Wednesday, July 8, 2009

Izi Yahya.. Sadisnyer Aku!


Tadi dok belek2 sotkabaq lama tetiba ternampak gambar pelakon aruah Izi Yahya - dan tiba2 rasa bersalah menyerang segala sendi dan urat sarafku. Kenapa ? Jangan salah faham.. aku mmg takde apa2 dengan Izi Yahya.. jauh sekali berskendelisis. Walopun mamat ni selalu berlakon dengan watak2 antagonis.. smp akupun benci nak tatap muka dia kat TV.. namun hakikatnyer dia pun bekerja carik makan. Aku pernah terfikirla, nape produser2 drama tak nak bagi watak baik kat dia. .asik watak jahat jerrr.. tak baik tau produser2 ni... diskriminasi rupa paras betui! Cuba bagi Akhil Hayy ke pegang watak antagonis. Eh tak baik, kang Waheeda marahhhh..


Berbalik pada Izi Yahya, insiden tragis ni pernah la aku citerkan pada beberapa orang merasakan ia teramat kelakar. Mungkinlah.. tp nanti lepas baca korang pikirkan la sendiri samada kelakar atau aku mmg seorang yang sadis.


Tahun 2003 - di pejabat, aku tengah tunduk kusyuk kat meja, dok belek segala fail dan butiran2 nombor2 kewangan yg memerlukan aku memberi sepenuh perhatian. Tetiba pintu bilik diketuk.. Aku mendongak.. toingggggggggg! Berdiri tegak seorang insan yg selama ni aku tengok dlm TV jer.. yg tiap kali dia berlakon jahat mmg mulut aku tak berhenti2 maki hamun perihal kejahatannyer dlm lakonan tu smp kdg2 naik bencipun nak tengok sesatu drama kalo dia yang berlakon. Sapa lagi kalau bukan Izi Yahya.


"Assalamualaikum, En Azli ada ? Saya nak jumpa En Azli nak ambil cek bayaran.. bla bla bla bla" ya aku tak dengaq pun perkataan selebihnyer kerna terkejut tahap gaban.


"Waalaikummusalam. Sebentar ye encik... saya cek dulu En Azli ada ke tidak kat bilik.. " akupun mendail la no pegawai yg dimaksudkan, mata ni tak berkelip tengok mamat nih.. nak kata terkesima, terkedu.. terkagum.. akupun tak tau yg mana satu!


"En. Azli, ada orang datang nak ambil cek bayaran.." aku bgtau pegawai yg bernama En. Azli. " Sapa dia Naja?" soalnyer dan tetiba kepala aku semacam dibius, terlupa sungguh nama Izi Yahya " Alahhhh sapa tu alaaaa.." sambil aku pandang muka dia kat pintu. Dia senyummm.. dan aku ni puas perah otak carik nama mamat ni, Ya Allah cemana bley terlupa. Dah berapa kali berbalas senyum.. tapi nama lupa jugak. Adoiiii! " Sapa Naja??" tinggi sikit sora En Azli, hilang sabar agaknyer dok tungu jawapan tak jugak dapat2. "Ya Allah, tu sapa tu aduiiii..... "puas perah otak namun tak jumpa jawapan, tetapi tetiba aku teringat watak Izi Yahya sebagai Leftenan Akaishi yang merogol Umie Aida dalam filem Embun dan lajunyer mulut aku yg tak berinsurans ni terus cakap dgn En Azli.


"Alaaa sapa tu, yg berlakon dlm filem Embun.. yg rogol Umie Aida tu!" haaaa lepas terkuar je ayat tu tetiba plinggggg! dalam pala aku tertera nama Izi Yahya. "Haa IZI YAHYA" terus aku letak tepon. Suasana cam sunyi sepi seketika. Aku pandang muka Izi Yahya.. dia masih tersenyummmm.. adoiiiiii, aku dah terlepas cakap. Panas jer muka aku ni. Mampoihla aku kali ni.. perasaan bersalah menyerang bertubi2...


"Saya minta maaf.. maafkan saya En Izi.. saya mmg lupa sungguh nama En. Izi tadi.. ya Allah apa nak jd dgn saya nih" ayat basabasi aku.. mmg aku kesal kerna terpaksa memperkenalkan dia dengan satu kenyataan yg sungguh negatif - perogol Umie Aida!


"Takper.. takper.. abang faham... "lembut jer dia jawap. Lalu akupun tak berlengah terus tunjuk arah ke mana dia kena pi berjumpa dgn En Azli itu. Memang.. smp sekarang aku menyesali kejadian itu walopun tak sengaja tapi aku rasa cam aku ni biadap sungguh!


Al Fatihah untuk Aruah Izi Yahya.

5 comments:

alladiin said...

beb..kali ni, wa mmg minat dgn gaya bahasa lu.. best baca.. keep up a good works k...

naja said...

maksud lu wa kena skema sikit kah ? nanti lu kasik tutorial sama wa pasal gayabahasa ni ok... tq

IdzaRis79 said...

pergh...
panjangnya cerita...

tp...

tetap ku baca...
al fatihah untuk dia..

naja said...

usaha tangga kejayaan. hehe. selamat berkenalan..

TiNiE said...

serius mmg lawak aaar insiden nih..
hahahahaha aku sambung gelak..

al-fatihah buat arwah...