projek yg perlu dilaksanakan, kehadiran Rumaisa sikit sebanyak membataskan usaha2 aku untuk menyiapkan projek tu.. selain dari tu, kasik la jugak chance kat MIL dan Rumaisa untuk saling bermesra2 dan bermanja2. Selalunye kul 11 pagi hantar, kul 6.30 aku kuar rumah gi ke rumah MIL yang jaraknyer lebih kurang 30km, ofkoslah bila sampai sana dah Maghrib. Selepas membalun nasik sepinggan dua, dalam kul 9 mlm tu aku gerak balik ke rumah.

Dalam salah satu hari yg aku hantar Rumaisa ke rumah MIL, Rabu 10 Jun 2009 lebih kurang jam 9.15 mlm, aku bertolak dari rumah MIL dgn Rumaisa. Rumaisa aku letak dalam babycarseat. Hampir separuh perjalanan Rumaisa gelisah, lapaq susu. So setelah puas mencari tempat yg sesuai untuk berhenti, aku pun stop kat satu tempat. Tepi jalan raya, lbih kurang 10 meter ke dlm ada 2 buah rumah yg lampunyer masih cerah tp suram2 gitu. Kat dpn kereta aku, ada 2 buah lori balak dgn muatannye sekali tengah parking cantik. Di belakang aku lebih kurang dalam 20 meter tempat pertemuan dua persimpangan, jalan baru dan lama. Setelah pasti bahawa kawasan tu selamat, akupun amik botol susu dan teruslah menyusu Rumaisa. Hampir separuh dah, tetiba terasa keta aku bergerak2 ke belakang mcm gerakan mengundur. Cepat2 aku pegang handbreak kot2 terlupa tarik tp handbreak sudah ditarik. Pelik. Takperlah teruskan juga penyusuan. Kat jalan, tetiba cam sunyi.. lazimnyer kereta lalulalang tak putus2 sebelum ni tetiba cam takde sebijik keta pun lalu.

Tetiba kereta rasa bergegar sedikit. Aku pandang belakang tp dalam gelap2 samar dgn bantuan cahya lampu keta aku sendiri tu takde nampak apa2 pun. Hati dah cuak sedikit. Rumaisa hanya sengih2 pandang aku. Aku sengih tengok dia tp.. aku rs cam aku sengih dengan penuh kengerian. Tetiba, kereta bergegar kuat dan tak semena belakang kereta terangkat, tinggi smp aku dengan Rumaisa cam nak tertomoih ke depan... masa tu aku tak pikirpun hantu ker apa ker, yg aku pikir budak2 jahat manalah ni, nak usik pun tengok2 la orang dengan nak menyusu anak lah.. bukannyer benti beromen kat tepi jalan. Bangang! Pastu aku tekan honk sekali.. ponnnn! Cam belakang keta aku tu turun balik. Aku tarik nafas lega.. nakal betul budak2 nih.

Pastu aku teruskan penyusuan, tetiba sekali lagi belakang kereta terangkat kali ni lebih tinggi.. dah gitu siap digoncang2 pulak.. smpkan aku dengan Rumaisa teroleng2 cam orang naik bot dlm keta tuh.. siap Rumaisa ketawa mengekek2 geli ati kot. Ada dalam 15 saat centu baru keta tu turun. Aku paling belakang dan memang tak nampak apa ke benda pun.. Time ni baru la terlintas dalam pala otak ni bukan kerja orang dah. Memang seram sejuk tetiba. Aku stop menyusu Rumaisa.. siap2 pakaikan dia balik seatbelt. Dan sekali lagi jadik.. kali ni lebih kuat lagi keta digoncang.. smp kepala aku terhantuk kat stereng tp tak lama keadaan tu dlm 5-6 saat centu kot. Elok jer stop, terus aku bubuh gear pecut laju tinggalkan tempat tu. Sepanjang perjalanan berbaki lagi 15km tu, aku terpikir2 apa bendanyer yg terjadi kat kami berdua tadi.

