Thursday, December 18, 2008

Entry Terakhir 2008

Kebetulan.. hari ni juga hari last untuk aku updet blog pada tahun ini.. Insya Allah jumpa lg di tahun hadapan. Esok aku akan berjuang mencapai cita2 yang sekian lama terbantut.. Doakan ye kawan2.. semoga aku selamat bersalin dan menjadik ibu..

Dan halalkan lah makan minumku, juga maafkan lah segala kekejian ku selama ini sekiranya ada (kompommmm ada kerna aku bukan pompuan solehah yang mampu mengekang unsur2 keji dalam diriku) perbuatan yg mencuit hati dan perasaan samada sengaja atau tidak. Insya allah jika umur panjang.. kita berjumpa lagik.

DaripadaNya Kita Datang.. KepadaNya Kita Kembali

Atas kesempatan ini aku ingin mengambil peluang untuk mengucapkan takziah kepada Ayu sekeluarga di atas pemergian ayahanda tercinta, Allahyarham Pakcik Suberi pada hari ini lebih kurang jam 4 macam tu..

Baru je aku rs entry pasal ayah Ayu tu.... dalam keadaan kesihatan yang kelihatan semakin baik dan seperti ada harapan untuk sembuh, namun itulah... kuasa Allah Taala tiada siapa buleh menghalang. Tinggallah kita yang hidup ini meneruskan kehidupan kita.

Semoga roh Pakcik Suberi ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh serta mendapat tempat di firdaus sana... Al Fatihah.

Kepada Ayu, tabahkanlah hati.. kekuatan hang menghadapi saat2 getir ini InsyaAllah akan memberi inspirasi untuk emak hang jugak meneruskan kehidupannyer...

Sekian.

Tuesday, December 16, 2008

Kasih Sepanjang Hayat

* Emak Ayu sedang bersiap2 untuk mengelap badan Pakcik Suberi

*" Meh.. lap kepala bagi sejuk sikit... nanti buleh tido nyenyak"


Hari Sabtu baru2 ni... aku mengambil peluang melawat ayah Ayu di wad ccu, HUKM kerana diserang sakit jantung. Rupa2nya sudah 5 hari ayah Ayu di sana tp Ayu baru berkesempatan mewar2kan kepada kawan2 kerana sibuk @ kalut dengan kerja dan urusan2 rumahtangganye. Kesian rasa hati... semoga ayah Ayu cepat sembuh. Umur ayah Ayu dah 78++ centu tapi masih lagi kuat, Alhamdulillah! Aku hepi+gembira+ bersyukur bila tengok orang2 yg dikurniakan usia lanjut ini.. bukan apa, peluang untuk anak2 membalas jasa.. memanjakan ibu bapa mereka terbentang di depan mata. Bukan semua orang dapat peluang begitu.. jadi kepada anak2 yang masih mempunyai ibu bapa.. kasihi dan bantulah mereka sepuas-puasnya sementara kita masih berpeluang. Aku respek kat Ayu, pada pandangan mata aku.. Ayu ada ciri2 anak solehah.. anak yg menjadi kebanggaan ibu ayahnye. Semoga kita semua pun macam tu..

Gambar di atas, emak Ayu tengah mengelapkan badan ayahnye.. masa tu dah jam 1.30 petang lebih kurang. Lihatlah, betapa kasih sayang yang luhur itu tak perlu dizahirkan dengan kata-kata, cukup dengan perbuatan dan pengorbanan.. Tiba-tiba aku teringat kenangan2 semasa emak aku bertunggu tangga di hospital menjaga ayah aku yg sakit.. boleh kata tiga tahun terakhir sebelum ayah aku meninggal dunia, wad hospital sudah menjadi seperti rumah kedua utk mak dan ayah aku..

Bagi aku, kasih sepanjang hayat adalah sebaik-baik ubat untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan.. kepada ayah Ayu iaitu Pakcik Suberi, semoga lekas sembuh.

Tuesday, December 9, 2008

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Hari ni hari ke dua umat Islam menyambut Hari Raya Aidil Adha + Hari Raya Korban.. Masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua rakan2.. sahabat handai dan juga sesiapa jua yg mengenal diriku ini.. Semoga setiap pengorbanan kita dalam apa jua rupa dan bentuk akan diredhai Allah Taala.

Tahun ni aku rs hepi jugak sebab dapat beraya bersama2 dengan suami terchentaaaaa.... tahun lepas di pagi2 raya berendam air mata kerna suamiku nun jauh di Tanah Suci mengerjakan ibadat Haji bersama dengan emak mentua ku. Tapipun syahdu masih terasa kerna tak dpt balik kg untuk meraikan bersama keluarga.. kerana aku dah sarat betul, tunggu hari je nak bersalin.. jadi xnak la amik apa2 risiko di perjalanan kan.. Jadi kami pun beraya la jauh dari sanak saudara di Putarajaya nih. Aku tak gi mana2pun.. Zikri terlibat dgn ibadah korban hampir seharian. Duduk umah je.. nak drive p beraya di umah kengkawan dan kenalan mmg dah tak larat. Nak jln pun dah smp peringkat bertatih2... huh

Inilah sekian banyak daripada cabang2 pengorbanan kot....

Friday, December 5, 2008

Cinta Tonyok Bebudak...

Aku selalu perati benda ni.. dah lama, kdg2 lucu.. nak tergelak pun ada. Kdg2 rasa mcm nak kasik penyepak sorang sedas pun ada.... tapi lantaklah kan, kalo dah besar2 tu aku rs boleh la diterima akal..

Tadi masa balik umah rehat panjang tengahari, lepas bukak peti surat aku rs x larat.. jd aku lepak2 kat bawah umah aku tu dulu. Di situ ada sorang budak pompuan... tengah usung buku teks, aku jd bz bodi.. jengoi2 kepala tengok tajuk buku teksnyer.. ohhh baru tingkatan 2. Gaya nyer mcm bz aje.. sesambil muka berkerut2.. ssambil mata dok tengok hp... jari jemaripun bz menaip sms.. mmg tak hirau orang sekeliling punyer. Tunggu sesapalah tu.. tetiba hp dia berbunyi, " Pa..! Pa kat mana?" Pastu ada sedikit komunikasi... aku pasang telinga. Oh tunggu ayah dia. Sian plak. Agaknyer dah lama sangat la kot smp muka pun naik hijo, nak senyum dgn orang pun dah tak buleh.

Lepas beberapa minit.. tetiba datang satu mamat.. lebih kurang baya dia jugak, tp mmg peringkat teruna hijauuu la sesangat lg merempit lalu berenti tepat2 di depan kami... dengan tersengih2, " Sori ma.. pa lambat sikit. Ibu pa lambat balik pulak ari ni..." dengan nada merajuk2 budak pompuan tu komplen la " Lama tauuu ma tunggu kat bawah ni.. ma ingat nak patah balik dah tadi.. mujur pa dtg cepat kalo tidak mmg ma blah ajeeee " psatu menyambar helmet... cepat 2 pakai dan terus membonceng pergi ntah ke mana. "Cepat papa.. mama dah lapar ni!" Sayup2 aku dengaq dialog budak2 nih..

Tinggal la aku sorang2...... tepikir2.. Ma? Pa? Kalo otak yang positif.. aku memikirkan mungkin la nama budak laki tu Mustafa ka disingkat jadi Pa.. budak pompuan tu pun Marina ker... nama manja jadi Ma.. tp isk isk isk! Kalo memasing mabuk cinta membahasakan diri memasing mama and papa @ singkatannyer ma dan pa... adoiiiiii, baru tingkatan 2. Apa relevannyer nak menggunakan ganti nama mama and papa pada diri masing2.. sedangkan umur baru 14 tahun... nak prektis apa ke pun, takkan nak kawin dah tahun dpn?? Sungguh la tak sesuai. Duit petrol pun masih ditanggung mak bapak.. itu belum lg spender sendiri pun emak yg tlg basuh... gatai nak berpapa dan bermama pada usia muda trang tang tang gitu.. Sungguh la aku tidak dapat berfikir positif dgn situasi kedua2 budak tadi...

Kalo aku ada kuasa menfire bak ottomen.. harus aku fire budak dua orang tu kasik rentung. Chuihhhhhh!

Tuesday, December 2, 2008

Kecuaian Yang Nyata


Ini insiden terjadi pada Jumaat yang lepas.. ekceli aku nak citer awal2 lagi tp oleh kerna semalam aku dpt cuti soh dok umah daripada doktor, maka haruslah aku memanfaatkan segenap peluang tersebut...

Berbalik pada cerita hari Jumaat yg lepas.. jam kat tangan dah menunjukkan angka 5.15 centu.. dah lepas pun waktu kerja aku yg sepatutnya berakhir jam 5 petang tp mmg lah jarangggg sangat aku balik tepat2 pada jam tersebut. Selalunya masih lg bertunggu tangga kat office menghabiskan apa2 kerja @ pun tunggu boss masuk bilik dulu baru aku blah. Nak plak seblum tu boss aku soh hantar emel kepada semua Akauntan2 Negeri mengenai hal kerja.. beserta dgn satu attachment. Masa nak send out tu aku rs dah cek berbelas kali supaya tak berlaku kesilapan. Bila dah setel semua, akupun dengan hepi mengemas2 la barang sesambil tunggu Zikri nak pegi pasar malam Bangi.. Aku mengidam mkn tepung bungkus yg dijual oleh sorang makcik yg ku rasa mmg sungguh perghhh la tepung bungkusnyer.. very klasik cam orang dulu2 buat.. Aisehh terliur lg.

Di pertengahan jalan... lg dua tiga minit nak smp ke pasar mlm.. tetiba hp aku berbunyi.. Takde la pelik sangatkan... aku capai hp dan hati berdegup kencang bila tiba2 tgk nama boss aku yg terpampang kat tepon.. "Hoh!" muka dah cuak mmg tak pernah2 la boss aku ni call time lepas keja. Habis sangatpun nak pesan apa2 dia akan sms. Mmg style dia.. xnak mengganggu privacy. Aku paling tgk muka Zikri dgn penuh tandatanya pastu jawap call, sekonyong2nya terdengar la suara boss aku " Naja.. u kat mana?" Akupun gtaw la nak g pasar mlm carik kuih. " Oh.. i nak bgtaw u, emel yg i suruh u hantar tadi tu.. " Blum sempat boss aku perabis ayat dia aku dah potong "Nape boss nape ?" " Ha attachment dia silap la.. I rasa u dah salah attach benda lain.. sebab i tgk ni ada alamat emel kawan2 u.. pastu ada nama Azean Ariffin.. bla bla bla" dan2 la aku rs cam ada batu jatuh atas pala aku. Haiiii buleh jugak silapnyer walo dah 10x cek seblum aku hantar. Issssk iskkk... " Ok en dzul, saya mintak maaf.. takpe lepas beli kuih kang saya balik semula ke office. Saya akan pastikan kesilapan tersebut diperbetulkan" "Ha ok.. i pun tak balik lagi.." dan boss akupun menutup hpnyer..
Dan pertama kali aku bershopping kat pasar mlm dengan tak tenangnyer.. Lepas beli apa yg perlu dan apa yg tingin utk dimakan aku bergegas ajak Zikri balik ke office. Lepas dah setel semua... syukur teramat.. pertama, ada ruang yang cukup untuk aku perbetulkan kesilapan aku.. kedua, aku tak dimaki hamun olehnyer.. Yang ketiga, mujur la attachment yg aku hantar tu takde la benda2 merepek kat dalamnyer.. sekadar alamat emel kawan2.. dan juga alamat kawan2. Sebab tu lah boss aku bley sebut nama Azean Ariffin. Hehehehehe. Mujur boss aku punyer tahap cool yang boleh dibanggakan.. kalo aku kena hamun hari tu pun aku akan pasrah dan redho saja. Mau nyer tak, senarai2 penerima emel tersebut berada di setiap negeri di Malaysia juga di Kementerian2 Persekutuan.. smp sekarang aku rs cam ralat sangat kerna memikirkan kenapalah aku secuai itu. dan pengajaran untuk aku.. lengkali namakan la satu fail2 tu sespesifik mungkin.. jgn letak nama yg dekat2 nak sama dengan fail sediada kat dalam pc. Hukkkkss!!

