Wednesday, July 1, 2009

Nombor..


Aku terdetik nak buat entry ni setelah terbaca entry yong pasal anak dia yg sorang dpt no 1 dalam kelas.. yang sorang lagik dpt no 34. Heheeh... secara tak sengaja terimbau plak kenangan lama. Aku rs mana2 ibu bapapun akan rasa cuak kalo anak dok ranking last sekali dlm kelas.. Aku pernah melaluinyer tp bukan sebagai ibu bapa tetapi sebagai anak yg dpt no last itewwww..


Rasanyer aku ni bijak jugak dari sudut akademik ( hahahahah.. pasan sikit jer ok) sebab nyer dari sekolah rendah darjah satu smp la ke tingkatan 3, aku tak pernah dpt no lebih daripada 2. Pandai la kan.. Tiap2 tahun bila hari penyampaian hadiah jer mesti lah tak pernah miss naik pentas amik hadiah. Waktu tu aruah ayah aku bley berbangga la dgn aku dan 2 orang lg adik beradik aku sebab cam tiap2 tahun mmg muka kami wajib ada atas pentas tu. Masa tu dlm kepala hanya terpikir bila ngaji pandai2 dpt no 1, 2 @ 3 mesti dpt hadiah... Kira ok la kan!


Dan.. semua tu mcm terbalik kuang bila aku menjejakkan kaki ke sekolah vokasional selepas habis PMR. Aku ditawarkan dlm jurusan Pengurusan Pejabat .. ada belajar trengkas, menaip.. Pengetahuan IT secara asas dan lain2 sabjek teras. Ha di sini la bermulanyer sejarah bila mana tak pernah2 seumur hidup... kuar jer result exam, aku dok no 38. Wahhh kau.... terasa cam terbang jer time tu, perasaan yg tak dapat digambarkan dgn kata2.. Kehkekehkeh. Kedudukan paling corot dlm kelas. Keadaan tu berpanjangan sehingga setahun.. kalo sangatpun nak gerak no tu, bertukar jd 37... bila semester baru, naik 38 balik. Pada masa itu baru aku tahu perasaan orang2 yg selalu dpt no corot dlm kelas.


Pada masa itu plak pihak sekolah akan menghantar result peperiksaan kepada ibu bapa. Masa ni aku rs cam diikat dgn bom jangka, tunggu nak meletup jer.. harusla kalo aruah ayah aku tengok result aku dia akan mengucap panjang.. @ terpikir siang malam apa dah jd dgn anak dia yg sorang nih. Jd untuk tidak memberikannyer rasa migrain bertubi2 dan takut kepada kesan result aku yg memungkinkan aku difire bertalu2 seperti raksasa jahat yg difire otromen smp hangus berasap2.. selalunyer bila isi borang utk alamat ibu bapa ni, aku akan isi alamat rumah kawan2 aku.. kowtim dgn kawan2 mintak bapak diorang tolong sign kan.. Memang ramai la bapak angkat tak rasmi masa tu. Heh heh heh.


Bila aku naik tingkatan 5, baru aku rs boleh bawak semua sabjek2 tu dan no pun bertukar kepada carta yg lebih baik sikit dari no 38, aku dok ranking belas2 centu.. paling cantik dok no 10. Kira ok la tu kan, transformasi. Ha time ni baru la result exam hantar ke kampung halaman sendiri. Heheheh.. bila diingat2 balik, terasa lawak jugak tp itulah.. yg sebenarnye bukan niat nak menipu pun tetapi lebih kepada tidak mahu mengecewakan perasaan dan harapan ibu bapa. Sapa tak nak tengok anak dia jd pandai kan.. Apa2pun alhamdulillah kerana sekarang aku sudah bekerja cukup mkn pakai walopun bukan la genius sangat pun. Yang penting.. bahagia dan mengembirakan ibu bapa.. !


Sekian

6 comments:

TiNiE said...

syabas naja..
sggh bermotivasi entry hang..
tapi tang tipu boh alamat org lain tu mmg takleh blah..hahahaha

naja said...

heheheheh.. kalo hang termotivasi dgn entry aku tu. alhamdulillah la. yg baik jd teladan yg tak baik tu jgn ikut plak... hikhik

yongshaniza said...

keh..keh..keh...kiranya n3 aku memberi inspirasi kepadamu ekk..hahahha..aku termotivasi ni naja..huk..huk

naja said...

ha yg corot tak semestinyer gagal - tu lah kesimpulannyer. baiknyer ayat kaver diri kan. hahaha

Laxmi said...

hahah kelakar la ko ni naja.. ramai bapak angkat.. wakkaka.. aku takde la wat cam hang.. aku blajaq sign sebijik cam sign ayah aku.. huk huk huk.. ada jer tanda merah mana2 mata pelajaran.. aku sign sendiri takut bomb (bak kata hang) meletup.

naja said...

aku mmg x berani tipu sign aruah ayah aku.. kalo dia tau mmg hukuman berat mandatori.

apa2pun terima kasih kepada ayah2 semua.. kerna depa juga memainkan peranan membentuk kita menjadi insan berguna.