Dan syukurlah, kami selamat smp dalam jam 10 malam centu lebihkurang.. Rumaisa pun takde la menangis ke apa ker mlm tu. Dia hepi2 aje smp ke hari ni. Cuma mak aku la dia tak bagi dah balik lewat2 @ pun bawak la teman ker apa ker kan.. ni semata2 aku dengan baby je. MIL aku plak kata tu Iblis tuh.. takdak kerja kaco orang jer!


Apapun, aku rs tu la pengalaman paling tak dpt dilupakan pada setengah tahun pertama 2009.. hehe macam penyata akaun plak ayatnyer! Sekian.

Wednesday, July 1, 2009

Mimpi SIRIH

Sebelum aku lupa terus.. aku nak mendokumentasikan mimpi aku yg baru beberapa hari berlalu. Ye la selalu kita jarang sangat nak ingat mimpi kita lama2.. kadang2 bila bangun tido ingat semua sebab cam still fresh lg mimpi tu, pas sejam kendian kita hanya ingat awal dan akhir mimpi tu jer.. yg tengah2nyer ntah ilang ke mana.

Mimpi aku kali ni cam unik sikit la.. Citernye mcm ni, aku didatangi sorang pompuan separuh usia la kategori makcik2 siap bergown kelawar kaler putih.. pastu kat tangan ada pegang stick yg berbintang sinar percik2 lagi kau, bling bling... ala pari2 gitu. Mungkin pari2 yg sedang menghampiri usia senja.. Hikhik! Pastu dengan tak semena2 auntie pari2 tu cakap " Wahaiii perempuan, kalau kau mau cantik jelita.. minumlah air rebusan sirih!! " Sampai tiga kali .. diulang tiga kali dia menyebut benda yg sama. Aku pun cam terpinga2.. aikkk aku ada mintak apa2 ker dari auntie pari2 tuh...

Pastu dlm dok kekonpiusan terpikir2 apa motif makcik pepari tu kan.. tetiba terkuar la satu skrin kaler putih.. ada plak LCD projector kat situ. Wahhh, sungguh IT auntie pari2 itew. Aku yg tegak membisu hanya mampu melihat apa aksi makcik tu seterusnyer, so dia pun tunjuk la kat skrin tu kuar la gambar Sharifah Aini dulu dan sekarang... muka yg tiga pat hari kuar paper skang nih. "Ha nanti kalo minum air sirih, kamu akan jd cantik mcm ni" Auntie pari2 tu bgtau. Tetiba seraya atiku memprotes.. aku takmau cantik mcm Sharifah Aini. "Takmo takmo.. saya tak mau jd mcm Sharifah Aini. Dia tak cantik skang... cam cucuk botox jer, muka dia dah mcm ikan kaloi" dgn ikhlas aku gitau kat Auntie Pari2 tuh.. Memang takde ciri2 munafik langsung lah pendek kata.

Dia cam murka sangatlah dengan kenyataan aku yg tidak berlapik.. tidak langsung berciri2kan Rukunegara Yang Ke 5 - Kesopanan dan Kesusilaan. Terus difirenya aku tp cam tak berapa nak kena.. dan mungkin kerna geram, Auntie Pari2 itu pun terus fire skrin projektor lalu terbakar dan akhirnyer menimbulkan bau busuk2 hangus gitu....

Tup tup... huwaaaaaaaaaaaargghhhh! Telinga aku dikejutkan dgn jeritan brutal Rumaisa yang ntah berapa lama sudah terjaga. Cek diaper dia.. berak rupanyer kau! Patutla busuk... ! Tapi heran la dalam kes ini, cemana skrin projektor yg terbakar leh ada kaitan dgn produksi penyahtinjaan anak aku... hihi

Nombor..


Aku terdetik nak buat entry ni setelah terbaca entry yong pasal anak dia yg sorang dpt no 1 dalam kelas.. yang sorang lagik dpt no 34. Heheeh... secara tak sengaja terimbau plak kenangan lama. Aku rs mana2 ibu bapapun akan rasa cuak kalo anak dok ranking last sekali dlm kelas.. Aku pernah melaluinyer tp bukan sebagai ibu bapa tetapi sebagai anak yg dpt no last itewwww..