Wednesday, November 26, 2008

Bukan Cinta Biasa



Bukan Cinta Biasa


Begitu banyak cerita
Ada suka ada duka
Cinta yang inginku tulis
Bukanlah cinta biasa


Dua keyakinan beza
Masalah pun tak sama
Ku tak ingin dia ragu
Mengapa mereka selalu bertanya


( korus )Cintaku bukan diatas kertas
Cintaku getaran yang sama
Tak perlu dipaksa
Tak perlu dicari
Kerna kuyakin ada jawabnya oh...
Andai ku bisa merubah semua
Hingga tiada orang terluka
Tapi tak mungkin Ku tak berdaya
Hanya yakin menunggu jawapnya


Janji terikat setia
Masa merubah segala
Mungkin dia kan berlalu
Ku tak mahu mereka tertawa

Diriku hanya insan biasa
Miliki naluri yang sama
Tak ingin berpaling
Tak ingin berganti
Jiwa ku sering saja berkata
Andai ku mampu ulang semula
Ku pasti tiada yang curiga
Kasih kan hadir tiada terduga
Hanya yakin menunggu jawapan


Pagi2 lagi.. bukak Kosmo Online nampak gambar nih.. menimbulkan rasa ceria di hati. Sekurang2nya ada lah cerita gembira tentang kasih sayang sepasang manusia yg masih lg utuh di sebalik cerita2 kawin cerai artis yg saban hari menghias dada akhbar. Aku respek banget dengan makhluk ni, Mohd Noor Musa yg berusia 37 tahun kerana walaupun isterinya dah berusia 106 tahun.. kasih sayang dan cinta mereka tetap utuh. (Norman Hakim kena belajaq nih.. )


Kebahagiaan bukan dtg atas dasar semasa kecantikan fizikal dan kehenseman paras wajah masih lg terserlah, atau kerana setakat memenuhi tuntutan nafsu satu sama lain.. sepatutnye kasih sayang lahir dan tersemat dari sudut hati yg paling dalam.. biarpun sakit terlantar.. susahpayah.. jerih perih.. dan segalanya yang suka atau duka, harungilah bersama. Berilah sokongan pada pasangan anda, juga pengorbanan daripada sudut2 yang kadang2 kita tak pernah terfikirkan....


Cayalah makcik Wook dan Mohd Noor..!!



Tuesday, November 18, 2008

Baca Buku.. Nak Exam.

Sikit hari lagi dalam 6 hari centu kot, aku akan menduduki peperiksaan PTK tahap 2 untuk kali yg pertama. PTK tahap 1 dah lepas... itupun tiga kali amik baru lah lulus dan menepati syarat kenaikan gaji.. takper yg penting dah lulus dan alhamdulillah hasilnyer sedang dinikmati. Kalo nak harap naik pangkat., ntah bila la kan bley merasa semua tuh.. jadik sikit sebanyak PTK ni membantu dari segi lonjakan gaji yg agak perghhh kalo nak dibandingkan dgn kenaikan gaji tahunan yg orang sedia tahu mmg agak ciput la.
Jadi mulai hari ni aku pun kena la rajin2 membelek buku.. baca apa yg patut, yg penting jangan tension2 memikirkannya.. kerana selalunya pun, apa jua exam yg dihadapi.. hadaplah dgn jiwa dan raga yg tenang... hehehe. Lulus ke tak lulus ke hidup mesti diteruskan, kerja tetap kena buat kalo tidak.. sapa nak kasik makan? Ataupun cemana nak share2 mkn dgn orang lain? Centulah adanyer!!

Monday, November 17, 2008

Aku Si Pembunuh Di Dalam MimpiKu

Bunyinye aneh.. tapi aku rasa ini kali pertama aku bermimpi jadi pembunuh. Sungguh sadis. Ceritanya seperti dalam cereka2 thriller. Aku tidak tahu mengapa aku membunuh tapi yang pasti nya aku seperti ingin melindungi sesuatu. Bangun dari tidur pun terpikir2.. mengapa mesti aku membunuh.
Dan jarang sebenarnya aku dapat mengingat balik semua kronologi mimpi2 aku.. ceritanya, aku di kampung. Tetiba kampung aku especially rumah lama tok aku di kampung telah diserang oleh sekumpulan anjing salji.. Isk.. memang tak kena tema langsung. Aku telah membunuh seekor anjing yg paling besar, paling garang. Dan bangkai binatang itu aku letak di tengah laman. Tiba2 ada lagi pulak puluhan anjing yang datang, dan aku berjaya membunuh ke semuanya. Dalam terpikir2 di mana nak tanam bangkai2 anjing itu tetiba datang pulak 2 orang lelaki.. berpakaian seperti komunis dalam drama-drama.. tetapi warnanya lebih hijau dan mukanya muka Melayu. Bertanyakan sesuatu, dan aku tak pasti apa yg ditanya.. tiba2 aku mengambil sebilah parang lalu melibas kedua2nya sehingga putus kaki dan tangan.. lalu kedua2nya aku heret masuk ke dalam satu lubang di bawah tangga rumah lama peninggalan aruah tok dan tokwan aku itu.. di situ aku sumbatkan mayat2 itu dan cuba menutupnya. Salah seorang dari mereka yg ku bunuh itu rupa2nya masih hidup walaupun cedera parah dan tidak berkaki dan bertangan. Matanya memandang aku dengan berkedip2.. seperti tersenyum.. tiada tanda sakit2 pun. Kerana geram atau entah apa, aku mengambil parang lalu ku cincang2 baki lengannya. Tak puas dengan itu, aku mengambil tombak yg ntah datang dari mana lalu aku menikam2 tepat dijantungnya. Adoiiii.. sehingga satu ketika aku sendiri tidak sanggup tengok lagi keadaan orang itu, tetapi tanganku masih lagi mencincang2 daging yg tinggal. Akhirnya aku menutup lubang di bawah tangga itu dengan serpihan batu bata. Dan tappppppp.. aku terjaga!
Puas aku beristighfar.. mahu membuang jauh2 ingatan terhadap mimpi tersebut namun seperti ada layar kaca menayang kembali semua adegan2 ngeri tersebut. Sadisnya aku. Teganya aku membunuh.. aku sudah hilang rasa kemanusiaan.. walaupun hati tidak rela namun seperti kekuatan fizikal merelakan aku jadik pembunuh.
Aku masih terfikir2.. mmg mimpi adalah mainan tidur. Tadi aku mencari2 di internet maklumat berkaitan mimpi kerana ini kali pertama aku bermimpi membunuh dan aku terjumpa ini " Mimpi Bunuh : Jika anda bermimpi membunuh orang, bertanda akan keberuntungan besar, sedang anda dibunuh orang, bertanda kurang baik anda akan menjadi sakit-sakitan" Wahhhh.. tp aku tak rela la bermimpi seperti itu lagi... naik bengong aku dibuatnya. Apakah tidak ada mimpi yg tidak berbunuh2 dan si pemimpinya masih tetap beroleh keberuntungan?? Sesungguhnya aku bermohon kepada Allah agar dijauhkan dari tipu daya dan gangguan syaitan. Amin.

Friday, November 14, 2008

Demam Lagi..

Ni dah masuk hari ke 2 aku demam+ selsema.. Sebelum ni Zikri yang demam, aku ingat kali ni aku takkan terjangkit sebab yg last demam hari tu aku dah dibekalkan dgn antibiotik, jadi aku membuat kesimpulan sendiri bahawa antibodi di dalam badan mampu melawan virus2 demam yang mahu bermaharajalela. Lagipun bila Zikri demam dah 2 hari aku masih lg steady, xde tanda2 jangkitan.. sekali, adooooi jangkaanku tersangatlah melesetnyer, kena jugak. Maka bermulalah adegan2 mengusung sapu tangan ke hulu ke hilir.. sungguh rimas.

Walau bagaimanapun, aku bersyukur kerana demam ni tidak mempengaruhi kandungan. Bb bergerak seperti biasa.. ke hulu ke hilir dalam perut. Semalam pergi scan di hospital, berat bb dah mencecah 2.7kg, kandungan pun dah berusia 34 minggu ++. Doktor kata lebih kurang dalam 3-4 minggu aku akan bergelar ibu. Wahhhh..... sesungguhnyer aku teramat2 teruja menanti saat-saat itu. Syukur setelah 5 tahun menunggu, harapan dan impian hampir2 akan menjadi kenyataan. Apa lagi yg aku inginkan pada saat dan ketika ini ? Terima kasih Ya Allah kerna mendengar doa ku...

Wednesday, November 12, 2008

SPM dan Fini...

Hari ni 12 November 20008, maknanya sudah dua hari adik aku Fini menduduki peperiksaan SPM. Peri pentingnya peperiksaan ini seperti yg kita semua sedia maklum akan menjadi tapak mula hala tuju pelajar2 ini pada masa hadapan setelah 2 tahun menimba ilmu di sekolah menengah selepas berakhirnye peperiksaan PMR sewaktu di tingkatan 3. Yang dpt keputusan cemerlang insya allah akan berjaya menjejak kaki ke mana2 universiti berprestij di dalam atau luar negeri. Walau bagaimanapun bagi yang kurang cemerlang dari segi akademik... masih ada banyak peluang dan ruang untuk mereka melakar dan mencorak masa depan masing2.

Aku rs adik aku Fini ni tergolong dalam pelajar yg kurang menyerlah dalam bidang akademiknye.. Selalunya result exam cukup2 makan... Kalaupun ada A hanya beberapa subjek, pendek kata resultnya sungguh majmuk dengan semua pangkat dari A smp E pun ada. Puas emak menasihat suruh mengaji.. bukan emak je.. aku, kakak aku pendek kata kalo ada peluang jer mesti suruh dia rajin2 baca buku. Tapi macam tu jugaklah.. kalo rajin bacalah buku sejam dua lepas tu akan dibantai tido smp dua tiga jam.. pendek kata, mengantuk, pening kepala.. blur selalu menjadik alasan... itu kalo datangnyer rajin.. kalo tak rajin, 2 minggu cuti sekolahpun jarang sangat dibelek-beleknyer buku. Tapi emak aku seorang yang positif, katanya mungkin kemampuan minda adik aku dalam akademik setakat itu saja.. mungkin minatnya lebih kepada subjek2 kemahiran. Lagipun bukan semua orang cemerlang akademik boleh berjaya hidupnya nanti. Ada yang kecundang di tengah jalan.. bermacam2 faktor, kata emak sambil memberi beberapa contoh terdekat. Dan ramai jugak yang tidak berapa 'menjadi' dalam akademiknya mampu menjadi insan berguna. Jadi emak mengambil keputusan tidak mahu menekan Fini sesangat untuk menjadi student cemerlang akademik. Apapun, dia tetap adik bongsu kami sekeluarga, dan anak bongsu emak.

Sokongan emak dan kami semua terhadap Fini ni memang marvellous dalam semua bab... masa, kewangan, sokongan moral mmg tak pernah padam, apatah lagi memanjatkan doa memohon keberkatan dari Ilahi. Sebagai seorang ibu, begitulah selayaknya emak memainkan peranannya.. walau apapun dan walau siapapun anaknya, doa dan harapan sentiasa dititipkan. Nak apa saja buku rujukan, emak akan sediakan duitnya. Begitu juga kami yang kakak2nya.. sebut apa saja keperluan, Insya Allah akan diusahakan, tak pernah la cakap takde duit. Harapan cuma satu, semoga tiada kekurangan yang membantutkan usaha-usahanya untuk memajukan diri ke tahap yang lebih baik. Begitu juga dengan kemudahan untuk dia ke sekolah. Duit belanja seharian Fini ke sekolah memang tak pernah kering.. malah agak mewah kalau dibandingkan dengan rakan2 sedarjahnya. Kalau kami dulu pegi sekolah yg jauh 10 kilometer tu mengayuh basikal di celah panas dan hujan, zaman Fini ke sekolah, kemudahan pengangkutan meningkat setahap.. emak belikannya motor. Akupun sokong dibelikan motor kerana tempat sekolah Fini tu nak melaluinye terpaksa ikut jalan2 yg kiri kanan sepanjang2 perjalanan dengan kebun getah.. hutan. Kalau Fini naik basikal melalui jalan itu dalam kelam2 Subuh, sudah pastilah hati emak tak akan tenang.. nak pulak dengan pelbagai cerita menimpa anak2 gadis kebelakangan ini yg sadis2 belaka..
*** Jadi, kepada Fini.. kalo terbaca blog ni.. anggaplah bahawa kami semua sentiasa menaruh harapan agar Fini dapat buat yg terbaik untuk diri Fini sendiri. Pendek kata, kalau mahu berjaya.. usaha sepanjang hayat mesti ada. Azam bukan hanya bermusim. Yang penting matlamatnya untuk menjadi insan yg berguna kepada agama, bangsa dan negara juga kepada masyarakat. Dan mampu membalas jasa dan penat lelah emak yang telah memberikan seratus persen komitmennya kepada Fini tanpa pernah gagal walaupun sekali.
Chauuuuuuu... !!

