Wednesday, December 9, 2009
Serai dan Jaskow
Friday, December 4, 2009
I Dah Bley Drive Tau!!
Ini adalah gambar Rumaisa yang terkini. Sekarang dia sudah dapat kaki... jalan sana sini! Kalau dalam kereta, istilah 'gila stereng' sesuai la kot untuk dia..
Semoga anak emak membesar menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Menghormati ibu bapa, kaum keluarga dan masyarakat. Aminnn...
Monday, November 30, 2009
Gaduh Laki Bini.
Monday, November 23, 2009
Aku dan Sesuatu..
Thursday, November 19, 2009
Ikan Bakar Lemon
Jelita tak rupaparas ikan bakar ni ? Hasil pembikinan Zikri... aku tukang makan ajeeee!
Wednesday, November 11, 2009
Kecik Atiku okey.....
Monday, November 9, 2009
Mangifera Foetida Lour - Buah Yang Menimbulkan Keceriaan?
Thursday, November 5, 2009
Kucing dan Pisang
Monday, November 2, 2009
Trajidi Oktober!
Entry Khas untuk Kak Na
Wednesday, October 28, 2009
Kandang Oink! Oink!
Friday, October 23, 2009
Bye2 Dell, Welkem Hewlett
Tak guna banyak cerita, emel di bawah menerangkan segalanye. Selepas ini, daripada Pakcik Dell yang sudah lembab dan semput2, aku akan dpt boyfren baru yakni Pakcik Hewlett Packard plak yang tentunyer prestasi dan persembahannyer lebih mengkagumkan... ahakkkss!
Bukti keciwian :
From: Mohamad Syaiful Naim Bin Abd Sattar
Date: 10/22/09 12:34:58
To: egag@.......
Subject: Penukaran PC baru untuk semua staf EGAG.
Assalamualaikum,
Tuan/Puan
Penukaran PC baru untuk semua staf EGAG akan dilakukan secara berperingkat bermula pada hari ini dan esok, sehubungan dengan itu semua staf dikehendaki melakukan backup data yang terdapat dalam pc masing-masing.
Harap maklum.
Terima kasih.
Mohamad Syaiful Naim Bin Abd Sattar
Unit Teknikal 2
Projek Aplikasi Kerajaan Elektronik(EGAG)
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Tel : 03 88821232Faks : 03 88821222
msyaiful@........
Thursday, October 22, 2009
Sejadah Berdiri atau Didirikan ??
Tuesday, October 20, 2009
Akhirnye
Monday, October 5, 2009
.....
Aku cuma letih dan terasa seperti ingin bersendirian untuk beberapa jangka waktu yang aku harap tidak berpanjangan..
Thursday, September 17, 2009
Selamat Hari Raya
Kedatangan hari Raya disambut dengan bermacam2 perasaan.. bergantung kepada environment jugak.. ada yg hepi, ada yg tiba raya je mcm nak berperang laki bini sebab berebut giliran.. sebenarnya kalo ikut giliran takkan jadi perang tapi masalahnyer kalo ada satu2 pihak yang asik nak giliran rumah keluarga dia aje tiap kali beraya... tak adil kan. Dah nama pun berumahtangga, kenalah bertolak ansur.. Aku timbulkan soal ini kerana kesian pada seorang kawan yang dituduh derhaka kerana enggan ikut suami balik beraya di rumah mentua pada tahun ini, padahal tahun lepas sudah beraya di sana. Suami pula bila time nak raya ni lah tetiba jadi tidak matang.. Mementingkan diri sendiri, ikut emosi. Asyik pentingkan emak sendiri.. Hukum ikut suka ati.. Menangis jugaklah kawan ni. Asyik dia aje yg berkorban perasaan.. Pada fikiran aku yg tak cerdik sangat ni, aku rasa hati ibu kenalah dijaga kedua2 belah pihak tidak kira ibu sendiri atau ibu mentua. Tak ada pulak dalil-dalil atau nas-nas dalam Al Quran mahupun hadis yang mengatakan hanya hati ibu di sebelah2 pihak tertentu je yang perlu dijaga.. sedangkan lagi satu kita boleh abaikan.
Thursday, September 10, 2009
Perempuan Cantik
Dalam dua tiga hari lepas, setelah tawaf satu pasar ramadhan di perkarangan Billion Bangi tu tetiba aku kelaparan biskut makmur. Ini adalah kerana aku telah tergoda dengan satu gambar yang telah ditunjukkan oleh Fina dalam satu website yg memaparkan kegebuan dan kemontokan biskut itu. Fuhhh...