Rasanyer aku ni bijak jugak dari sudut akademik ( hahahahah.. pasan sikit jer ok) sebab nyer dari sekolah rendah darjah satu smp la ke tingkatan 3, aku tak pernah dpt no lebih daripada 2. Pandai la kan.. Tiap2 tahun bila hari penyampaian hadiah jer mesti lah tak pernah miss naik pentas amik hadiah. Waktu tu aruah ayah aku bley berbangga la dgn aku dan 2 orang lg adik beradik aku sebab cam tiap2 tahun mmg muka kami wajib ada atas pentas tu. Masa tu dlm kepala hanya terpikir bila ngaji pandai2 dpt no 1, 2 @ 3 mesti dpt hadiah... Kira ok la kan!


Dan.. semua tu mcm terbalik kuang bila aku menjejakkan kaki ke sekolah vokasional selepas habis PMR. Aku ditawarkan dlm jurusan Pengurusan Pejabat .. ada belajar trengkas, menaip.. Pengetahuan IT secara asas dan lain2 sabjek teras. Ha di sini la bermulanyer sejarah bila mana tak pernah2 seumur hidup... kuar jer result exam, aku dok no 38. Wahhh kau.... terasa cam terbang jer time tu, perasaan yg tak dapat digambarkan dgn kata2.. Kehkekehkeh. Kedudukan paling corot dlm kelas. Keadaan tu berpanjangan sehingga setahun.. kalo sangatpun nak gerak no tu, bertukar jd 37... bila semester baru, naik 38 balik. Pada masa itu baru aku tahu perasaan orang2 yg selalu dpt no corot dlm kelas.


Pada masa itu plak pihak sekolah akan menghantar result peperiksaan kepada ibu bapa. Masa ni aku rs cam diikat dgn bom jangka, tunggu nak meletup jer.. harusla kalo aruah ayah aku tengok result aku dia akan mengucap panjang.. @ terpikir siang malam apa dah jd dgn anak dia yg sorang nih. Jd untuk tidak memberikannyer rasa migrain bertubi2 dan takut kepada kesan result aku yg memungkinkan aku difire bertalu2 seperti raksasa jahat yg difire otromen smp hangus berasap2.. selalunyer bila isi borang utk alamat ibu bapa ni, aku akan isi alamat rumah kawan2 aku.. kowtim dgn kawan2 mintak bapak diorang tolong sign kan.. Memang ramai la bapak angkat tak rasmi masa tu. Heh heh heh.


Bila aku naik tingkatan 5, baru aku rs boleh bawak semua sabjek2 tu dan no pun bertukar kepada carta yg lebih baik sikit dari no 38, aku dok ranking belas2 centu.. paling cantik dok no 10. Kira ok la tu kan, transformasi. Ha time ni baru la result exam hantar ke kampung halaman sendiri. Heheheh.. bila diingat2 balik, terasa lawak jugak tp itulah.. yg sebenarnye bukan niat nak menipu pun tetapi lebih kepada tidak mahu mengecewakan perasaan dan harapan ibu bapa. Sapa tak nak tengok anak dia jd pandai kan.. Apa2pun alhamdulillah kerana sekarang aku sudah bekerja cukup mkn pakai walopun bukan la genius sangat pun. Yang penting.. bahagia dan mengembirakan ibu bapa.. !


Sekian

Dilanda Kemalasan..

Sebenarnya aku dilanda kemalasan terhebat dalam usaha untuk mengupdate blog.. sebab tu hampir 2 minggu aku naik kerja.. masih juga cerita lama. Hehehe.

Ada banyak benda nak cerita tetapi tu lah bila malas tu sedang bermaharaja di hati, apa lg nak dikata.. Insya allah pada petang ni aku akan kembali rajin.