Wednesday, November 5, 2008

Antara Barrack Obama dan McCain


Aku rasa aku antara orang2 yang mengikuti perkembangan pilihanraya bagi memilih Presiden US yang baru. Pada saat entry ini ditulis, telah disahkan bahawa Barrack Obama memenangi pilihanraya presiden tersebut dan menjadi Presiden US yang ke 44 menggantikan Bush!


Jauh di sudut hati aku rasa cam best jugak Pakcik Obama ni menang walaupun umum mengetahui kemenangan sesiapapun dari mereka berdua tak kisahlah Obama ker Mc Cain ker tidak akan memberi sebarang harapan kepada kedamaian di Bumi Palestin.. ya pilihlah sesiapapun, nasib Palestin tetap akan sama selagi pengaruh negara Yahudi itu berpaksi di bumi Amerika. Walau bagaimanapun, mungkin ada cahaya baru untuk negara2 mangsa pencerobohan tentera US seperti Iraq yang mungkin akan menyaksikan pengunduran secara berperingkat tentera US di sana menjelang 2010. Diharap Obama dapat merealisasikan janji2 semasa kempennya untuk mengundurkan tentera US di Iraq nanti.. Sama2 kita tunggu samada masih adakah lagi selepas ini negara2 yang maruahnya akan diinjak2 oleh kuasa besar US yang kononnye menjadi 'polis dunia'.


Eh serious pulak entry aku kali ini... ermm. Oklah tu aje.

Monday, November 3, 2008

Sabtu ---> Hari memasak dan bereunion... ;)

Hari Sabtu baru2 ni mmg jadual aku dah penuh dari awal2 pagi sampailah ke doblas tengah malamnyer. Pepagi lagi dah terjah Pasar Basah di Presint 8 beli 2 ekor ayam dan sotong ada dekat2 2 kg. Ini semua untuk juadah bereunion di rumah Lax pada sebelah malamnyer di banglo mewahnyer nun di Aman Perdana, Klang. Selain bereunion, ia lebih kepada open house sempena Deepavali dan jugak 'house warming' Lax untuk rumah barunyer tetapi dikhaskan kepada rakan2 seperPolian DSK/96 terutama kepada yang berada di sekitar Lembah Kelang.. yang jauh apakan daya.
Ceritanyer aku dengan Lax dah berpakat2 untuk masak nasik lemak.. jadi dia masak nasik lemak, rebus telur, goreng ikan bilis+ kacang bagai... dan aku sediakan sambal2nyer... Lepas dah setel semua membeli belah di pasar, balik rumah Zikri telah menolongku menyiang ayam dan sotong... pendek kata semua kerja2 tu dia buat dari A - Z, aku cuma tukang potong ayam tu kecik2 supaya senang digoreng nanti.. pehtu kerja aku gunting cabai kering.. rebus, tos dan kisar untuk persediaan kepada step2 menyambal seterusnye. Sesambil menunggu Zikri siap menyediakan bahan2 tu, aku buat lah puding jagung berkuah ( hasil dari tunjuk ajar berbelas kali oleh kawanku yang bernama Kak Ti.. asal nak buat jer tepon Kak Ti, mau nyer tak berbelas kali) Dalam kul 2.30 petang tu siap lah semua laukpauk dan juga puding untuk dibawak semasa bereunion tuh. Lepas tu akupun tido tergolek smp kul 5.30.. Haaa gila letih!
Lebih kurang dalam kul 7.45 smp di umah Lax.. yg lain2 belum smp lagik kecuali Lyn dan objeknyer yang tengah membakar ayam. Kamipun ramai2 join aktiviti berbbq di laman umah Lax termasuk lah Jaya sekali sambil berbual2 sementara menunggu rakan2 yg lain sampai.. lebih kurang dalam kul 9 centu kemeriahan mula terasa bila kawan2 semua dah mula smpai kat situ. Memula sampai Ayu dengan Shahril dan Balqis juga parentsnya.. (*Ayu adalah wartawan hiburan di tabloid terkenal bertajuk **tettttttttttttttt**- apa lagikkk start la korek gossip.. ahaksss! Time ni Zikri pun menempel jugak kat Ayu tanya gossip itu ini.. laki aku pun dah start minat gossip pasal artis2 ni.. kehkehkeh) Sesambil berbbq, sesambil bergossiplah pendek kata. Memang hottttttt!! Pastu sementara menantikan kawan lain, pakat2 makan nasik lemak dan sate yg dibawak Ayu.
Tak lama kendian, Ana, Asmir dan anak2 termasuk kaum kerabatnye sampai dgn 2 bijik keta, termasuklah emak Ana dan kak Shidanyer ( yg terkenal seantero Klang Valley ni kot sebagai tukang urut profesional - sesapa nak carik tukang urut best yg dijamin kualiti dan keberkesanannyer buleh la mendapatkan khidmat dari Kak Shida nih yg boleh terus ke rumah kite, kalo dgn nak urut dengan emak Ana kena pegi sendiri kat rumahnyer nun di Ijok sana --> promosi percuma, heheh!) Ok back to the stori, pastu sambung2 lg mkn dan sembang2... kejap pastu Lyn dgn objek pun mengundur diri kerna ada urusan lain. Ha tak sempatlah sangat nak beramas mesra dgn Lyn.
Akhir sekali ketibaan Diana dan famili.. terlambat kerna kenderaannyer buat hal. Xper asalkan sampai.... pastu bersembanglah kitorang semua smplah ke jam doblas malam (Ana balik awal sikit sebab anak dah nangis) Kalo nak diikutkan mmg tak puas ati la sebab rasa macam sekejap jer berjumpa2.. yer la bila masing2 dah ada komitmen nih, mmg terikat lah memasing. Lagipun ada beberapa orang kawan lagik yg tak dapat menjoinkan diri iaitu Tini kerana masalah yang tak dapat dielakkan dan juga Yong kerna anak2 nyer telah diserang demam campak. Kesian memasing.. kalo semua dapat pi reunion tu aku rasa lagik la meriahnyer...
Bila lagiklah dapat berjumpa macam tu.. harapnyer satu hari nanti bila ada reunion DSK96 ni semua yg berkaitan dapat turun dan menjoinkan diri.. Apa2pun aku rs ni la sesi reunion yang paling best untuk kami semua!
Oh ye, gambar2nyer akan diupdet kemudian kerana hari ni Lax telah terlupa membawak kameranyer... Sekian!

Friday, October 31, 2008

Kelupaan @ Kealpaan... ??

Semalam aku berniat hari ni nak puasa ganti. Nak plak semalam aku rasa mcm terlebih makan... bukan makan nasik ke apa ker... semalam aku giler makan pisang, dari tengahari tu aku mkn 5 bijik pisang bertajuk rastali.. selepas tu dalam kul 4 petang.. mkn lagik 4 bijik pisang.. dah dkt2 nak balik, bantai lagik dua bijik.. ha sesikat koooo! Smpkan aku pergi kencing pun urine berbau pisang.. kehkehkeh. chitttt!

Dipendekkan citer... pagi tadi dtg opis, Kak Nik telah mengoffer aku mkn mee goreng.. apa lagik bantai la sepiring dgn secawan neskafe pekat.. tengahari tadi ikut rombongan Cik Kiah yg dianggotai oleh aku, Met dan hubby nyer si Azri (merangkap driver), Fina dah Halimah pi ronda2 di jualan gudang mydear dkt Puchong. Kat situ aku beli barang2 baby sikit pastu sementara dok tunggu Azri dtg amik kitorang... aku dah ketaq lutut kelaparan. Masa nak bayar kat barang pun tangan terketaq2. Huiii!

Nampak jer muka Azri, masing2 sengih smp ke paler lutut.. sebab lepas tu Azri terus bawak gi makan. Apa lagi cepat2 order minum and makan nasik campur yg lauknyer perghhhh gak la. Fuhhhh, sedap giler. Aku lak giler koser, tak cukup dgn fresh orange segelas .. gi up lagi pulak segelas air kelapa muda... smp terdampar kekenyangan kat situ.

Ha balik opis dalam kul 4 sat2 tengah dok pikir2 nak makan lagik.. baru teringat, aku posa hari ni. Huwaaaaaaaaaa.. Ya Allah ampunkanlah hambamu yg terlupa ini. Perlukah aku menyambung balik posa ku @ bukak aje? Rezeki baby kot noo.. isk isk isk! Lalainyer hambaMu ini...

Om Shanti Om (OSO)


Malam Isnin baru2 ni sempena Deepavali keesokannyer.. aku telah mengajak adikku si Fini untuk sama2 menonton citer hindustan yg bertajuk Om Shanti Om. 1st time kot dalam seumur hidup melewat ke angka 30, aku berjaya mencangakkan diri depan tv tengok citer industan memalam.. hehehehe. Aku xtau pun jalan cerita dia cemana. Boleh dikatakan sebab utama aku terlintas nak tgk citer ni kerana ada Shah Rukh Khan. Bukan tak pernah tgk filem2 Shah Rukh Khan sebelum ni tapi itu dah lama dulu.. tapi sejak2 berita sensasi keluar kat sotkabar SRK nak dianugerahkan gelaran Dato', timbul balik keinginan nak tgk lakonan SRK ni..


Setengah jam pertama citer OSO ni pehh teramat la memboringkan ditambah plak dgn watak SRK yg bodo2 alang gitew.. tentang cita2nya nak jadik pelakon ternama di samping minatnyer terhadap bintang ternama pada era 1970an bernama Shanti lakonan Deepika Padukone. Akupun bley lena kejap pastu terjaga balik.. Fini dah bising2 sebab aku yg beria2 ajak dia tgk cerita tuh last2 aku plak yg tido tak sedar diri. Bila terjaga tuh, aku dpt tgk la satu scene di mana heroinnyer Deepika Padukone yg sungguh jelita mautttt... tengah melintas di karpet merah dalam filem tu utk tayangan perdana filem Dream's Girl. Wahhh.. terus mata terbukak luas. Aku tgk dalam filem tu, SRK ternganga mulut tgk betapa jelitanyer si Deepika ni, aku yg kat luar apatah lagik... mmg cantik x hengat!! Sudahnyer aku dgn Fini tunggu smp abis siaran. Ha memang puas ati! Kalo nak tau jalan cerita dia cemana.. bley la beli CD tgk cerita tuh.. best jugak lah. Wahhh pertama kali aku mempomots citer hindustan :D

Thursday, October 30, 2008

Akukah Yang Bersalah?

Petang semalam dah dkt2 nak maghrib.. aku ikut jalan short cut pi amik Zikri kat depan Parcel E sebab bas yg dia naik dari KL tu telah membengongkan diri menukar laluan tak semena2.. patutnyer buleh turun depan umah je. Akupun menyusup masuk ikut bawah perut Alamanda pastu kuar kot jalan besar sana.. masa tu keta berduyun2.... smp kat satu tapik lite susur kiri, lampu tengah merah. Pakat2 stop. Dok sat dah ijo balik, dalam 5 saat dah ijo, keta kat dpn masih tak jalan lagik.. aku pun sabar menunggu kat blakang.. tetiba ada satu jantan keji kat blakang aku bawak Waja telah membunyikkan honk dgn bertubi2.. aku taw niat dia nak sedarkan orang dpn aku pemandu Kelisa (jantan jugak) yg lampu dah ijo.. tp cukup la bagi sekali jer honk bukannyer orang dpn tu pekak..