Dengan mengusung Rumaisa yg sekarang beratnya sudah mencapai 8kg++ (semput aku..) sekali lg akupun tawaf la di lobi Billion itu berpusing2 mencari biskut makmur, namun hampa jua adanyer. Mata beralih pula melihat baju kurung kecil, belek2 sekejap kalau2 ada yang padan dengan Rumaisa. Tetiba dari jauh mata aku nampak seorang perempuan yang cantiknyer wahhhh.... mmg tak kelip mata. Hehehe. Kulit putih gebu, pendek kata segala2nyapun gebu la. Solekannya pun agak tebal, sekali tengok mcm Elizabeth Hurley dalam versi Melayu. Rumaisa pun tertoleh2.. perasan kami memerhatikannya, dia pun melemparkan senyuman yang sungguh menawan. Selepas itu akupun sambunglah belek2 baju kurung.
Tetiba perempuan cantik itu menghampiri kami, tersenyum2 dan mencuit2 Rumaisa.. Rumaisa pun apa lagi terkekeh2 ketawa.. suka gamaknyer. Dan.. "amboiiiii, comelnya baby. Sapa nama dia ni akak?" Aku terkujat2.. Rumaisa pun dari sengih2 suka td terus berkerut2 mukanyer.. tetiba keruh air mukanya mcm mahu menangis. " Heheehhe.. nama dia Rumaisa. Ala, semua babypun comel..." jawap aku. "ohhhh..." lepas itu dia menghulurkan tangan mahu mendukung Rumaisa tetapi cepat2 Rumaisa mengelak. "Jual mahal baby ni... menyampahhhhh akak!" guraunyer sambil menghadiahkan satu das tepukan di bontot Rumaisa. Lepas itu dia pun membye2 kami berdua sambil berjalan lenggang2 itik berlalu.
Sungguh tak sangka, perempuan cantik yang kami berdua terkagum sebentar itu rupa2nyer... hehehehehh! Body dah terliang lentuk, kalo tak kerana suaranya yang macam honk lori tayar 18 itu, sah kamipun tertipu. Kekadang kepalsuan mmg mengabui mata :D
Friday, September 4, 2009
Ramadhan Yang Blues...
Thursday, August 20, 2009
Blues Untuk Aku
Raya pun dah dekat, dok hitung hari raya je.. posa blum tentu lepas semua. Tapi Insya Allah tahun ni kalo takde aral melintang, penuhla puasa patik. Hikhikhik!
Skang ni pi mana2 supermarket, superstore.. segala2 super dan yang tak berapa nak superpun la pendek kata semuanyer dah sibuk jual barang2 utk buat kuih raya, kek.. bekas2 kuih, kekacang untuk buat biskut.. pendek kata segala yg relevan utk sambut raya semuapun dah jual tinggal lagi nak membeli.. Untuk sambut posa.. ada la berkotak2 kurma nak tajuk apa semuapun ada.. Yusuf Taiyoob ka, DAM ka.. jenama2 yg tak pernah dengaq pun ada.
Citer pasai Yusuf Taiyoob, iklan dia tu... dah lama iklan tu diulang tayang.. bertahun dah. Pada pendapatan aku yg tak campur dgn pendapatan kawan2 lain la... Iklan Yusuf Taiyoob tu cam serba tak kena je pembikinannyer... berbisik2.. cam terpancar aura erotik kat situ. Mungkin la niat dia baik, nak pulih balik semangat yg letih lesu setelah seharian berpuasa.. berlapar dahaga bagai. Itu jer la kebarangkalian positif yg dapat aku pikiaq.. mungkin la kan. Dulu sekilas aku tengok iklan tu, ingat ka iklan ubat kuat ka.. makjun lintah pacat semua.. puihhhh, rupanyer iklan kurma. Laaaaaa!
Aik terbebel plak dlm takde2 mood tuh.. oklah sekian!
Wednesday, August 12, 2009
Takut Bini?!
"Wahhhh.. rajinnye laki dia. Time tak keje, memasak kat umah, " puji seorang rakan terhadap suami seorang lagi rakan.
"Rajin apa kebendanye... takut bini la tu!" seorang lagi rakan juga dengan bangganya melontarkan pendapat dia yg dirasakan paling bernas di cakerawala ini.
Persoalannya, benarkah lelaki yang rajin memasak di rumah itu takut bini? Aku langsung tidak setuju. Aku rasa kenyataan lelaki memasak kerana takut bini itu adalah satu kenyataan bengong semata2.. kerana apa? Kerana selama ini tugas memasak secara budayanya adalah tugas kaum wanita ? Jadi apabila kaum suami cuba2 membudayakan acara masak memasak dlm agenda rumahtangganyer, orangpun akan mengutuk dan mengata. Zaman ini ramai sudah yg berfikiran terbuka dengan fenomena ini tetapi rupa2nye ada segelintir lagi puak yang suka duduk di bawah tempurung.. seperti katak ( katakpun dah x larat nak duduk bawah tempurung), pendek kata mmg kolot sungguh la mana2 orang yg berfikiran seperti itu.
