Tuesday, July 7, 2009

Mana Perginye Akal?

Meruap2 perasaan aku masa tengok berita semalam - rayuan seorang ibu yg memohon anaknya yg bernama Dilla yg lari dari rumah supaya balik ke pangkuan keluarga.
"Kalau mak atau ayah ada buat salah kepada Dilla, ampunkan mak, ampunkan ayah. Tetapi mengapa sanggup tinggalkan kami. Dilla masih bersekolah, kami semua sayangkan kamu nak. Pulanglah wahai anakku" lepas membuat rayuan itu, si ibupun pengsan.. Kesian.
Menitis air mata aku, menonton berita tersebut dan memikirkan betapa tergamaknyer sebilangan anak2 pada zaman ini begitu sampai hati memperlakukan ibu bapa mereka, orang yg membesarkan mereka dari kecik sehingga besar, sedemikian rupa. Bukannya sekali dua kes2 begini terjadi. Anak2 yang mabuk bercinta dan apabila ditegur oleh ibu bapa dan tak dapat menerima teguran itu maka ambil jalan mudah, melarikan diri bersama teman lelaki. Anak jenis apakah mereka ini, sehingga sanggup membiarkan emak ayah menangis2 merayu2 dalam TV, memohon ampun daripadanya kalau2 ada salah silap - semata2 mengharapkan si anak kembali ke pangkuan.
Ramai lagi manusia yg tak dapat kasih sayang dari ibubapa.. yg kurang diberi perhatian.. belaian kasih sayang dan pendek kata apa yg diperlukan.. tetapi segelintir insan ini sungguh tidak punya rasa syukur.. hmm ini dari perspektif seorang aku. Maybe orang lain fikir lain.. tak apalah fikirlah apa yg ingin anda fikirkan.. tp kalo aku, terjumpa Dilla ni kat mana2.. aku nak tampo dia sedas dua.. maybe dia masih diulit mimpi indah bertemankan cinta bodoh teman lelaki yg tak kemana... sehingga sanggup membuang kasih sayang emak dan ayah yg tiada tulus banding.

3 comments:

yongshaniza said...

naja..kes2 camtu dah berlambak..aku x phm la skrg...diorg kejar apa pun...akai letak kat pungkoq..soriiiii...tapi aku x tgk berita la...ketinggalan la plak...seriau pk anak2 aku plak nanti..subhanallah....

naja said...

nak kata kejar p*%?a@ takkan kot.. aihhh mencarut plak tp aku geram dgn budak2 skang.. dan kita hanya mampu berdoa agar anak2 kita tidak melakukan benda yg serupa. dan insya allah, kerna kita tidak melakukan benda yg sama kepada emak ayah kita.. konsep bayar 'Tuhan Bayar Cash' ni selalu terjadikan pada benda2 mcm ni.. hari ni kita buat kat makpak kiter, esok2 anak2 kita plak.. jd, nak buat sesuatu. .renung2 dan timbal2 dgn akal pikiran. Panjang pulak..

Laxmi said...

the law of karma.. harap2 anak2 kita jadi anak yg baik