Bila driver Kelisa dpn aku jalan... akupun jalanlah, tetiba dia turunkan tingkap keta dia.. berpapasan di tepi aku dan terus tunjuk isyarat *F star star star*.. hampehhhh! Sungguh keji. Aku buat tak nampak je memula.. agaknyer tak puas ati sebab aku buat bodooooo... dia buat lagik, pulak tu bukan sekali tetapi bertubi2.. haiiii menyirappppp darahku! Aku rs mesti dia ingat aku yg honk dia bertubi2 tadi.. dah tu pulak, mesti la tercabar keegoan dan kejantanannyer sebab yg honk dia plak pompuan... lengkali tlg siasat dulu. Smp kat satu lagi susur keluar ke bulatan tu, driver Kelisa ni betoi2 dok tepi aku dan terus cakap " Ko ingat ko best sangat ker nak honk2 orang?" pastu lg sekali tunjuk isyarat *F star star star*.. aku mmg hangin tahap gaban terus jerkah dia balik "Sebab aku best la aku tak honk hang... tu jantan kat belakang aku yg sama2 bodoh mcm hang yg honk hang.. pi la marah dia. Tonyokkkkkkkkkkkkkkk" and mamat tu cam terpisat2 sebab aku rs sora aku kuat jugak time tu mengalahkan semua bunyi enjin2 keta kat situ. Dah plak kebetulan lampu dah ijo terus aku jalan.. dalam ati ni hanginnnnnnn yg teramat sangat.. tetiba nun dari jauh nampak Zikri sedang melambai2 ala miss world kat tepi jalan... dengan senyuman manis yg sungguh menawan qolbu.. hmmmm sejuk ati. Takper.. takper..

Thursday, October 23, 2008

Kesilapan @ Ketidakcekapan ATM ??

Dalam masa 2 hari ni, aku berhadapan dgn 2 kejadian ketidakcekapan mesin atm berfungsi secara sepatutnyer. Yg pertama betoi2 kena kat kepala aku, then yg 2nd kejadian terkena kat orang di depan aku tatkala tengah beratur nak mengeluarkan duit..

Citernyer, aku nak g tekan duit kat mesin atm Bank Kepala Rimau... dah masukkan semua pin no dan tengah dok tunggu duit keluar.. kat mesin pun tertera "Sila Ambil Wang Anda" tetiba dalam 15 saat dok tunggu2.. keluar kat mesin "terima kasih" aikkkk.. dah berdebar2 dah aku. Cepat2 cek balik belen dalam akaun.. ha mujur tak terkurang apa2. Sadis!

Pastu semalam, aku beratur kat mesin atm juga dimiliki oleh Bank Kepala Rimau di Kompleks PKNS Billion Bangi. Ada sorang pompuan Cina kat depan tengah dok menggodek2 mesin.. lepas tu tetiba keadaan jd kecoh bila dia keluarkan RM1K tetapi yg dia dpt cuma RM1 ratus.. haruuuuuu!! Pastu cek resit pun tertera pengeluaran RM1K.. kami2 yg beratur pakat la suggestkan dia supaya cek belen.. ha mmg baki terkurang RM1K dari akaun dia. Ada la beberapa orang yg cadangkan dia g buat report bla bla bla... Aku yg nak amik duitpun dah tak jd. Terpikir kalo situasi tu terkena kat aku, mau terduduk!! Terus blah.. dalam ati masih dok pk betapa ngeri and sadisnyer kalo aku yg menghadapinyer. Oohhh tidak!!!

Wednesday, October 22, 2008

Mari Berteppanyaki...


Semalam ronder2 kat Jaskow Ekuin with Zikri.. Memula gi beli ubat kembung perut dulu bertajuk Zellox-II yang telah mengecostkan aku RM11.30.. mmg potong stim, xleh bershopping mopping dgn jitu sekali bila dah kembung perut. Lepas telan ubat rehat kejap pastu jalan2 pusing2 dalam Jaskow tu, ternampak la sehelai kemeja bertajuk Diadora yg ku rasa sungguh hensem tatkala menerai2 kat badan Zikri... apa lg setelah puas berkempen, Zikri pun setuju la membeli (dia yg bayar... aku tukang kempen jer) hehehehe!

Tetiba lapar pulak, singgah kat fudkot.. niat di hati nak mkn nasik goreng cendawan.. tengok gambar kat fudkot tu kemain perghhhh... pastu aku pun pilih tempat duduk, zikri gi order.. tapi oleh kerana hanya ada seorang tukang masak yg jugak merangkap pengambil order dan orang itupun sudah pening kerana ada berbaris kastemer yg dok tunggu nak order jugak sehingga mengkelirukan dia.. jadik menimbulkan rasa kesian di ati zikri dan rasa sekian terima kasih utk membeli kat situ jadik Zikri mengajak aku gi mkn teppanyaki...

Sementara dok tunggu makanan siap, sempatlah aku mengambil gambar tukang masak dan menu2nyer yg hensem jugak dimata ku.. hihihihi! Biasalah bila dah tau ada orang dok snap gambo dia.. lglah mamat ni berusaha mempamerkan skill menggoreng teppanyaki ke tahap zargusss. Apapun mmg sodappplah.. ada dua tiga tempat gak aku try mkn teppanyaki ni tp rasanyer kat Jaskow Ekuin ni la paling sedap.. bukan sebab mamat tu hensem tapi mmg sebab sedap.. ya sedap!! Pada pendapat aku la, kalo bab2 makan ni... ko hensem tara Brad Pitt pun (Antonio Banderas lagi hensem di mataku) tapi kalo masak hampehhhhh tak sedap, memang x sedap jugaklah.. kesimpulannyer kehenseman rupa paras tidak akan dpt membantu!! Sekian.




Friday, October 17, 2008

Perciwian Berganda


Tadi dah lepas bab henbeg.. ni ada lagi satu. yg bersangkut paut dgn majlis raptai yg aku pi sepagian kemarin. Maka pagi tadi.. dengan bestnyer aku naik stage amik hadiah dan sijil penghargaan kerna berjaya menempatkan diriku sebagai salah seorang Pekerja Contoh di jabatan tempat aku kerja nih.. Memang geli ati la, masa naik tu dok pk.. alahaiiiii..... layak ker layak ker.. orang lain muka serious jerrr! Tapi apapun... berbaloi gak la naik stage td.. heheheheh. Dapat seketoi jam and sijil penghargaan... bley masuk service book nih! Amin.
Terima kasih la pada boss aku yg menghargai segala kerja2 dan usaha aku di tempat kerja.. !




Hadiah Tiada Sempena Apa2...

Saja nak ciwi.. semalam merayau di Alamanda masuk kedai Esprit.. saja dok belek2 beg nih pastu cakap dgn Zikri saya berkenan beg nih.. terus dia kata "Takper saya belikan utk awak!" Ehh..... aku bukan berniat nak belipun, tapi Zikri beria2 nak belikan.. jd apa lagik rezeki jangan ditolak. Oklah, bolehlah menggantikan henbeg bundle aku yg dah bertahun digunakan tuh... heheheheh!

Dalam keta aku tanya la ni hadiah ni sempena apa? Sempena hari raya ker.... dia kata tak, takde sempena apa2... saya belikan untuk awak sebab saya sayang awak!" wahhhh... kelasssss. Terimakasih la my hubby yg sungguh hensem.. teramat hensem di cakerawala ini. kehkehkehkeh! I lap u lah!!


Thursday, October 16, 2008

So U Think U Can Dance....

Hari ni saja dah berbelas kali aku tgk klip video ni.. memang mencuit hati. Jadi letak kat sini bulehlah share dengan kawan2 tengok jugak...

Bizi Sepagian

Aku baru je mengadap kerja kat office. Pagi tadi dari jam 9 smp lah 12.30 menghadiri raptai sambutan Hari Kualiti dan Integriti kat tempat kerja. Alhamdulillah.. tahun ni boss telah mencalonkan aku sebagai salah seorang daripada penerima Anugerah Pekerja Contoh... muekekekekek (akak geli ati) ! Sebut Pekerja Contoh ni ntah naper la aku terasa lucu banget. Bukan apa, terasa diri tidak layak sangat2 untuk dpt anugerah tersebut.. maybe my boss ada beberapa kriteria yang telah dipertimbang dan diperhalusi sebaik2nyer sebelum memilih sesiapa jua untuk menerima anugerah tersebut. Jadi sebagai hambaNye, aku bersyukur dengan kurniaan ini.

Wednesday, October 15, 2008

Suka Duka Aidilfitri 2008

Lama tak terjah blog aku nih.. bukan apa sebab dah lama sangat cuti start dari 27 sept smp melarat2 ke 12 okt. haaaaa! mmg raya sakan.. ikut pelan asal bukannyer nak bertapa lama sangat di kampung.. tp memandangkan ada benda2 tak dpt nak dielak jd terpaksa la memanjangkan cuti sekaligus menambahkan lg jumlah2 mc dalam carta kehidupanku sebagai seorang pekerja.. fuhhhh!!

Bila balik kg, mmg aku xleh langsung nak on tenet ke apa ker... sebab kat kg tu.. mana ada broadband bagai.. internet jalurlebar ker takde jalur ke mmg tak pernah smp kat kg.. dulu ada talian telefon bodoh2 utk alternatif menyambungkan ke dunia internet.. kiranya walaupun slow banget tapi bulehla jugak setakat nak online. Tapi dah berbelas kali kabel telefon dicuri oleh insan2 yg tak bertanggungjawap menyusahkan orang seantero kampung smp akhirnyer Telekom pun tak nak pasang lagik kabel2 tu... dah serik kot. Hari ni pasang malam esok lesap.... pastu pasang lagi lesap lagik.. pencurik pulak tak nak insaf2.. hasilnyer kat kg aku tuh tinggal la hanya tiang2 telefon jer terpacak kat tepi jalan sebagai perhiasan. Apa nak buat... jd nak taknak nak updet apa pun kena la tunggu naik kerja.

Berbalik pada cuti raya, berhari raya kat kampung memang best! Aku cuti raya 16 hari termasuk sabtu ahad.. Kirenye cuti raya paling panjang la dalam sejarah hidup aku setakat nih.. setengah bulan kau!! Hari raya tahunni kiranyer dalam sejarah gak la sebab hari raya ke tiga baru aku dpt bertandang ke umah MIL kerana ciritbirit yg agak teruk laa 2 hari sebelum raya smp melarat2 ke raya ke tiga. Dari sehari sebelum raya, raya pertama, ke dua dan ke tiga kerja aku berulang alik p bahagiankecemasan hospital Sik. Doktor pulak asik2 nak soh aku masuk wad jer.. mana mauuuuu raya terdampar kat katil hospital! Jadi sebagai alternatifnya dia soh aku p hari2 ke hospital nak cek tahap nyahhidrat (??) memandangkan aku skang tengah bermuatan berat. Takut la apa2 efek kan.. So redho aje lah.

So oleh kerna aku x dpt gi mana2, hari raya pertama lepas solat sunat raya, Zikri terus mai umah bawak segala kiriman kuih muih, puding2an.. lauk pauk dari mak dia.. hehehhe. ( Tima kasih mak! ) Memang segala kiriman mak mentua aku tu sedap2 belaka, akupun tak menafikan la bab2 masak memasak ni mmg mak mentua aku sangat la berbakat pendek kata.. apa jua air tangannyer memang perghhh and marbelesss belaka! Tu pasal kot kalo kerja2 di dapur ni Zikri lebih berprotokol dari aku.. cekap serba serbi berbanding dgn aku, hahaha! Ye la bakat emak turun ke anak..