Mungkin sebab itu juga maka ramailah lelaki liat ke dapur nak tolong2 isteri memasak, takut nanti dicap takut bini. Aku cam berminat nak kaji sapalah yg mula2 menerapkan dalam fikiran kita ni "suami yang memasak di dapur tu suami yg takut bini". Kalo berjumpa orang itu, teringin sekali aku menyepak dia bertubi2..
Haihhhh!!
Monday, August 10, 2009
Aku di'tagging' Yong
1. Nak tau sangat nama singkatan, umo dan dok mana?
- Naja or Fizah, mana2 pun buleh.. Kat opis mmg Naja, kalo sebut Nurhafizah memang menggagau orang carik.
- Umo adalah 31 tahun pada 2009
- dok Putrajaya
2. Tiap2 hari buka blog? Biasa kul berapa dan lama tak ?
- Dibuka hanya pada hari bekerja sahaja tidak termasuk cuti hujung minggu dan cuti2 umum. Heheh.
- Beberapa kali dalam waktu pejabat, selalunya selepas semua kerja2 urgent kat opis ni setel iaitu dlm kul 10 ke atas.
- Lama @ tidak bergantung pada tahap kelapangan pada hari tersebut
3. Bila dah on blog, apa yg korang buat ek???
- Baca entry terbaru blog kengkawan sesambil tinggalkan komen, pastu tengok komen2 kat blog sendiri sesambil membalas dan sesambil mengupdate.. fuihh banyaknye sambil2.. time ni rasa cam editor akhbar plak ;)
4. Pernah tak sedang asik melayan internet korang terabaikan sesuatu?
- Pernah sekali sekala, ada satu masa tu leka membaca satu artikel menarik smp terlupa bos soh buat satu benda urgent, sekali dia jengoi dari balik pintu dengan pertanyaan " dah siap?", barulah teringat. Dengan muka konfidennya terus kaver dengan jawapan "Ok boss sikit lagi, 10 minit lg saya letak atas meja boss" ha lepas tu mmg mcm lipas kudung siapkan kerja dlm 10 minit, mujur.. Bersyukur aku berada dlm bidang nih... hehehehe
5. Macam mana korang masak mee meggie ek?
- Paling ringkas - masukkan megi dlm mangkuk tadah air paip, tekan2 bg dia lembut sikit pastu krappp krappp krapp.. rangup u! Pernah sorang member bg soklan maut "Ko tak muntah darah ker mkn megi centu?" Alhamdulillah.. belum lagik la!
- Tak berapa nak ringkas - tumis bebawang, goreng megi dulu pastu baru tambah air+telur dan sawi.
6. Hubby korang tau dak korang ada blog ni.. pernah tak hubby korang baca blog korang??
- Tahu dan membacanye tp xtahulah hari2 @ sesekali singgah. Ada gak masa2nye dia bg komen, teguran kalo2 aku terover.. yeahh, sungguh harmonis di situ, heh heh heh!
Sekian, itu aje. Aku nak tag plak Fina, Met dan Rosmiza Pandai Kraftangan.. ;)
(eh.. cemana nak buat link tu? smp kesudah aku x pandai... )
Thursday, August 6, 2009
Festival Floria Putrajaya 2009
Pemandangan adalah sangat cantik pada waktu siang, tapi malam rasanya lagilah cantik sebab bercampur dengan simbahan cahaya lampu yg menjadi sebahagian daripada tema hiasan di taman masing2 yang dibahagikan mengikut kementerian, jabatan2 kerajaan dan juga swasta serta sekolah.
Kepada yang masih belum berksempatan mengunjungi dan berkesempatan untuk berbuat demikian, anda adalah sangat dialu2kan. Heheh.. di bawah ini ada 2 keping gambar yg sempat aku snap. Selebihnye kamera hp tidak membenarkan kerana gambar menjadi kelabu dan sangat tidak cun untuk ditempek dlm ini. Nantilah bila2 senang aku akan import gambar dari kamera Zikri.
Kalolah boleh bela sekor ceni.. agaknye hari2 aku menapir di situ. Bahagianye!
Oh ye, aku pi pesta tu pada hari Sabtu, hari mula2 berlangsung.. walaupun pengunjung adalah tersangat ramai tapi puas jugak tengok bunga2an.. Niat di hati nak mengulang lagi tapi rasanya macam tak berapa sesuai coz lepas balik dari situ, pada malamnya Rumaisa semacam mengalami batuk seakan2 athma dengan nafas yg berbunyi.. huh, mungkin kot dia alah pada debunga.. akupun tataw!
Tuesday, August 4, 2009
Bila Hati Dah Berkenan...