Raya ke tiga petang baru la aku terjah gi umah MIL.. di perjalanan amik Umie sefamili termasuk Naim, Ika, mak and makcik dia bawak p beraya di umah MIL. Sembang2 makan kuih raya bagai, pastu mak Umie cakap dia nak jumpa mak aku.. so berderet2 pulak kami ke umah mak aku. Kirenye tahun ni Umie beraya di rumah mak Zikri aka my MIL dan rumah mak aku jugak aka Zikri punyer MIL .. fair and square la! Heheheeh

Friday, September 26, 2008

Kad Raya Versi Blog

Assalamualaikum kengkawanku.. saudara mara, rakan taulan, sahabat handai.. tak kira di mana berada,

Dengan rasa rendah diri, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. Mohon AMPUN dan MAAF atas KESILAPAN serta KESALAHAN yang dilakukan sama ada secara SENGAJA ataupun TIDAK, baik dari TUTUR KATA mahupun TINGKAH LAKU. Juga mohon diHALALkan MAKAN dan MINUM yang diberi. Bagi yang pulang ke kampung, saya menDOAkan agar PERJALANAN anda SELAMAT dan semoga sentiasa dalam LINDUNGAN ALLAH swt. Amin…

Ikhlas,

Naja

*Bercuti dari 27 Sept - 7 Okt 2008

Thursday, September 25, 2008

Penciwian Kasut Raya and Kuih Raya




Kalau dah namanya rezeki....


Hari ni aku dpt sepasang kasut itam yg cantik, bertutup di hadapannyer bertajuk Giamax pemberian Kak Sharifah @ opismet aku.. ha baru terpikir2 nak beli kasut penuh yg bersifat lebih formal utk ke opis. Alhamdulillah, dah dpt sepasang kat aku.. dia kata tak sesuai dgn dia.. segan jugak sebab dia xnak jual, nak bagi macam tu aje.. Tapi kalau dah rezeki jgn ditolak. Ni buat pakai raya pun buleh ni. Hehehe...


Satu lagi dapat sekotak kuih tart nenas. Yg istimewanyer didatangkan dalam bekas yg teramat ekslusif la pada pandangan mataku. Ha esok dah abis kuih tu, bolehlah kotaknyer buat boh keronsang @ apa2 yg seangkatan dengannyer. Heheehe. Ekceli ini utk semua PA2 yg kat sini, kalo kat boss dapat lagi besar.. huh!!

Tragedi Kek Yogurt Pisang

Hari Sabtu baru2 ni, aku try nak buat kek... mmg semangat habis sebab ini kali pertama dalam hidupku setelah 30 tahun... aku nak buat kek sendiri, cam baru ada keinginan dan kemahuan.. selalunyer kemahuan lebih terarah kepada pandang2 and jeling2 kek dalam cermin kat kedai kek jer.. Hehehehe

Langkah pertama sudah bermula bila berjaya membeli mixer, langkah kedua dengan penuh lemah gemalai mengatur langkah ke kafur, alamanda utk membeli barang2 utk buat kek .. walo malas tahap kronik tp aku berjaya gak la beli tepung naik sendiri.. esen vanila.. yogurt dan jugak pisang ( sebab nak buat kek yogurt pisang), dan juga butter, walo pada mulanyer aku agak konpius apa beza butter, keju, marjerin, planta. .dorina.. daisy. hai dkt setengah jam jugak dok belek benda2 ni saja.. isk isk! langkah seterusnyer bila abis shopping terasa penat.. balik tido dulu.

Malam tu dalam kul 11 selepas keadaan senyap sunyi, mulalah aku usung segala mixer dan barang2 ke dapur.. sesambil pasang mixer sesambil tangan dok pegang resepi kek yg aku amik dari manual periuk nasik elektronik ala2 'fuzzy logic' tajuk panasonic.. yg ada menu leh bakar kek tuh. hihihi. pomotssss! langkah pertama masukkan butter 120gram..ayarkk aku xde food scale tuh.. masa nak beli kat kafur td habis la pulak, jd aku kerat dua butter ketul tu sebab berat dia 240 gram... heehehe satu perkiraan yg bagus.. terasa cam sungguh cerdik la saat tu. pastu gula 140gram.. lg satu haru.. jd aku mengagak2 jer la berat gula tu lebih kurang berat butter td.. dalam menu ckp putar gula dgn butter 5 minit smp jadik kembang+ putih+ ringan.... selepas 15 minit pukul, aku tgk gula masih belum hancur... baru teringat patutnyer pakai la gula kastor yg halus tu kan, baru la cepat kembang.. nak plak gula kat umah aku sumer aku sumbat masuk bagian sejuk beku kat esbok takut dihurung semut... ayarkkk, patut la gula lambat hancur. setelah berhempas pulas akhirnyer dkt setengah jam gak baru la kembang bahan2 tadi.. hatipun mula la berbunga2.. masa tu dah dkt kul doblas.

Pastu langkah seterusnyer masukkan tepung naik sendiri 240 gram... Time ni akupun bingung2.. ditambah dgn mengantuk sama dok pikir banyak mana la amaunnyer tepung 240gram td. Pastu terpandang lak lebihan butter yg 120gram td.. Oooo kalo 120gram besar tu, 240gram mesti la 2 x ganda besar butter tu... Jadi akupun amikla secawan setengah tepung tu lalu masukkan dalam adunan tuh... Pastu tuangkan pisang dan jugak yogurt sekali dan putar lagi hingga sebati. OK dah komplit semua, sapukan butter td kat periuk pastu masukkan bahan2 td dan tunggu sehingga 55 minit.. Sesambil dok tunggu kek masak akupun pegi la lipat2 baju, kemas umah bagai....

Cukup 55 minit.. tingggggggg! loceng maut pun berbunyi.. berdebar2 nak tgk rupa bentuk kek aku... bukak la tudung periuk dgn penuh semangat... dalam kepala dok imajin yg kek aku tu nanti akan jd cantik, gebu, kembang dan mempunyai rupa paras yg sungguh ayu la. Sekali..... taraaaaa. Huhuhuhuu. Tahap ketinggian kek tu sama jer masa aku mula2 masukkan bahan2 td.. Rapat je. Punah ranah impian. Terus telangkupkan dalam pinggan pastu mula la dok buat postmortem kat atas kek tu.. belek pi belek mai, baru la terjawap, agaknyer kek aku tu kekurangan tepung sebab masa dok sukat tepung tu aku tak ikut berat, tp ikut cam amaun dia sama besar dgn butter 120gram tuh.. Chehhhh.. apalahhhhh!

Kesimpulannyer kek tu aku dgn Zikri makan sorang sepotong.... sedap gak rs cam ala2 lepat pisang gitu.. pastu terdampar beberapa hari takde sapa layan. Last semalam aku nak amik gambar boh dalam blog ni tgk2 Zikri dah campak masuk tong sampah... tapi Zikri cam biasa bagi moral sapot yg sungguh jitu " xper lepas ni awak buat lagik mesti jadik..." heheheh huhuhuhu hohohoho.

" Mamapijah Makan Shepender? "

Baru2 ini kakak aku sefamili dtg umah utk berbuka puasa sesama... dia bawak la 2 anak, sorang baru boleh heret perut nama Abu Dzar , 8 bulan .. sorang lagi dah besar - dah dkt 5 tahun, Zaid namanyer. Yang aku nak citer ni pasal Zaid lah.

Zaid ni bila datang dia suka la belek2 apa saja kat umah tu... heheh buku ke barang2 Zikri ke... barang2 aku ker, suka sangat xplorer lah pendek kata. Budak2lah katakan... semua benda nak dikajinyer.. heheheh

Jadi dalam kul 8 lebih lepas berbuka puasa tu, dia masuk bilik aku main game kat hp. Sesambil berbaring kat katil.. Pada masa yang sama, Zikri bawah masuk satu timbunan kain yg belum berlipat lalu dilonggok atas katil tersebut. Akupun sesambil melayan Zaid bermain game... sesambil la pilih kain baju nak dilipat.

Tetiba Zaid terpandang maternity panty aku yg ada lapik sapot kat perut tu. Maka terjadilah dialog2 nih :

Zaid : Kenapa shepender mamapijah ada lidah?"
Aku : Tu bukan lidah, tu kain utk support perut sebab baby berat nanti mamapijah sakit perut
Zaid : Shepender mak kita takde tu (takde 'lidah')
Aku : Sebab mak zaid tak peknen dah. Sedap tau sepender nih ( maksud aku bagus la utk aku)
Zaid : Sedap? mamapijah ni penipulah.. mamapijah makan shepender ke ?
AKu : Bila masa plak mamapijah makan sepender ??
Zaid : Tu mamapijah cakap shepender tu sedap....
AKu : Oooo bukannya mamapijah makan...... sedap dipakai. Bukan sedap dimakan
Zaid : Oooooo.. mamapijah cakaplah selesa, kalau baju .. seluar... selesa dipakai, bukan sedap..! Lainkali mamapijah cakaplah betul-betul, jangan jadi penipu lagi. (Tak pasal2 aku jd penipu.. huhuhuhu)
Aku : Ya ya.. selesa. *Hihihihihihi....* Suka atilah Zaid

Monday, September 22, 2008

Peraduan Menamakan Proton MPV Proton

Aku mungkin lah sebahagian daripada puluhan ribu warga Malaysia yang sibuk2 memikirkan nama untuk MPV sulung keluaran Proton..., manalah tahu kalo tuah menyebelahi tetiba dapat sebijik MPV tu. Heh heh Heh.. Jadi sementara dok tunggu bos masuk, akupun tekun mengisi borang pertandingan online... Ermmm.. Setakat ni ada dua tiga nama yg terlintas. Apa2pun tunggu sajalah nanti.

Kepada kawan2 semua, marilah sama2 kita mengisi borang pertandingan... kalo tak jd rezeki aku, mungkin rezeki korang... sapa tau kan. Allah je yg tahu...

Kalo rajin nak cuba, dipersilakan http://www.namakanprotonmpv.com/bm/online_entries.aspx

Friday, September 19, 2008

Kerana Sebuah Mixer

Semalam aku dgn Zikri berbuka puasa di luar nun di Alamanda, sebab tetiba teringin nak mkn teppanyaki dan juga ingin memiliki sebuah mixer. Oklah, selepas siap blend tembikai nak dijadikan jus utk berbuka, kitorangpun terjah alamanda.. Siap bawak bekal, jus tembikai + kueteow goreng Petronas+ buah kurma + buah melaka untuk berbuka.. dah rupa cam orang nak berkelah. Tapi mujurlah sangat bawak bekal satu beg tuh, sebab terjah semua restoran dah penuh.. masa tu baru dalam 6.15, jadi kamipun pi lah dkt D'Rasa.. selepas order teppanyaki ada dkt2 20 minit baru dpt.. Fuhhh, lama tul. Bercinta pulak nak tunggu time berbuka...

Selepas tamat aktiviti berbuka.. kejap jer dalam 15 minit dah setel.. aku ajak Zikri pi Cosway, konon2 nak tgk barang sesambil nak up mixer... dgn harapan raya ni buleh buat kek sendiri. X larat lah nak adun telur + tepung bagai tu dgn tangan.. lgpun cita2 nak memiliki mixer ni dah lama terpendam. Jadi.. selepas sesi belek membelek di Cosway, akhirnyer aku berjaya jugak memiliki sebuah mixer bertajuk Empress dengan harga RM65 + dengan redemption kupon Cosway tuh... Kalo rega asal .. ermmm seratus lebih jugak lah. Insya allah raya ni bley la kot merasa kek buatan sendiri.. dan pertama kali dalam hidup ku nak buat kek sendiri... Wahhhh, akak terasa sungguh kelasss kali ini. hehheh. Best! Best! Best!

Thanks la pada yong sekali lagik kerna berkat menengok kesungguhan yong buat kek kat anak2 dia, maka akupun teruja sama... Hik hik hik!

Thursday, September 18, 2008

Tini telah men'tag' diriku...

Sat2 aku jenjalan kat blog Tini, tetiba telah ditag plak oleh si Tini.. tp ok gak, sebab aku pun takde apa idea nak updet blog aku ni... kurang2 ada gak la benda...

The Who’s

Who Was The Last Person You Talked To? My mom
Who Was Your Last Kiss? My hubby
Who Knows The Most About You? Myself
Who Can Make You Laugh No Matter What? My mom lagik
Who Can You Always Count On? My hubby, My mom, my adik beradiks
Who Has Your Heart? Family
Who Is or Was Your Favorite Teacher In School? Cikgu Mansor - Sek. Men. Vokasional Jalan Stadium, Alor Setar.
Who Is Your Best Friend(s)? Skypers, L, M2, F, R, D, I...
Who Loves You? Family, Friends

The What’s

What Is Your Favorite Song At The Moment? Hayda Mish Ana - Fadi Andrawos http://www.youtube.com/watch?v=SlvEeRKSmvE selera baby kot nih.. muehehehe
What Are You Looking Forward To? My baby's birth
What Is Your Favorite Color? Blue and Green
What Website Do You Visit Most?http://www.chedet.com/ http://drmaza.com/
What Is Your Favorite Smell? Moonflower
What Is Your Favorite Movie? Homeless To Harvard
What Makes You Mad? Depends on the situation..
What Curse Word Do You Use Alot? Cinabengggg
What Kind Of Phone Do You Have? Nokia Pekak and SE W880i
What Was The Last Song You Listened To? Only The Good Die Young - Iron Maiden

The When’s

When Was The Last Time You Went To The Mall? Last week - Mydin Presint 14.. sesak gila. Nyesal! Sentap!
When Did You Talk To Your Crush Last? Can't remember
When Do or Did You Graduate? 1998
When Is The Next Time You’ll Do Something Fun? Hari Raya
When Was The Last Time You Ate or Drank Something? During sahur this morning
When Is Your Birthday? 18 Feb 1978
When Was The Last Time You Went To The Movies? July 2008
When Is Your Parents Birthday? Dad (14 Feb 1948), Mom (8 Feb 1955).
When Were You In The Car Last? This morning
When Will You Be 21? I'm 30 this year
When Will You Be Taking Your Next Vacation? Next year 2009 (Bandung). Harap2 menjadik lerr

The Where’s

Where Do You Live? Putrajaya
Where Is The Best Place To Be? Home
Where Was Your Last Vacation? Bukit Fraser
Where Were You Born? Sik, Kedah
Where Is Your Best Friend? All over Malaysia
Where Was The Last Place Your Were Besides Your Own House? Office
Where Do You Think You’ll Be In 10 Years? Still in Malaysia
Where Is Your Cell Phone? In my handbag
Where Are Your Parents? Sik, Kedah

Sekian, terima kasih.

Monday, September 15, 2008

Air oh Air..

Kejadian hari Jumaat petang masa tu dah dkt kul 6.15.. aku dengan Zikri bersimpang siur kat dapur nak menyiapkan juadah berbuka. Niat di hati petang tu nak buat sambal daging.. goreng telur dadar, masak sawi.. jadilah kan simple2, sesambil Zikri dok menyediakan bahan2 untuk buat mee goreng... Semasa kami dok kalut2 kat dapur.. tetiba perasan lantai dapur basah.. Aikkk. Aku dgn Zikri puas la carik dari mana sumber air tuh.. belek2 la bekas air yg besar kot2 bocor ke pecah ke, pastu gi belek2 pulak peti ais kot2 takung airnyer dah penuh tp peti ais tu haram hampeh takde pun tempat takung air. Kekonpiusan melanda. Tak smp 2 minit, keseluruhan dapur tu dah dipenuhi air.. Abis sumer kabinet2 dapur Zikri bukak kot2 la ada paip pecah ke apa... pun tak jumpa jugak sumbernya. Pastu aku capailah mop tolak-tolak air tu keluar dari dapur, lap kering2..

Pastu seminit kemudian penuh lg lantai dgn air.. , kali ni kitorang carik la bebetoi.. rupa2nyer air tu keluar dari celah2 tiles kat dapur.. sebijik cam mata air, membuak2 keluar. Chehhh paip pecah rupanyer! Akupun terjah la pegi pejabat mentenen kat tepi blok tempat tinggal tu.. sekali, tinggal rangka jer pejabat tuh... kontrak dorang dah tamat nak tunggu syarikat baru masuk. Haru! Naik tu dok pk2 cemana nak buat, sesambil berjalan dalam air la memasak kat dapur. Last2 call tanya sorang member kot2 tau cemana nak buat, dia sajeskan tepon Bahagian Pengurusan Hartanah utk lapor aduan kerosakan. Call sana sini, last2 jawaplah sorang umat nih. Esok kontraktor dtg tgk. Oklah pasrah jer lah kan.. lg pun time tu dah dkt nak maghrib, nak bukak puasa lagi. Sapa nak terjah memalam... Dalam kul 9 tetiba air tu stop keluar dari lantai. Ha lega.. kang tak pasal2 kena bayar bil air melambung.

Esoknyer hari Sabtu dtg le kontraktor tgk... tp yg menjadik kekonpiusannyer setelah dicek2 berulangkali, dia kata kat situ xde salur paip... dan takde sebab air nak mengalir keluar ikut tiles tu kalo bocor kat mana2pun sebab salur paipnyer brada jauhhhh nun di atas siling sana. Hmmm, abis dah nak tunjukpun air tak keluar pulak time tuh. Jadi takde lah benda yg boleh dibuat. Cuma pesannyer tunggu lagi kalo jd macam tu lagi sekali cepat2 panggil dia. Lepas dorang balik, aku belek2 lglah tiles tu.. ada mata air ke kat situ , mmg misteri nusantara betul.

Thursday, September 11, 2008

Hoh!

Pagi tadi dalam kul 2 lebih sikit aku terjaga.. sebab rasa terdengar2 mcm bunyi kuat dari atas rumah, entah di tingkat berapa. Biasalah rumah apartment... siling rumah kita lantai rumah orang, lantai rumah kita plak dah jadi siling rumah orang. Setelah diamati.. mcm bunyi orang tendang pintu. Masa tu hati dah berdebuk-debuk, teringat pulak kes Raja Noraina yang mati ditikam perompak. Lepas tu beberapa minit diam, oklah akupun tarik selimut nak tido.. sekali tengah dok ekjas2 bantal, tetiba dengaq lagi.. kali ni lebih ganas dan brutal... smp bergegar2 rasanyer kepala aku.

Cepat-cepat la aku jengah kuar ke tingkap yg sedia ternganga... dan dengaq lagi bunyi pintu macam ditendang2.. Huiii. Dalam ati ni dah terpikir mcm2.. lepas tu dengaq lagi dan kali ni aku dpt imajin mcm bunyi pintu dah terkopak.. sekali dengaq pulak suara perempuan dok meraung2.... seperti ketakutan, berulang-ulang kali. Ha sudah, sapa pulak dah bikin drama swasta tengah2 pagi buta nih. Aku pun cemas jugaklah, terus panggil Zikri yg tengah sedap tido kat luar... situ la port dia tido dpn TV.. atas sofa berhantu. (Mau tak berhantu, sapa jer dok situ mesti ada rasa nak lelap mata dan2 ). Bila zikri smp kat bilik, suara perempuan menjerit tu dah diam. Aku tanya zikri dia dengaq apa2 ke tidak, dia kata tak. Agaknyer tido nyenyak sangat.. hmmm xperlah. Akupun citer la apa yg aku dengaq tu, Zikri kata "depa gaduh laki bini kot!" tu dia... kalo gitu bunyi gaduhnyer aku rs soheh dah perempuan tu patah riuk tak pun separuh nazak dikerjakan laki dia. Haiii macam2. Sudahnyer... berjam gak aku nak bley sambung tido balik. Dan apa yg aku dengaq tu masih la terngiang2 di telinga aku.. cam tak puas ati jugak tak tau apa cerita di sebalik. Bukan bz bodi.. aku cuma jiran tetangga yg prihatin.

Dot!

Friday, September 5, 2008

Cerita ceriti...

Hari ni dah masuk hari ke 5 umat Islam berpuasa, menunaikan kewajipan dan tuntutan agama. Alhamdulillah, aku dpt melaluinyer walopun ada masa mcm nak terkantoi jugak.. tapi masih mampu bertahan. Dah baby pun sporting.. Syukur pada Allah Taala. Ini juga hari pertama aku masuk kerja selepas bercuti panjang dari balik kg.. Tahun ni sambutan berganda di kg.. sambut merdeka kat kg, 1st day sambut puasa pun di kg. Dapatlah berbuka puasa dengan emak dan adik beradik. Best best..! Rasa macam puas lah jugak dok kat kg walopun kalo boleh nak cuti lagi dan lagi tp bila dipikir2kan cuti nak simpan untuk raya pulak maka dengan berat atinyer petang 3hb tu berangkatlah kami berdua dari kg, sesambil keta ditumpang oleh jiran dpn umah zikri kat kg jugak. Kiranye berempatlah kami dalam keta tuh. Oklah time2 puasa ni ramai2 dalam keta takde la mengantuk sangat.

Aku sempat masak sambal petai dgn ikan bilis untuk berbuka semasa dalam perjalanan nanti, pastu emak mentua pulak bekalkan bermacam2 jenis lauk pauk siap dgn nasik satu tupperware besaq cukup untuk 6 orang makan pun... termasuk la kuih muih. Kami try lalu jalan lama, keluar dari kg aku terus ke Baling ikut Grik , Kola Kangsar dan kuar di Sg Perak.. lebih kurang macam tu la bab2 jalan ni mmg aku tak terel langsung. Dan yang bestnyer berhenti berbuka kat R&R di tepi tasik kat area2 Lenggong tu kot. Best. hehhehe. Best dalam seram sebab orang takdak.. di tambah dgn hujan renyai2 sepanjang perjalanan.

Semalam 4hb, aku terkojol kat rumah, pepagi bangun tak boleh nak jalanpun, kaki bengkak2 dan kejang.. pinggang pun rs cam nak putuih ( ni penangan gulai ikan masin + terung lah aku rs ditambah dgn dok dalam keta lelama )terus sms boss mohon EL, pehtu dan2 dakap bantal dan tido.. bestnyer! Hari ni nak buat lagi mcm tu melampaulah sangat.. hehehe. Jadi nak tak nak terpaksa la terjah mai kerja dgn penuh keberatan nyer.

Wednesday, August 27, 2008

Petua untuk murah rezeki dan dijauhkan kesulitan..

Untuk renungan kita bersama...

Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu,'Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?'

Sang Guru menjawab sederhana, 'Perbaiki penampilanmu dan ubahlah riak mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya.' Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya.

Mulai hari itu, wajahnya sentiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya sentiasa menguntum senyum bersahabat. Riak mukanya berseri.

Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah air muka yang ramah dan penuh senyum.Bahkan Rasulullah SAW menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.

Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, fikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang di dalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang. Wallahualam

Tuesday, August 26, 2008

Ibu.. Ibu.. Engkaulah Ratu Hatiku...

Inilah emak aku, namanya Haznah binti Hassan, umur dah 53 tahun.. ( semoga emakku dan emak kawan2 dan semua emak2 di dunia ini dipanjangkan usia dan diberkati kehidupannyer oleh Allah Taala setiap saat dan minit bergerak.. ) Hari ni dah masuk minggu ke 6 aku tak jengah balik kampung... tak sabar2 nak tunggu wiken ni untuk mula bercuti.. sambut Merdeka kat kampung lepas tu buleh pulak sambut puasa bersama2 di kampung.. Besttttttttt nya!! Oh ye bukan aku saja yg rasa best... Zikri pun!

Sebab bila balik kampung, Zikri pun bley jumpa dengan emaknya jugak. Ini yang untungnyer kawin dgn orang2 dekat.. Dan betoilah segala yang ditakdirkan Allah tu ada sebab musababnye. Sebab sudah menjadi rutin kami bila balik kampung, masing2 akan duduk kat umah mak sendiri smp la habis cuti. Kalo seminggu bercuti.. seminggulah memasing dok umah mak sendiri, bertandang ke umah mentua pun sempat lah tido semalaman lepas tu masing2 balik duduk bawah ketiak mak. Kalo lama bercuti, kekadang jer keluar dating pepetang minum2 kat pekan kecik di daerah kami pastu balik umah memasing. Dulu emak2 kitorang cam peliklah.. Apa kes bebudak nih duduk tak macam orang.. tetapi lama2 semua sudah biasa dan rasanyer emak aku dgn emak Zikripun suka keadaan sekarang.. Dan kamipun tetap bahagia... takde masalah rumahtanggapun. Muakakakaaka!