Ni masa tengah makan2 dekat McD Bangi.. semasa dok tunggu burger siap tetiba ada sorang mamat lalu di tepi kami. Rumaisa tengok muka aku dan mula tunjuk aksi 'excited'.. hehehe.
Mungkin anak aku ni peramah.. tetapi sebab terlalu kecil maka keramahannyer diterjemah dalam aksi2 sedemikian.. Setakat ini itulah penjelasan logik yg dapat aku simpulkan!
Maka layanlah pics di atas.
Wednesday, July 29, 2009
Membina Minda Positif
Selamat Datang Nurin
Walau apapun, semoga kelahiran Nurin Batrisyia ke dunia ini melengkapkan lagi kebahagiaan hidup berkeluarga sementelah kehadirannya sangat2 dinantikan.. dengan penuh dugaan dan debaran. Lengkaplah sepasang anak Yan... tahniahhh tahniahhh! Geng2 DSK96, sesapa yg ada gambar Nurin Batrisyia tolong emel kat aku.. tq
Tuesday, July 28, 2009
Takziah untuk Laxmi Devi sekeluarga
Friday, July 17, 2009
Anak anak anak....
Ada orang kata aku suka menulis.. sorang member telah memberi komen bahawa blog aku penuh dengan tulisan jer... jarang ada gegambo. Sebenarnya aku suka sangat menulis... menulis bagi aku adalah semacam satu bentuk terapi yang memberi kepuasan kepada jiwa.
Tapi sesekali buleh jugak ye mencuba terapi2 lain seperti tempek gambar anak sendiri di blog.. heheh. Ini adalah gambar Rumaisa versi terbaru. Hari tu ada orang cakap gambar dia yg aku tempek sebelum ni nampak mcm baby boy.. harap2 gambar kali ni dia nampak mcm baby girl..
Wednesday, July 15, 2009
Sesi Motibasi : M.J, Beat It dan Along
[1st Verse]They Told Him Don't You Ever Come Around Here
Don't Wanna See Your Face,
You Better Disappear
The Fire's In Their Eyes And Their Words Are Really Clear
So Beat It, Just Beat It
[2nd Verse]You Better Run, You Better Do What You Can
Don't Wanna See No Blood, Don't Be A Macho Man
You Wanna Be Tough, Better Do What You Can
So Beat It, But You Wanna Be Bad
[Chorus]Just Beat It, Beat It, Beat It, Beat It
No One Wants To Be Defeated
Showin' How Funky Strong Is Your Fight
It Doesn't Matter Who's Wrong Or Right
Just Beat It, Beat It Just Beat It, Beat It
Just Beat It, Beat ItJust Beat It, Beat It
[3rd Verse] They're Out To Get You, Better Leave While You
CanDon't Wanna Be A Boy, You Wanna Be A Man
You Wanna Stay Alive, Better Do What You Can
So Beat It, Just Beat It
[4th Verse]You Have To Show Them That You're Really Not Scared
You're Playin' With Your Life, This Ain't No Truth Or Dare
They'll Kick You, Then They Beat You,
Then They'll Tell You It's Fair
So Beat It, But You Wanna Be Bad
[Chorus]Just Beat It, Beat It, Beat It, Beat It
No One Wants To Be Defeated
Showin' How Funky Strong Is Your Fight
It Doesn't Matter Who's Wrong Or Right
[Chorus]Just Beat It, Beat It, Beat It, Beat It
No One Wants To Be Defeated
Showin' How Funky Strong Is Your Fight
It Doesn't Matter Who's Wrong Or Right
Just Beat It, Beat It, Beat It, Beat It, Beat It
**Tak dapat nak attach video clip kerana laman 'tiub kamu' sudah disekat oleh pentadbir IT disini** wadohh..
Durian
Pada aku durian memang best, mungkin sebab setahun sekali baru dapat merasa kot, jadi sentimennyer lain macam sikit.. bukan macam buah betik, asal ada pokok jer mesti ada jer buah dia sepanjang tahun.. dan setiap orangpun ada persepsi masing2 mengenai buah durian. Ada yang suka, ada yang tak.. ada yg trauma mengenangkan baunya.. ada yang dan dan tu jugak diserang migrain bila sebut durian. Dasat kan penangan durian nih..
Selain dari rasanya yang enak dan baunya yang mencengkam perasaan, durian meninggalkan kenangan tersendiri dalam hidup aku. Aku pernah dimaki hamun kerna durian, tapi secara tak langsunglah... Masa tu aku nak turun ke KL, emak pun kirimlah durian untuk kakak aku. Aku mmg tak pernah ada pengalaman bawa durian naik bas. Jadi untuk mengelakkan bau yang mungkin keluar akupun balutlah buah2 durian tu dengan berhelai2 suratkabar lama. Setelah berpuas hati takde bau yg keluar lagi.. buah durian tu aku masukkan sekali dlm beg bercampur dengan pakaian2 aku.