Bukan apa, time balik kampunglah peluang keemasan untuk berdamping dengan emak sepuas2nyer.. tak kira lah aku @ dia. Jadi kami mengambil peluang ini semaksimum yang boleh kerana masa bersama emak itu ibarat emas.. malah lebih berharga dari emas maupun segunung intan permata. Tak inginlah aku menukarkan ia dengan apapun di dunia ini.. Huhuhu. Syahdunye! Sekali lagik aku ingin menegaskan bahawa kawan2 yg dok dekat dgn emak atau yang tinggal bersama dengan emak itu adalah insan yg paling beruntung sebab hari2 bley merasa kasih sayang emak secara live – ibarat bersiaran secara langsung menerima kasih sayang emak.

Dan, tadi masa cek emel aku terjumpa puisi ni yang tak tau sapa penulisnyer.. sungguh la tersentuh hati dan nurani ku... menusuk jauh ke dalam jiwa nak plak berkebetulan baru je dok tulis pasal emak.


Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!

Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu

Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepatmarah..ibu

Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu
Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu

Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu!"
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu

Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu
Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu

Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine… Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan SelamatHari Ibu
Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan:
Dulu Ibu kata:
"Kalau kamu sudah habis belajar danberkerja…

bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu?
Ibu bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan puncukuplah”.

Berderai air mata.
Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu.
Aku boleh kirimkan.
Tapi Ibu sudah tiada.
Ingatlah pengorbanan ibuuuuu….

Friday, August 22, 2008

Skype oh skype....

Lama aku tak menulis.. ada la kot dkt2 seminggu lebih dah.. bukan apa terkejar2 dgn masa dan jugak tuntutan kerja yang ntah apa2.. tapi kerja ni lah yg mengasapkan dapurku sekian lama... Hehehehe. Oklah, aku setujulah dgn kata-kata bahawa kerja itu adalah ibadat. Bersangkut paut smp kepada hasil yang kita dapat, yg nak masuk dalam perut yg akhirnyer jadik darah daging kita.. Syukurlah kan, sekurang2nya kita bekerja.. bila ada kerja ada gaji, ada gaji boleh bela diri sendiri + kuarga kite, boleh kasik kat mak kat kampung... bley sapot adik yg tengah blajar.. kat luar ramai lagi yg mengusung sijil2 ke sana ke mari mencarik kerja... Syukurrr! Syukur kepada Allah Taala yang memberi rezeki dan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia yang menyediakan peluang pekerjaan ini... ( Upss xde kene mengena dgn isu nak pilihanraya kat Permatang Pauh.... ;) )

OKlah berbalik kepada citer yg relevan dgn tajuk : SKYPE. Seminggu ni terasa amat boring coz Skype yg aku selalu guna utk berkomunikasi dgn kawan2 mcm dah separa tenat. Kejap boleh online kejap tidak, ini adalah disebabkan oleh pengupgredan (ada ker pekataan ni ? ) server untuk menggunapakai sistem baru di pejabat aku... Harap2 keadaan ni takde la berlarutan smp ke bulan posa ni ker kalo tidak harus mentalll aku dibuatnyer. Ni bukan kes curik tulang, tapi sendiri harus mengakui laaaa bahawa skype itu teramatlah efisiennyer dalam membantu melancarkan proses2 kerja... bley bertukar2 fail dgn jitu sekali x payah la faks ka emel ka... sekarang zaman harus serba pantas. Segala proses sebulehnyer nak diselesaikan di ujung jari jer... kalo ada yg masih selesa nak bekerja cara lama, terpulanglah. Yang penting kemajuan teknologi dan juga IT haruslah dipergunakan sebaik mungkin. Selain tu bley jugak tanya kabar berita kawan2 dgn pantas. .x perlu mendail, x payah nak menaip sms.. kredit hp pun tak abis.. pulak tu boleh mendpt feedback yg pantas.. pendek kata amat bermanfaat kalau digunakan sebaik mungkin disertai dgn otak dan akal fikiran yg waras.

Aku berambus dulu. Bye!!

Tuesday, August 12, 2008

Sukur dah lega..

Alhamdulillah.. setelah berhari2 demam dari selasa minggu lepas akhirnyer akupun kembalilah sihat walo tak sepenuhnyer tapi oklah sudah.. sukur2... Mengimbas kembali kejadian demam (macam hari ini dalam sejarah plak) ekceli aku mmg tak sihat sejak dari Isnin last week lagik tapi datang kerja jugak smp ke hari rabu, konon2 demam akan baik dgn sendirinyer.. pehtu dah takleh nak seksa badan sendiri lepas lunch hari Rabu tuh sms gtaw dgn boss.. mintak izin boss nak balik umah berehat. Pehtu hari Khamis pepagi g amik ubat, doktorpun kasik la MC 2 hari termasuk la dengan Zikri sekali sebab dia pun demam jua.. (sehati sejiwa tul la.. demampun sesama ;) .. hehhe), apalagi tergolek terdampar la kitorang berdua kat umah 24 jam. Manapun tak pi.. pastu hari Sabtu tuh, sorang jiran dtg menjenguk sebab dia kata nampak keta kat parking tak gerak2.. kasut kat dpn umah pun tak beralih, tp tak nampak sapa2 kuar dari umah dah dkt tiga empat hari jugak.... bimbang la takut jadik apa2.. ha semangat kejiranan yg sungguh jitu. Hehehe

Semalam masuk office, boss pun tak bagi buat apa2 kerja.. duduk jer menganga kat opis smp la time balik sesambil membelek2 apa yg patut.. tgk balik fail2 lama yg ditinggalkan.. kang lupa terus pulak cemana nak buat kerja. hihihi

Aku rasa tu la demam paling teruk kot untuk tahun 2008 nih, dah terhapuslah sudah rekod bersih tanpa MC ku utk tahun nih.. konon2 xmo la mencacatkan rekod kehadiran kerja dgn deretan MC2.. namun aku hanya merancang yg menentukan Allah Taala jua.

Wednesday, August 6, 2008

Demam.. Huk! Huk!


Tatkala menulis entry nih.. ayaq hidung dgn ayaq mata sama dok meleleh! Semalam dah g kinik sebeno2nye, punyer la baik konon2 pekerja cemerlang la, doct dah offer MC aku plak gatai p cakap xper insya allah esok saya sihat laa... sebabnyer pijak je kaki kat kinik dr asan tuh, bley kata sparuh rs demam itu hilang.. balik semalam pun dah mcm ok.. ni pagi ni mai keje.. muka bengkak, segala kelengkapan2 kat muka pun bengkak laaa.. isk isk isk!


Tengah tunggu boss, x masuk lagik.... nak mintak belas ihsan dia balik rumah after lunch time. Tido and rehat pepuas sebelum meneruskan agenda2 lain pada petang hari...

Tuesday, August 5, 2008

Dalam pejabat ada antuuuuuuuuuu.....



Aku demam.. dan aku tak suka aku demam kerna aku tak larat, tak suka! tak suka! aku rs aku baru je lepas demam.. hukhukhuk! baru je beberapa minggu ni aku dalam kondisi sihat walafiat... ni demam lg.

tp aku nak citer gak satu kejadian misteri yg masih menyelubungi... smalam kat tempat kerja gak around kul 2 centu lepas tido kat bilik rehat oleh kerna aku masih lg rasa tak larat, aku sambung tido kat sofa boss aku ( dia EL), aku harap sumer orang faham dgn keadaan aku la hihihihi .. aku peknen, alasan yg sungguh jitu pada saat2 begini... jadi aku memerlukan rehat yg cukup. dah siap kunci pintu aku pun pi la tido.. baik punyer landing.. dalam pada tu mata dok pejam celik.. dalam sepet2 mata tu nampak lagik la kerusi meja bos aku pastu tetiba cam ada satu bunyi petir... huuu terkejut, rasa cam bengang2 jugak telinga. dan2 plak antara sedar dgn tidak tuh ( tp aku rasa 70% sedar la ) ada cam sora orang gelak kuat sangat.. penuh satu bilik bos aku tuh... pehtu cam bilik tu jd tunggang terbalik.. kejap keadaan jadi gelap dan cerah berulang2.. cam mimpi pun ada.. pastu sora gelak2 tu makin kuat.. makin ganas la gelaknyer.. aku nak bukak mulut, nak cakap la allahuakbar ke apa2 ke tp tak terkuar.. last2 apa yg aku dpt buat ialah membaca ayat qursi dalam ati 2x.... baru keadaan tenang dan suara gelak2 tu semakin menjauh.. sehinggalah aku boleh gerak kakitangan aku... dan barulah aku sambung tido smp kul 3... mungkin ni la kot yg orang dok kata "kena tindih" ngan hantu. tp ada ke pun hantu dlm tu... misteri misteri! @ mungkin kerna badan tak sihat, maka aku mimpi mcm tuh.. tp mimpi kah aku?? xpela biarkan... walaupun aku rs seram jugak. Ini baru betul punyer X-Files!!

Monday, August 4, 2008

Malam Minggu & The X-Files: I Want to Believe

Sabtu malam baru2 ni... oleh kerna boring2, aku meminta ijin dari Zikri pergi menengok wayang.. kebetulan plak GSC sekangkang semut jer jaraknyer dari rumah aku. Masa tu on the way balik dari Kajang selepas membelasah sate berbelas pucuk. Nak ajak dia tgk sekali.. takde maknanya. Jadi dia pun dgn jitunya mencadangkan kat aku satu idea yg amat bernas sekali " Cuba tepon Kak Ti, kot2 Kak Ti free... kalo p sorang2 xleh " Masa tu dah 9 mlm laaaa.. akupun tanpa membuang masa mengecall Kak Ti. Dan Kak Ti plak terus ok.. apa lagik smp umah naik bersiap2 bagai ribut... terus kuar.. meninggalkan Zikri yg setia melambai2 di balkoni :D

Smp GSC dah kul 10.10.. dok belek2 tgk citer apa lagik yg available.. sekali tgk jadual sumer nak start tengah mlm. Kcuali satu citer yg baru start jam 9.50 yg bertajuk seperti di atas. Atas cadangan Kak Ti, kamipun berrtanya la kat kaunter kot2 boleh lagi terjah masuk walo dah start 20 minit yg lepas kan... biasa la tolak iklan ding dong bagai mau 10 minit gak.. so yg terlepas cuma 10 minit. Ha, berkebetulan sungguh bernasib baik gak la walopun sumer tempat duduk dah penuh tinggal tiga pat ketoi jer seat dpn... kitorang memutuskan utk meneruskan hajat di hati.

Haaa, ni yg aku nak marah dgn citer X-Files kali nih... alahai, sungguh la tidak menepati jangkaan. Aku dulu peminat setia gak la siri X-Files nih, bila tgk filem mesti la otak dah set nak tgk la kelibat2 alien @ apa2 yg seangkatan dgnnyer.. sekali..chaitttt. Citer blur kodok yg sungguh tak relevan. Citer sindiket antarabangsa yg memperdagangkan organ2 di pasaran gelap.. dan pembunuhan bersiri.. dah banyak filem buat citer nih.. sudah laaaa. Aku bley beri 1 bintang serpih2 la untuk filem nih. Tapi ada gak la beberapa adegan yg mencopotkan jantung namun bukan faktor penyelamat.. pehhhh. Kepada kawan2 yg nak tgk citer nih.. aku cadangkan korang bukak kartun Tom and Jerry lagik best. Sungguh la tak percaya cenggini kisahnyer X-Files yg terbaru..

Abis citer tu dkt2 kol doblas.. tepon zikri soh dia temankan aku menghantar Kak Ti balik umah, sebelum tu singgah lepak2 kedai mamaks.. aku order minuman.. teh, milo.. bungkus air barli... heeheheh. Kak Ti pun terkebil2 menengok skema peminuman ku... Hihihi. Dah kul 1++ centu antar Kak Ti balik ke umah dia di Flet Antarabangsa. Pastu kitorang pun balik la ke umah sendiri.. tamat la sudahhh...

Thanks la kat Kak Ti yg sudi meneman dan sama2 bersengkang mata di kedai mamak. Jugak tuk Zikri yg pestaim dalam tahun ni berjaga smp tengah2 mlm melayan kerenah isterinyer yg tak berapa mithali nih.. hehehehe



Selamat Pagi Isnin 4 Ogos 2008

Pejam celik... pejam celik dah lebih separuh 2008 berlalu. Rasa macam kejap sangat tahun ni berlalu.. baru je rasa tgk percikan bunga api tahun baru...

Pagi tadi masa mata masih dok sepet2 celik dalam gelap tetiba ada sms masuk.. uiii, sapa pagi2 buta nih. ati berdebuk-debuk.. manalah tau. Heee, tgk2 boss aku yg sms.. maklumkan dia EL hari ni sebab spek mata dia patah dipijak anak buah. apa nak buat, boss aku tu rabun kronik jugak rasanyer.. takde spek mata cemana nak drive pun.. pehtu soh en mat (2nd boss) chair satu meeting yg sepatutnyer dia yg menjadik chairperson... ok ok, aku rs sumer orang suka boss aku tak chair meeting tuh.. sebab boss aku ni kalo meeting start kul 9 pagi.... habis tak habis nun kul 3 nanti baru la pakat merangkak kuar dari bilik meeting dgn wajah2 pasrah.. paksarela. hehehe

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Deyyyyyy.... merdeka lambat lagik!

Friday, August 1, 2008

Panasss.. Panasss!


Semalam aku makan lamb chop di Cyberjaya kat satu restoran nama Paddy House. (Rumah Padi?) Sedap tak terkata laaa dan huiii penuh sepinggan... tp yang harunyer.. lepas mkn tu dan2 sakit kepala and kepanasan. Balik umah dah Maghrib, terus mandi lama2 konon2 untuk mengurangkan sikit kepanasan. Sudahnyer... dari kul 9 mlm smp dkt2 nak cerah pagi ni ( masa tu dah dkt kul 4 kot), ada dkt 8 kali aku berulang alik p mandi.. rs cam badan ni dah jd mcm batu tungku... berbahang2. Baby dalam perut pun bergerak aktif ke sana kemari dari awal mlm tu smp ke pagi jugak.. puas la aku pusing ke sana ke mari mencari posisi tidur nan sesuai, sian baby.. aku rs dia pun panas agaknyer... ntah2 dok berkepak mintak ekon dipasang dalam perut.. hihihihi

Lepas ni harus gak la aku mengekang keinginan utk mkn lamb chop lagik.. tunggu dah bersalin nanti ok kot. Sebab dulu2 mkn purata sekor kambing sekali bedal (muahahaha.. tipu tipu) ok jer takde apa2 problem yg timbul dikemudian hari.
P/s* Ekceli gambar kat atas tu bukan la gambo lamb chop kat Paddy House yang aku pergi mencekik semalam... cuma hiasan semata takde kena mengena dgn kambing yg hidup @ yg dah golllll....

Wednesday, July 30, 2008

Citer malam tadi..

Semalam lepas balik kerja.. boring takde mender nak buat kat umah (padahal rumah aku dah jd cam sarang binatang2 liar.... keh keh) aku ajak zikri kuar la... p basuh keta ker.. mkn2 kat luar ke... mula2 dia kata tak larat, pehtu agaknyer kesian kot... dia kata OK. Pehtu gi la basuh keta dulu kat Bangi, tunggu smp dkt nak maghrib baru siap.. adehhhhhh dkt sejam gak tunggu kat tempat basuh keta tuh... ni yg malas basuh keta, biaq belemoihh pun tak pa laa. tp keta tu dah tahap tak nampak rupa keta.. cam rupa bulldozer jer... dgn selut, abuk.. tanah.. taik2 burung berpeta2.. iskkkkkk. selesai la sudaaa satu bab.

Pehtu hala balik dok cari tempat mkn.... terjah je la Billion, malas carik tempat2 mkn aku cadangkan makan fasfud. Lepas mkn sumer p belek2 baju baby... Haaa citer belek baju baby ni dah berkali2 tp tak pernah terbeli, tp semalam belek punyer belek terberkenan sepasang baju corak itik.. tajuk Anakku. Comei.. heheheh tangkap la sepasang... dengan taburan corak2 itik yg sungguh sedap mata memandang, hmm jd ibu itik la aku sikit hari nanti, pehtu tengok topi comel jugak tapi tak beli lg.. takper itu lainkali. Pehtu beli mittens and bootees (kesian aku.. baru semalam aku tau benda tu orang panggey mittens and bootees) selama ni mmg xpernah amik port pun apa nama dia. hehehe

Dah maleh menengok2 baju tgk plak la set tilam and bantal baby. Dalam ati nih konon2 nak buat sendiri la nanti.. yer la 1st baby kan biar la merasa hasil kerjatangan ibunyer yg sungguh mithali ini, pehtu bila zikri tanya nak beli ke tak aku cakap la kat dia " takper takper... tilam and bantal baby xyah la... nanti saya buat sendiri.. beli kain isi kekabu jait sendiri, senang jer tuh.. " pehtu jawapan zikri kata kat aku " ya la tu nak jait sendiri... baju raya awak hat tahun lepas pun tak siap2 smp skang.. ni dah nak mai raya balik nih ".. wahahahahahah! sungguh la kan.... suami ku memberi galakan yg sungguh jitu sekali. moral sapot yg baikkkkkk punyer! aku amat terharu akan kemithaliannya. timakaseyyy kerana memahami diriku. (nampak gayanyer kena beli la nanti..... ) Sudahnyer shopping dkt2 sejam... itu jer la sepasang baju yg aku beli. Baju utk anak itik dari ibu itik.. ;)

Tuesday, July 29, 2008

Rezeki di pagi Selasa..


Tadi masa sibuk2 buat kerja kat opis tetiba ada sorang kakak ni aka opismet ku jua telah mengecall " Naja.. akak nak bg samting kat Naja. Tunggu yeeee.. " heheh akupun dgn penuh kesabaran dok menunggu2... dan hasilnyer seperti yg tergambar di atas itu. Sedapnyeeeeeeeee...... sunguh menyelerakan. Terima kasih Kak Tim kerana menyedekahkan sepastik buah rambutan yg sungguh segar bugar gitu... Aku cam terkesima kejap... " Akak, nape akak bagi Naja buah ni ?" ye la sebab Kak Tim ni dgn aku mcm ala ala je.. baik sangat pun tidak, jahat tu takde la. Hehheheh. Dia nyer alasan, " semalam akak mimpi Naja nak mkn rambutan.. Naja kan peknen... akak bawak la lg pun kat umah akak banyakkkkkk"..
Tolong.. lepas ni mimpikan aku nak mkn yg lain pulak... he he he

Monday, July 28, 2008

Mengidam...

Sehari dua ni.. ada sejenis makanan yg bila aku bangun tido je mesti terlintas di pikiran.. Kadang2 terjaga di tengah malam terkenang2 akannye.. smp susah nak tido balik. Ikan tamban kering buat masak asam.. aku rs lauk ni lasttttttttttt mkn zaman aku kecik2 dulu laaaa. Masa darjah2 lagi.. dan yg memasaknyer dah tentu emak aku. Ni nak tak nak kenalah tunggu balik kg ujung bulan 8 ni utk merasa air tangan emak. Huk huk ! Kiranye ni benda ke dua la yg aku teringin sangat nak mkn waktu2 membuyong... (bermuatan berat - kata Tini).


Hari tu masa awal2 pregnant mengidam nak makan ayam kampung masak lemak cili api. Dah langsai sudah satu bab mengidam. Thanks kepada Yong, bestprenku* (kekkkeke) kerana telah berjaya merealisasikan impianku itu.. walopun aku yg masak, tp masak kat umah dia... bahan2 dia yg sediakan.. aku jd chef import sekejap kat umah dia.. mengaplikasikan sgala periuk belanga dia.. Timakaseyyyyyyyyy kawan!! Tak lupa jugak Miza kerna pos kan kacang cerdik+keranji salut gula. Bestkan... layannnnnnnnnn!

Hobi yg dikitar semula...



Hari Sabtu jalan2 di Alamanda sesorang sebab Zikri kena jd crew kenduri rumah jiran.. Kiranyer seharian bertugas. Aku plak bosan bukak tv tutup tv.. last2 capai kunci keta pergi meronda. Kat sana merayap2 kat butik barang baby. Hehehehe.. Kira cam hobi lama yg berputik semula, bukan apa dulu masa 1st year kawin, aku mmg rajin jenguk tempat2 cenggitu.. alih2, tunggu punyer tunggu, yg dinanti tak kunjung2 tiba.. jadi minat tu terpaksa dikuburkan begitu saja... Ni selepas sekian lama, barulah aku start balik hobi tuh tp skarang sudah blur.. Selalunyer kat umah beria2 pikir bila pergi nak beli apa yg patut, tapi sudahnyer bila dah ada di sana, balik dgn tangan kosong jugak, tengok punyer tengok takde satupun yg dibeli. Mungkin belum betoi2 sampai masa kot, mana tau nanti bila dah perut 7-8 bulan haaaaa setroli pakaian baby diborong. Dalam dok jenguk2, terberkenan dgn gown di atas... cantik, cam puteri2 gitu.. tp baby yg bakal dilahirkan nanti belum tahu jantinanyer.. ni kire cam naluri awal seorang ibu kot. Tak kisahla, yg penting nanti, baby lahir sihat walafiat, sempurna segala sifatnye. Amin.

Thursday, July 24, 2008

Teknik Pemasaran Yang Keji... Bacaan Untuk Wanita2 Sahaja


Lama dah aku nak share benda ni dgn kawan2... rasanyer ramai yg tau samada pernah tengok @ pernah guna tuala wanita (sanitary pad) herba yg ada bau rempah2 bagai ... Ada pelbagai tajuk di pasaran. Tapi aku nak bg taw ni pengalaman dari menggunakan satu jenama *tetttt* beberapa tahun lepas laaaa.. Bukan kerna terpengaruh dgn tukang pomots yg mempomosikan produk nyer smp ke tahap gaban tapi lebih kepada nak tau sejauh mana kebenarannye...

Kalo pegi mana2 expo ker jualan2 pejabat ker.... ada la berbilang2 booth yg menjual menatang alah nih. Dah gitu yg tukang pomots nyer ialah abang2 bermisai lebat... hebat sungguh bercerita tentang keberkesanannnyer.. konon2 badan akan terasa lebih cergas.. mmg kesannya sangat ketara berbanding pakai pad biasa ( kadang2 nak tegelak jugak... dia nih cedok skrip bini dia ker @ sendiri try? lg konpiusss) pehtu siap ada dakwa dakwi mengatakan kalo sakit pala bley tempek la pad herba ni kat dahi buat cam koyok tuh.. hukk alohhhh! Pehtu kalo makcik2 yg dah berpuluh tahun putus haid aka menopos pun bley dapat balik period kalo pakai pad herba nih.. Huyohhhhhh hebat. Ada satu tu yg paling menarik, bila pakai nanti datang bulan akan keluar semua darah kotor... "kaler darah tu dik, hitam gelap tak mcm darah biasa. itu mmg darah penyakit tuh, pakai pad biasa mmg takkan keluar penyakit nih, habiskan duit lagi ada .. ha abg konpom, kalo pakai ni semua penyakit2 dlm rahim bley ditarik keluar..." fuyoh!! Walopun sangsi, aku beli jugak kerna bergelodak jiwa nak tau sejauh mana kebenarannyer..

Pehtu satu hari bawak balik rumah, aku amik pad biasa dan pad herba ni letak sebelah menyebelah dan try la buat eksperimen sendiri.. cucuk jari dgn jarum sikit amik darah.... pastu titikkan satu kat pad biasa dan satu lagi kat pad herba.. hasilnyer, darah kat pad biasa nampak cam warna darah sebenar tp darah pada pad herba jadi segelap2 kaler.... Jadi terjawaplah satu soklan, sebenarnyer bukan pad tu yg menarik kuar darah2 berpenyakit smp jadi kaler itam melainkan ada bahan2 di pad tersebut yg menukarkan warna darah menjadi gelap kehitam2an.... so nampaklah konon2 amat berpenyakitlah kita ini. Dengan cara ini dapatlah mereka ini mengabui mata pengguna yg sentiasa mencari produk2 terbaik untuk kesihatan diri dan secara tidak langsung meningkatkan la produk jualan mereka.. Cerdikkan ?? Pada aku la satu jer kelebihan pad herba ini ialah bila menggunakannyer terasa nyaman.. cam pasang ekon. Hehhhee. Lebih dari tu rasanyer sumer sekadar dakwa dakwi semata2 utk melariskan produk. Oleh itu, sekian...