Sampai di stesyen bas, orang bukan main ramai.. dekat bawah tempat simpan beg sudah sendat jadi aku bawaklah beg aku masuk ke dalam bas. Letak beg betul2 bawah tempat duduk. Kerusi aku pulak betul2 di belakang driver.. 10 minit sebelum bas bergerak, aircond pun dipasang.. seraya terbaulah durian.. mula2 sepoi bahasa lepas tu dah jadi macam dusun durian pulak, pendek kata kat mana2pun bau durian. Alamak! Cemana kuat plak baunya padahal dah tebal berbalut. Sedang terfikir2 nak bawak turun beg ke tempat simpanan di bawah dan baru saja tangan nak capai beg, tetiba...
”Sapa yang bodoh sangat ni bawak naik durian kat atas..” rungut driver bas, usia masih muda dalam 20an barangkali. Mulut memang takde insurans, usia muda akalpun singkat. Aku yang nak bawak turun beg tetiba rasa tersentap. Automatik pergerakan mati kat situ. Tetiba dia memekik ”Hoiiii.. sapa yang bawak durian naik atas bas ni tolong bawak turun, tak besa naik bas ka? Busuk satu bas nih.. pening kepala!” dia melaung dari depan.. sungguh takde rasa hormat kat separuh daripada penumpang yang rata2 golongan veteran. Takde budi bahasa betul. Akupun jenguk-jenguk ke belakang kalau2 ada penumpang yang bangun berdiri nak bawak turun beg, bolehlah aku tumpang sekaki tetapi semua mendiamkan diri. Harus gerun kat driver nih, fikir aku. Jadi akupun mematikan diri. Driver muda terus bangun bercekak pinggang, muka serious menantikan kalau2 ada sesiapa yang bangun. ”Bangang! Tak reti bahasa!” dia mengomel sendirian sambung menyambung dengan carutan2 lucah. Chissss.. kalau aku bangun sahih kena carut dengan dia dalam skala borong.
”Amboi budak muda tu nooo bahasa dia elok sungguh, tak pikiaq perasaan orang lain.. tau nak maki saja. Cuba ceq habaq elok2 kan, orang pun tak segan nak mangkit pi letak beg kat bawah.. ni awai2 lagi dah bagi sedaih.. segan la orang nak mangkit.. bau deghianpun dia nak dok hingaq sekampung.. tu dia tak mai bau bangkai lagi. Petang tadi makcik tengok bukan main dia dok pulun makan deghian dengan budak2 dreba bas MARA tepi stesyen nu haaa.. bla bla bla“ rungut makcik di sebelah aku pelan-pelan. Oooo gitu kisahnya. ”Makcik tau dak, saya la hat bawak naik buah deghian tu, ingat nak bawak turun tadi tapi dah kena maki macam ni saya nak angkat beg bawak turun pun segan. Cakap la elok2 kan.. makcik?” sambungku, sambil try buat muka comel, mohon simpati dan pengertian. ”Haaa sungguh haih.. biaq..biaq.. hang tak payah bawak turun beg tu..” kata makcik tu memberi sokongan moral yang sungguh jitu ku rasakan.
Bas pun bergerak dengan mulut driver muncung sedepa.. Co-driver kat tepi pun tak cakap apa. Masing2 melayan perasaan. ”Hang ada minyak cap kapak dak?” soal driver kepada co-driver. Co-driver hulur minyak cap kapak. Sambil dok gosok minyak cap kapak kat kepala mulut driver masih bising2..
”Dik...” tetiba co-driver panggil aku. Copot jantung. Alamak dia dah tau ker beg aku yg ada durian tu. Berdebar2 dada. ”Adik nak tak minyak cap kapak? Kot2 la pening kepala jugak bau durian.. abang memang tak boleh tahan bau2 mcm ni” ujarnya. Ramah pulak.. mungkin nak melupakan bau durian yang menghantui.. dan akupun tak sampai hati nak menolak ”Haaa boleh jugak, saya pun pening kepala dari tadi lagi” kataku dan tanganpun automatik memicit2 kepala yang tak pening. Co-driver tepi aku terus hulur minyak cap kapak. ’Kesian kat adik ni, tak pasai2 dia pun pening.. hai nasib kitalah malam ni pakat2 cium bau durian” ujar co-driver pasrah. Makcik sebelah aku sengih panjang mempamerkan gigi emasnya. Akupun sambil sapu minyak cap kapak kat dahi sambil la buat2 kerut muka seribu menahan pening.. konon! Ambik kau.. dan bas terus bergerak, sampai ke destinasi 5 jam kemudian.
Sekian!
Tuesday, July 14, 2009
Pekerjaan..
10 tahun lepas semasa tamat belajar, ekonomi dunia sedang dilanda kemelesetan.. kesannyer terasa hingga ke rantau sebelah sini. Pendek kata peluang pekerjaan yg sesuai kelulusan sangat terhad.. masa itu tak boleh pilih kerja, dah ada kerja pun kira cukup baik.. malu nak duduk umah saja sebab mak bapak dah abiskan byk duit utk dptkan segulung diploma..
Jadi sblum berada di tempat sekarang.. pendek kata bermacam pekerjaanlah aku lakukan... bersama dgn seorang lagi rakan iaitu Marini kami sama2 mencari peluang pekerjaan yg pada waktu itu susahnyer seperti mencari sebutir emas di celah2 jutaan pasir.. * tetiba..* masa tu nak kerja kilangpun susah. Orang tak nak terima.. Akhirnyer dapat juga bekerja di supermarket. Dengan gaji 400 sebulan kasar blum tolak EPF lg.. mcm2 benda nak dibuat. Seblum dapat gaji pulak, adalah belen sepuluh dua kat tangan.. belilah mee segera untuk stok menangani kebuluran pada hari2 seterusnye sebelum smp hari gaji. Nak beli apapun tak dapat.. Bezanya masa tu masih bujang, kalo terjadi skang keadaan seperti itu harus ku menangis.. atau dah lama kecundang. Atau mungkinkah pengalaman lalu membentuk jiwa kita menjadi kental..? Masa menentukan!
Thursday, July 9, 2009
Emel..
Why Malaysian Government insists on using English for math and science?
This is because the whole world uses the language as an information and/ortechnology language. How dangerous it will be if we try to use Bahasa,especially in school. See example below:-
Hardware = barangkeras
Software = baranglembut
Joystick = batang gembira
Plug and Play = cucuk dan main
Port = lubang
Server = pelayan
Client = pelanggan
Try to translate this:
ENGLISH:That server gives a plug and play service to the client using eitherhardware or software joystick. The joystick goes into the port of theclient.
Now in BAHASA:
Pelayan itu memberi pelanggannya layanan cucuk dan main dengan menggunakanbatang gembira jenis keras atau lembut. Batang gembira itu dimasukkan kedalam lubang pelanggan.
Now you know...WHY
Wednesday, July 8, 2009
Izi Yahya.. Sadisnyer Aku!
Tuesday, July 7, 2009
Cuppies
Rumaisa dah besaqpun...
Oh ye, sudah 7.2kg dengan ketinggian 68cm pada 2 minggu lepas. Aku rasa cepat jugak progressnya berbanding semasa lahir dengan berat 3.19kg dan tingginya 49cm. Apa2pun.. emak doakan semoga Rumaisa dapat menjadi anak yg baik.. mendengar kata, mengasihi ibu bapa. Berbudi bahasa kepada yang muda, menghormati yang tua. Serta taat kepada perintah Allah. Amin.
**Doa dititipkan juga untuk semua anak2 sedara mara + sahabat handai/rakan taulan**
Mana Perginye Akal?
Thursday, July 2, 2009
Dari Sudut Kronik Seorang Aku..
Masalah kronik aku ialah : AKU TAK PANDAI NAK BAJET PACKING BAJU2AN BILA BERPERGIAN. Waduhhh. Sudah lama ni, masalah membelenggu aku. Banyak benda lain aku bley hadap.. bley lalui tapi yang satu ni mmg aku surrender!! Aku rasa beberapa teman rapat akupun ada terperasan. Kenapa yer.. aku pernah baca satu artikel, dikatakan puncanyer ada sangkut paut dari sudut psikologi. Wohh.. mentalkah aku? Hik hik hik
Pernah tak korang bila nak p kemana2 tempat sehari dua je tapi segala pakaian dan barang2 yang diangkutnyer maybe mcm nak pergi setengah tahun ? Kalo buleh dihangkut lemari tu rasanyer dengan lemari2 tu la dibawak pergi sekali. Aku penah...
Pernah tak korang packing baju dan barang2 awal sebulan dari tarikh korang nak pegi tu ? Aku penah... tiap2 hari buang dan bubuh.. tukar2 ganti itu ini.
Pernah tak korang mengambil masa sehingga berjam2 untuk memenuhkan beg yg cuma boleh dimuat tak lebih dari 10 helai bajupun ? Aku penah...
Huhuhuhu.. jadi sesiapa yg ada tips, petua petui tu tolonglah kongsi2 dgn aku. Aku dah penat sebenarnyer!
Di situ ada momok....
Selama 2 minggu di kampung, ada ketika hari2 tertentu aku hantar Rumaisa pi ke rumah my mother in law (lepas ni MIL) kerana aku ada beberapa projek yg perlu dilaksanakan, kehadiran Rumaisa sikit sebanyak membataskan usaha2 aku untuk menyiapkan projek tu.. selain dari tu, kasik la jugak chance kat MIL dan Rumaisa untuk saling bermesra2 dan bermanja2. Selalunye kul 11 pagi hantar, kul 6.30 aku kuar rumah gi ke rumah MIL yang jaraknyer lebih kurang 30km, ofkoslah bila sampai sana dah Maghrib. Selepas membalun nasik sepinggan dua, dalam kul 9 mlm tu aku gerak balik ke rumah.
Dalam salah satu hari yg aku hantar Rumaisa ke rumah MIL, Rabu 10 Jun 2009 lebih kurang jam 9.15 mlm, aku bertolak dari rumah MIL dgn Rumaisa. Rumaisa aku letak dalam babycarseat. Hampir separuh perjalanan Rumaisa gelisah, lapaq susu. So setelah puas mencari tempat yg sesuai untuk berhenti, aku pun stop kat satu tempat. Tepi jalan raya, lbih kurang 10 meter ke dlm ada 2 buah rumah yg lampunyer masih cerah tp suram2 gitu. Kat dpn kereta aku, ada 2 buah lori balak dgn muatannye sekali tengah parking cantik. Di belakang aku lebih kurang dalam 20 meter tempat pertemuan dua persimpangan, jalan baru dan lama. Setelah pasti bahawa kawasan tu selamat, akupun amik botol susu dan teruslah menyusu Rumaisa. Hampir separuh dah, tetiba terasa keta aku bergerak2 ke belakang mcm gerakan mengundur. Cepat2 aku pegang handbreak kot2 terlupa tarik tp handbreak sudah ditarik. Pelik. Takperlah teruskan juga penyusuan. Kat jalan, tetiba cam sunyi.. lazimnyer kereta lalulalang tak putus2 sebelum ni tetiba cam takde sebijik keta pun lalu.
Tetiba kereta rasa bergegar sedikit. Aku pandang belakang tp dalam gelap2 samar dgn bantuan cahya lampu keta aku sendiri tu takde nampak apa2 pun. Hati dah cuak sedikit. Rumaisa hanya sengih2 pandang aku. Aku sengih tengok dia tp.. aku rs cam aku sengih dengan penuh kengerian. Tetiba, kereta bergegar kuat dan tak semena belakang kereta terangkat, tinggi smp aku dengan Rumaisa cam nak tertomoih ke depan... masa tu aku tak pikirpun hantu ker apa ker, yg aku pikir budak2 jahat manalah ni, nak usik pun tengok2 la orang dengan nak menyusu anak lah.. bukannyer benti beromen kat tepi jalan. Bangang! Pastu aku tekan honk sekali.. ponnnn! Cam belakang keta aku tu turun balik. Aku tarik nafas lega.. nakal betul budak2 nih.
Pastu aku teruskan penyusuan, tetiba sekali lagi belakang kereta terangkat kali ni lebih tinggi.. dah gitu siap digoncang2 pulak.. smpkan aku dengan Rumaisa teroleng2 cam orang naik bot dlm keta tuh.. siap Rumaisa ketawa mengekek2 geli ati kot. Ada dalam 15 saat centu baru keta tu turun. Aku paling belakang dan memang tak nampak apa ke benda pun.. Time ni baru la terlintas dalam pala otak ni bukan kerja orang dah. Memang seram sejuk tetiba. Aku stop menyusu Rumaisa.. siap2 pakaikan dia balik seatbelt. Dan sekali lagi jadik.. kali ni lebih kuat lagi keta digoncang.. smp kepala aku terhantuk kat stereng tp tak lama keadaan tu dlm 5-6 saat centu kot. Elok jer stop, terus aku bubuh gear pecut laju tinggalkan tempat tu. Sepanjang perjalanan berbaki lagi 15km tu, aku terpikir2 apa bendanyer yg terjadi kat kami berdua tadi.
Dan syukurlah, kami selamat smp dalam jam 10 malam centu lebihkurang.. Rumaisa pun takde la menangis ke apa ker mlm tu. Dia hepi2 aje smp ke hari ni. Cuma mak aku la dia tak bagi dah balik lewat2 @ pun bawak la teman ker apa ker kan.. ni semata2 aku dengan baby je. MIL aku plak kata tu Iblis tuh.. takdak kerja kaco orang jer!
Apapun, aku rs tu la pengalaman paling tak dpt dilupakan pada setengah tahun pertama 2009.. hehe macam penyata akaun plak ayatnyer! Sekian.
Wednesday, July 1, 2009
Mimpi SIRIH
Mimpi aku kali ni cam unik sikit la.. Citernye mcm ni, aku didatangi sorang pompuan separuh usia la kategori makcik2 siap bergown kelawar kaler putih.. pastu kat tangan ada pegang stick yg berbintang sinar percik2 lagi kau, bling bling... ala pari2 gitu. Mungkin pari2 yg sedang menghampiri usia senja.. Hikhik! Pastu dengan tak semena2 auntie pari2 tu cakap " Wahaiii perempuan, kalau kau mau cantik jelita.. minumlah air rebusan sirih!! " Sampai tiga kali .. diulang tiga kali dia menyebut benda yg sama. Aku pun cam terpinga2.. aikkk aku ada mintak apa2 ker dari auntie pari2 tuh...
Pastu dlm dok kekonpiusan terpikir2 apa motif makcik pepari tu kan.. tetiba terkuar la satu skrin kaler putih.. ada plak LCD projector kat situ. Wahhh, sungguh IT auntie pari2 itew. Aku yg tegak membisu hanya mampu melihat apa aksi makcik tu seterusnyer, so dia pun tunjuk la kat skrin tu kuar la gambar Sharifah Aini dulu dan sekarang... muka yg tiga pat hari kuar paper skang nih. "Ha nanti kalo minum air sirih, kamu akan jd cantik mcm ni" Auntie pari2 tu bgtau. Tetiba seraya atiku memprotes.. aku takmau cantik mcm Sharifah Aini. "Takmo takmo.. saya tak mau jd mcm Sharifah Aini. Dia tak cantik skang... cam cucuk botox jer, muka dia dah mcm ikan kaloi" dgn ikhlas aku gitau kat Auntie Pari2 tuh.. Memang takde ciri2 munafik langsung lah pendek kata.
Dia cam murka sangatlah dengan kenyataan aku yg tidak berlapik.. tidak langsung berciri2kan Rukunegara Yang Ke 5 - Kesopanan dan Kesusilaan. Terus difirenya aku tp cam tak berapa nak kena.. dan mungkin kerna geram, Auntie Pari2 itu pun terus fire skrin projektor lalu terbakar dan akhirnyer menimbulkan bau busuk2 hangus gitu....
Tup tup... huwaaaaaaaaaaaargghhhh! Telinga aku dikejutkan dgn jeritan brutal Rumaisa yang ntah berapa lama sudah terjaga. Cek diaper dia.. berak rupanyer kau! Patutla busuk... ! Tapi heran la dalam kes ini, cemana skrin projektor yg terbakar leh ada kaitan dgn produksi penyahtinjaan anak aku... hihi
Nombor..
Dilanda Kemalasan..
Ada banyak benda nak cerita tetapi tu lah bila malas tu sedang bermaharaja di hati, apa lg nak dikata.. Insya allah pada petang ni aku akan kembali rajin.
Friday, June 5, 2009
Pengumuman
Aku akan bercuti di kampung halaman start pada mlm ni sehinggalah 14 Jun 2009. Insya allah tiada aral melintang akan kembali bertugas pada 15 Jun 2009 hari Isnin.
Sekiranya ada berita2 terkini.. yg hot.. sensasi @ apa2 saja bolehlah call yer @ sms jer.
Sekian adanyer.
Wednesday, June 3, 2009
Bronchiolitis & Rumaisa
Setelah setel semua hal di AzZahrah, malam tu kami terjah ke hospital dan dipendekkan cerita Rumaisa pun dimasukkan ke Wad Kanak2 di Hospital Putrajaya.. Rawatan yg diterimanyer : Nabulizer diberikan setiap 4 jam sekali selain diberi bantuan oksigen selama hampir 4 hari.. dan juga suntikan antibiotik selama 5 hari di sana. Pada hari pertama dan kedua, perosedur sedut cecair dari hidung dan tekak dijalankan setiap kali selepas nabulizer diambil. Time ni jer Rumaisa meraung smp terlena.. kesian. Tak taulah apa dia rasa bila wayar2 tu dimasukkan ke hidung dan tekaknyer.. maybe sakit.. tak selesa @ ntah apa. Yang pasti aku sedih dan tak sanggup tengok.
Tetapi aku bersyukur kepada Allah Taala kerana Rumaisa cepat pulih dari yang sepatutnya. Badannyer cepat bertindak balas dengan ubat2an yang diberikan. Doktor Eugene, doktor yg merawat Rumaisa bgtau aku kebanyakan kes2 bronchi tak dapat dijangka waktu pulihnyer selalunyer mengambil masa lama antara seminggu ke dua minggu untuk pulih. Ada yang memakan masa sehingga sebulan pun. Apa2pun aku bersyukur tak terhingga kerana Rumaisa telah pulih seperti biasa.
Aku berani mengatakan bahawa layanan dan rawatan di Hospital Putrajaya adalah berkelas 5 bintang gitu ! Tahniah untuk team doktor dan jururawat. Juga terima kasih kepada semua termasuk rakan2 yang sudi menziarah dan juga yg mendoakan kesihatan Rumaisa.